Mungkin sudah ditakdirkan Tuhan jadi begini, maka jadilah begini. Itu sememangnya harus diakui oleh semua orang yang mengaku beriman pada Yang Maha Esa. Kekadang tu rasa bersalah pun ada apabila barang yang bukan milik kita tetapi berada dalam jagaan kita, rosak atau hilang. Walaupun bukan kita sendiri yang merosakkannya atau menghilangkannya.
Biasa jugalah kita kata," kalaulah tadi aku tak pergi, mesti tak jadi begini.." atau "kalaulah aku tak letak kereta ini kat sini, mesti tak jadi.." atau seumpamanya. Hmm, kalau direnungkan,siapalah kita untuk mengatakan KALAU pada saat semua itu sudah berlaku.
Mungkin kata KALAU itu sekadar menyedapkan hati. Eh, tidak.. bukan begitu. Jika kita kata KALAU, ia sebenarnya membuatkan kita kecewa. Menyesal.. Sedih.. Bersalah.. dan mungkin membuatkan kita rasa betapa bodohnya aku bertindak sedemikian. Kesian kan pada hati kita, terpaksa menanggung sesuatu yang di luar jangkaannya.
Inilah yang berlaku pada aku apabila kereta bakal adik ipar aku dipecah. Kereta Putra memang nampak sporty dan pasti mencuri pandangan si pencuri. Maklumlah, kereta sport dengan seat original RECARO. Jadi, hilanglah sepasang seat depan RECARO dia. Pandai sungguh si pencuri sebab peristiwa itu langsung tak disedari sesiapa berhampiran walaupun kereta itu diletakkan di depan rumah.
Akulah yang park kereta itu di situ. Malam sebelum kejadian, aku park kereta itu tanpa rasa curiga pada apa-apa pun. Sebab sebelum ini tak pernah berlaku hal semacam itu di taman perumahan berdekatan. Kalau kat KL biasalah kita dengar pasal isu ini tapi tidak di MELAKA.
Sepupu aku (budak lagi) kata sebab aku vrooomm vrooomm kot, si pencuri itu 'sakit hati' dan datang buat hal. Entahlah, kekadang kata-kata bebudak ni buatkan kita rasa serba salah. Pada pagi nak basuh kereta itu, aku jugalah yang buka pintu. Terkejut aku dibuatnya apabila seat hilang dan barang berterabur..
Maka, mulalah seorang demi seorang membuat andaian masing-masing. Juga timbul perkataan KALAU berkali-kali. Jika kita fikirkan pasal KALAU, sampai bila pun sesuatu musibah melanda akan membuatkan kita tak senang duduk.
Hah, cuba ingat balik waktu belajar di sekolah dan universiti dulu. Bila dapat keputusan teruk, mulalah keluar ayat-ayat begini ,"kalaulah dulu aku study awal, pasti dapat result lagi ok.." "kalau kita buat study group, result kita ok punya.." "kalau setiap kali aku habis kelas, buat shortnote, mesti senang aku study untuk final.." Aahh macam-macamlah ayat yang diucapkan kita bermula dengan perkataan KALAU.
Fikir punya fikir punya fikir (berapa banyak fikir daa..), betul ke kita pasti berjaya atau dapat sesuatu yang sebaliknya jika kita buat seperti yang diKALAUkan itu? Jawapannya tiada yang pasti. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, terima jelah. Macam orang main bola sepak (maklumlah tengah demam world cup), orang akan mengatakan memang adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah. Jadi, orang tak menuding jari pada goalkeeper sebab tak dapat tahan bola. Atau nak salahkan striker yang asyik tendang pengkau. Atau nak salahkan referee yang tak endahkan kekasaran. Atau nak salahkan pemain yang dibuang sebab mengakibatkan team tak cukup korum.. semua akhirnya (kalau ada pun yang salah menyalahkan) akan redha sebab kata mereka itulah adat permainan.
Abis tuh, kalau permainan punya adat, apa hidup kita ini tak beradat? Ya, hidup kita punya adat. Kalau budak syariah, dia akan panggil adat ini dengan istilah sunnatullah. Kalau orang biasa mungkin memanggilnya dengan istilah takdir (pun ambil daripada perkataan arab). Aku nak panggil ini sebagai RENCANA.
Setiap yang berlaku sudah diRENCANAkan oleh Yang Maha Kuasa. Sebab itulah, Islam tak suka kita asyik bersedih, berduka, menyesal dan seumpamanya. Kita kena redha dengan apa yang berlaku. Inilah rupa-rupanya cabang iman yang kita dok hafal sejak tadika tu. BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR.. hmm, dah faham dah. Lega rasa hati. Hidup perlu diteruskan.. Selamat Menempuh Kehidupan Mendatang!
* Baru je lepas taip, aku berdiri nak ambil kabel mp3 player..Prapp, kain aku terkoyak. Hmm, let bygone be bygone. (".)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan