Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seroang khalifah di muka bumi". Mereka berkata ,"Megapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orangyang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman :"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."(Al-Baqarah : 30)
Mengapa Allah bertanya kepada malaikat tentang sesuatu yang sememangnya Dia inginkan? Pasti ada hikmah di sebalik peristiwa yang kita baca ini. Rupa-rupanya di sini adalah satu contoh baik untuk seorang pemimpin.
Ini dipanggil participative management. Dalam pengurusan organisasi yang baik, perlu ada konsep ini.Iaitu konsep meminta pandangan orang bawahan dalam menetapkan sesuatu keputusan. Namun, adakalanya pengurus (manager) akan membantah pandangan orang bawahan kerana dia mengetahui sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh orang bawahan tadi.
Dari sudut psikologi pun, seseorang apabila diminta pandangan akan merasakan dirinya dihargai. Dan inilah yang mampu mengeratkan kerjasama dan silaturrahim antara pekerja dan majikan apabila saling hormat menghormati diamalkan.
Cuba kita tengok Donald Trump dalam Apprentice. Dia ada dua orang penasihat rapatnya. Setiap kali ingin buat keputusan, dia pasti bertanya kepada mereka dahulu tentang apakah pandangan mereka. Namun, apabiladia membuat keputusan, kadangkala tidak sama dengan apa yang mereka putuskan. Ini kerana dia lebih tahu apa yang mungkin tak diketahui oleh kedua-dua mereka dan apa yang difikirkan lebih baik.
Maka, hargailah orang-orang di sekeliling kita kerana Allah sememangnya mengetahui segala-galanya tetapi kita adakalanya memerlukan orang lain yang mungkin lebih tahu daripada kita.
Dalam institusi keluarga pun, tidak salah dan adalah lebih baik dan bermanfaat bagi seorang ayah atau ibu bertanyakan kepada anak tentang sesuatu perkara walaupun mereka sudah mempunyai jawapan bagi soalan itu.
Selain menghargai anak-anak, ia juga dapat mencambahkan pemikiran anak-anak. Anak-anak akan jadi lebih kreatif dan kritis dalam berfikir. Ini sudah lama diamalkan oleh orang-orang Barat sehinggakan anak-anak mereka nampak lebih berani dan boleh berdikari dalam usia yang lebih awal daripada anak-anak masyarakat kita.
Budaya ini sudah diamalkan sebenarnya lebih dahulu daripada orang Barat oleh masyarakat Islam zaman Rasulullah sehingga kejatuhan khilafah Islam. Setelah perpecahan berlaku dan penjajahan, akhirnya budaya baik ini sebati dengan mereka dan jauh pula daripada kita.
Salah siapa? hmm.. asyik-asyik nak tuding jari. Genggamkan saja tangan itu agar terasa betapa kita sebenarnya boleh untuk berubah. Genggaman kita itu membuktikan betapa padu dan jitu usaha yang boleh dilakukan. Ingat tu, kita boleh.. bermakna kena banyak usaha lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan