16 Ogos 2006

Pantang PC Fair

Entah mengapa setiap kali ada PC Fair, aku mesti nak pergi menjenguk. Paling tidak pun, mesti satu barang kecil yang aku beli. Memang suatu kepuasan bagi aku apabila melihat kecanggihan teknologi terkini berkaitan perkembangan insdustri perkomputeran ini.

Ada orang bawa duit tunai beribu semata-mata untuk membeli kelengkapan komputer terbaru. Selain itu, adajuga kamera digital SLR yang menjadi idaman aku. Tengok juga laptop yang semakin murah. Begitu juga dengan video camera yang tak perlukan kaset video atau dvd lagi untuk simpanan data. Inilah kepuasan yang aku dapat setiap kali balik daripada PC Fair.

Harapan aku suatu hari akan dapat kamera digital dan video cam itu. Sekarang dah tambah satu lagi pula barang idaman. Laptop..hmm, apapun semua ini tak semudah sebulan dua untuk aku dapat. Tunggulah jika aku bergelar lawyer dulu (kalau jadi la).

Bila dah ada semua ini aku sangat-sangat nak buat dokumentari pendek tentang kehidupan masyarakat Malaysia.Hasrat ini pernah aku suarakan kepada kawan-kawan rapat tapi tak semua setuju. Aku tak salahkan mereka sebab semua ini bergantung pada minat kita.

Nak buat waktu dalam persatuan dulu pun, suatu yang baru. Tambahan pula, kelengkapan itu semuanya tiada. Aku idamkan dapat melahirkan wartawan sambilan yang freelance daripada kalangan anak muda yang memang minat buat kerja-kerja sukarela ini. Kemudian, terbitkan vcd yang dijual dengan harga RM5 (bajet kena cari sket la)..dan untuk PKPIM yang tersayang, aku harap dapat diselitkan dalam setiap program sebagai selingan untuk tatapan penonton untuk difikirkan.

Doa-doakanlah apa yang aku inginkan ini akan dimakbulkan dalam jangka masa yang lebih singkat. Saudara-saudaraku kena beringat bahawa aku hanya mengidamkannya bukannya berjanji. Aku takut kalau-kalau akan datang keadaan tak mengizinkan aku berbuat demikian. Jadi, kala itu jangan pula kata aku tak pegang pada janji.

Waktu kat KLCC itu, ada satu kejadian yang menarik perhatian aku. Waktu itu aku sedang turun eskalator. Depan aku ada keluarga yang membawa seorang anak kecil yang umurnya dalam lingkungan 7 tahun. Si kecil ini pun bertanya kepada ayahnya apabila ternampak satu papan tanda AWAS PENYELUK SAKU :



"Ayah, penyeluk saku itu apa?"

"Penyeluk saku itu macam mencuri lah.." jawab ayahnya.

Tambah abangnya pula, "macam-macam perkataan ada... ada yang merompak... ada yang ragut"

"Hmmm.."

Begitulah jawapan yang diberikan mereka yang dalam proses mendidik anak dan adik kesayangan mereka. Aku tak puas hati dengan jawapan mereka sebab soalan si kecil tak terjawab sebenarnya. Bahkan membuatkan si kecil lebih tidak faham apabila ada istilah lain seperti MENCURI, MEROMPAK dan RAGUT.

Si kecil itu mungkin faham apa itu MENCURI sebab ini kebiasaannya berlaku sewaktu tadika lagi. Apabila kawan ambil makanan kita, itu dikira mencuri. Kadangkala itu juga yang diajar guru tadika agar jangan ambil makanan atau barang orang lain sebab itu mencuri. Mencuri itu tak baik.

"Ooo, saya faham" Begitulah si kecil mungkin berfikir.

MEROMPAK dan RAGUT mungkin perkataan baru bagi si kecil. Mungkin suatu hari dia juga ternampak perkataan ini dan bertanya kepada mereka tadi dan dijawab ianya sama seperti PENYELUK SAKU.

Kasihan pada si kecil kerana tak mengerti maksud sebenar PENYELUK SAKU. Mengapa tidak difahamkan apa itu PENYELUK dan apa pula SAKU? Kemudian diterangkan pula apa yang diletakkan orang dalam SAKU dan apa yang biasanya diSELUK orang dari SAKU itu. Jika dia faham, aku yakin dia pun akan berjaga-jaga tentang apa yang tersimpan dalam SAKUnya.

Akhir penerangan juga mereka perlu beritahu bahawa itu tak elok dan barulah disamakan dengan mencuri. Maaf ku pohon kepada mereka itu kerana terpaksa mencoretkan ketidakpuasan hati aku di sini.
Dewasa ini, sering kelihatan (melalui pemerhatian dalam khalayak umum) ibu bapa yang seolah-olah malas nak bercakap lebih banyak dalam menerangkan perkara sebenar kepada anak dalam erti kata memberitahu si kecil mengikut acuan pemikiran dan tahap pemahamannya. Mereka seolah-olah bercakap dengan orang besar yang sudah mengetahui banyak perkataan yang hakikatnya baru bagi si kecil.

Nasib baiklah yang aku temui ini tak sedahsyat yang pernah aku lihat berlaku kepada anak buahku. Ayahnya panas baran dan pantang ditanya apapun, dia menjawab macamlah anak itu faham tahap bahasa yang dipertutur. Lalu si anak pun bertanya lagi untuk lebih memahami. Apa yang jadi selepas itu bukanlah seperti yang diharapkan.

Si ayah terus memarahi anaknya. Bahkan mengeluarkan kata-kata kesat seperti BODOH, SIAL, dan BABI. Apa ni?Jadi apabila si anak bercampur gaul dengan kawan-kawan, perkataan ini akan digunakan juga kerana ikut fahamannya apabila kita marah pada seseorang, inilah perkataan sesuai. Apa nak jadi ni?

Tambahan pula hari ini, segala-galanya di hujung jari. Kalau ibubapa yang paling hampir dengan anak-anak tak menerangkan yang sepatutnya kepada anak-anak, internet ada untuk jawapannya. Adakah sanggup kita membiarkan si anak melayari internet untuk mencari maksud sesuatu pada usia muda yang mempunyai rasa inkuiri yang tinggi?

Apatah lagi sewaktu dia sendirian mencari maksud. Pada mulanya, dia terjumpa sesuatu yang sepatutnya tidak diketahuinya lagi. Pembacaan dan visual serta audio yang dimuatkan dalam web menambahkan lagi rasa ingintahu dalam dirinya. Kalau yang baik, memang baik. Kalau tidak, faham-fahamlah kan.

Tak salah mengajarnya celik komputer. Cuma dalam usia muda, dia perlukan teman di sebelah yang boleh mengawasinya bukan mengongkongnya. Kerana suatu hari nanti, apabila dia dewasa, kita boleh jadikannya kawan yang bebas untuk berbincang dan bertukar pendapat sesama keluarga.

Jika sejak kecil, semangat inkuirinya terbunuh dek ayah ibu yang garang dan malas melayannya, mana mungkin penghujungnya semanis yang diharapkan. Aku bercakap bukan kerana aku sudah menjadi ayah, tetapi kerana aku juga punya adik. Dan samalah tanggungjawab si ayah dan ibu dengan tanggungjawab adik-beradik lain.

Marilah kita selamatkan generasi akan datang yang pasti kita inginkan lebih baik daripada kita. Aku sayang adik-adikku... (abang pun la..)

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular