08 Ogos 2006

Hakim penentu kalah menang


Untuk menjadi seorang yang sempurna adalah mustahil bagi kita. Namun, sesekali tidak harus kita tunduk kepada bisikan yang mengatakan sangat mustahil untuk itu sehinggakan membuatkan kita tak berusaha mencapainya.

Dan adakalanya, seseorang juga merasakan dirinya lebih sempurna daripada seorang yang lain walaupun hakikatnya dia memang tak sempurna. Lalu, orang sebegini mengatakan orang yang satu lagi salah dan hanya dia yang betul.

Kalau dibicara soal agama, mungkin la seseorang yg memang buat salah harus dihukum sebagai salah. Namun,dalam soal pemikiran, apa yang difikirkan seseorang itu jika berlainan tak bermakna ianya salah sekiranya ada hujah di sebalik pendapatnya. Ini adalah corak pemikiran manusia yang bermacam dari persepsi yang pelbagai.

Sebagai contoh, hari ini aku diberi tugasan untuk membuat kajian pasal satu kes melibatkan pengubahsuaian meter elektrik yang membawa kerugian kepada TNB. Dalam kes ini, orang yang dituduh melakukan pengubahsuaian dah dikenakan tindakan bekalan elektriknya ditamatkan tetapi orang itu memohon perintah mahkamah agar TNB tidak melakukan sedemikian.


Dalam undang-undang, kita biasanya akan merujuk kes2 lepas. Dan sekiranya kes2 itu diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi, kita wajib akur kepada keputusan itu. Ini dipanggil binding precedent.

Jadi, selepas aku merujuk beberapa kes, aku dapati fakta yang sama dalam dua kes yang diputuskan oleh dua Mahkamah Tinggi yang setaraf. Kalau macam ini, keputusan terdahulu tidak binding ke atas yang terbarukerana mereka setaraf.

Yang nak aku kongsikan ialah apa yang diputuskan oleh satu kes itu bertentangan dengan satu kes lagi sedangkan fakta kes sama saja. Ini menunjukkan kuasa yang ada pada hakim dalam mentafsirkan sesuatu undang-undang.

Satu kes tu, hakim kata untuk menamatkan bekalan elektrik, hendaklah dibuktikan di mahkamah bahawa pengubahsuaian meter benar2 berlaku. Tapi, satu hakim lagi mengatakan cukuplah hanya pemeriksa TNB yang memastikan bahawa berlaku pengubahsuaian meter tanpa perlu pembuktian di mahkamah untuk ditamatkan bekalan elektrik itu.

Dalam hal ini, siapa salah siapa benar? jawapannya takde siapa salah sebab kedua2nya mempunyai hujah atas apa yang mereka percaya. Namun, hakikatnya aku lebih setuju kepada hakim yang kedua itu sebab dia mentafsirkan undang2 tersebut untuk kepentingan yang lebih besar (sepertimana yang dia cakap) iaitu sekiranya mahkamah tidak membenarkan penamatan bekalan elektrik itu, maka berlakulah kerugian elektrik yang dibekalkan secara haram kepada orang tersebut sedangkan penggunaan elektrik yang digunapakai umum dibayar dengan kadar yang sama oleh orang lain.

Yang penting sebenarnya ialah hakim itu. Dia perlu ada pemikiran yang jauh dan mementingkan kepentingan umum.Macam kes Azlina Jelani (Lina Joy), keputusan itu nanti akan bergantung kepada hakim. Bayangkan sekiranya hakimitu adalah hakim yang bukan berpemikiran islamis. Adakah mungkin keputusan berpihak kepada umat Islam atau sebaliknya?Sekiranya yang berpemikiran ala pejuang2 hak asasi barat, mungkin keputusannya akan merugikan umat Islam.

Nak salahkan hakim yang mungkin memenangkan kes ini pun tak boleh. Sebabnya dia mungkin terdidik dan dibesarkan juga mendapat ilmu dan pengalaman sebagai seorang yang berpemikiran begitu.

Inilah ruginya kita masyarakat Islam di Malaysia kerana kita tidak diletakkan bawah kuasa Mahkamah Syariah.Seharusnya umat Islam Malaysia tertakluk bawah kuasa Mahkamah Syariah dan yang lain di bawah Mahkamah Sivil. Jadi, hal begini mungkin tak berlaku.Maka, semua ini perlu diubah melalui undang-undang.

Siapa pula yang gubal undang-undang? Hah, orang-orang yang menjadi wakil rakyat kita. Merekalah pejuang kita.Merekalah yang mempertahankan hak kita. Tetapi di mana mereka? Ada tak peruntukan undang-undang yang digubal untuk mempertahankan umat Islam? Entahlah, aku pun tak tahu nak cakap camana. Sebagai contoh, dalam Perlembagaan Persekutuan ada dibincangkan soal hak kebebasan beragama tetapi ahli-ahli DUN tak perasan yang dalam fasal yang sama diberikan kuasa kepada kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang yang menghalang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Maka, sehingga ke hari ini tiada negeri yang mempunyai peruntukan ini untuk menjaga kepentingan umat Islam dan masa depan kita.

Macamana nih? Saudara-saudaraku..janganlah kita berputus asa. Kita kena berusaha lebih gigih. Tambahkan ilmu agama dan Allah berpesan Hai orang-orang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar (Al-Baqarah : 153)

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular