19 Jun 2006

Kenapa masih buat jahat

"..Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.."(29:45)

Setiap hari kita pasti tak lepas solat lima kali. Adakalanya bila iman tinggi, cepat solat dikerjakan.Adakalanya pula bila iman turun, sengaja dilewatkan. Inilah lumrah manusia yang imannya turun dan naik.

Sebut pasal solat ini, rasanya macam dah jadi lumrah. Kalau tak solat, terasa semacam je seolah-olah ada yang tak kena. Mula-mula memanglah terpaksa sebab dimarahi ibu ayah, tetapi dah tua (tua?) begini baru rasa kepentingannya.

Apabila dah jadi rutin harian, memang susah hati bila tak buat. Tapi, lain pula jadinya. Asal buat, soal cepat atau lambat dah tak kisah. Hah, zaman kita ni manusia semakin pandai. Bila tengok orang buat silap,cepat je tersebar citer. Bila tengok orang baik, mulalah cari yang tak eloknya.

Contohnya begini. Biasa tak kita dengar orang kata :

"Alah, dia tu sembahyang pun, buat benda jahat.."
"Kalau sembahyang tapi lepas tu tak pakai tudung, lebih baik tak payah"
"Sembahyang-sembahyang jugak, tapi anak dara dia lantak juga"
"Alah, lebih baik aku yang tak sembahyang ni, minum arak pun tak.."
"Eleh, kau ingat orang yang sembahyang tu dah cukup baik? Belum tentu lagilah"


.. dan yang paling bahaya bila orang kata

"Tak betullah Quran cakap kalau sembahyang boleh elak kita buat jahat, sebab aku jaga sembahyang tapi masih juga buat benda tak elok"


Hmm, apa yang dicakap orang itu pada perkataan yang selepas koma itu aku setuju tapi kalau kata Quran tu yang tak betul, mungkin kita patut belajar lagi kot.

Aku percaya ramai antara kita dah pernah dengar ayat yang aku taip kat atas sekali tu. Dan ramai juga merasakan solat itu belum cukup memngelakkan diri daripada terjebak ke dalam perkara negatif.

Mungkin Tuhan nak terangkan pada aku haritu. Aku tergerak hati pergi dengar kuliah membahaskan kitab Al-Hikam atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud Kata-kata Hikmah. Satu daripadanya yang dibincangkan ialah berkenaan apa yang di dalam hati seseorang itu dilambangkan dari zahir dirinya.

Jadi, ustaz itu pun terangkan satu kenyataan yang tak pernah aku dengar. Tau tak kiblat itu ada tiga? Pertama, kiblat tubuh. Kedua, kiblat mata. Dan ketiga, kiblat hati.

Kiblat tubuh dihadapkan setentang dengan Kaabah manakala kiblat mata memandang pada tempat sujud dan kiblat hati menuju Ilahi.

Kiblat tubuh adalah syarat kepada satu arah tanda penyatuan umat Islam. Kiblat mata adalah untuk mendatangkan khusyuk dalam solat. Dan kiblat hati adalah untuk mendatangkan fanaa' dalam solat.

Fanaa' tu maksudnya binasa. Jadi, yang dimaksudkan fanaa' tu ialah membinasakan segala yang ada di sekeliling dan hanya meletakkan Allah di hati.

Uishh, ustaz yang dok ajar tu pun kata dia juga belum tentu boleh dapat fanaa'. Jadi, aku yang dok cite ni pun bukan bermakna dah sampai darjat tu. Jadi, aku fikir punya fikir.. patutlah solat tak dapat elak kita daripada buat kejahatan sebab solat kita tidak lengkap degan 3 kiblat ni. Oppss, aku tak tahulah korang.. mungkin aku yang begitu.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular