27 Jun 2006

Perlu ke kenduri?


Tak pernah aku terfikir untuk jadi abang ipar dalam umur yang agak muda. Apatah lagi bakal adik ipar itu umurnya lebih tua daripada aku. Ada ke patut makcik aku kata adik aku langkah bendul. Mungkin dia saja nak bergurau. Aku ni bukannya akak adik aku tapi abang la. Apapun semuanya ni takdir DIA Yang Maha Kuasa.

Apabila ada orang nak masuk meminang adik aku, sibuklah sedara-mara semuanya. Bukannya sebulan sebelum tu tapi dua tiga bulan sebelum tu lagi diorang semua dah pot pet pot pet. Topik paling hangat ialah pasal kenduri. Uishh baru nak bertunang ni macam-macam juga belanja nak dikeluarkan. Tak tahulah kalau ini adat orang Melayu Melaka. Ataupun adat keluarga aku kot.. ini pun baru kenduri keluarga. Boleh kata banyak juga la belanja. Nasib baik ada sedara mara yang nak sponsor sket.

Pernah dengar perkataan 'SAPRAH'.. Sibuk la juga cari saprah untuk dibentangkan depan tetamu yang bakal datang. Saprah ni kain alas untuk letak makanan yang dihidang kepada tetamu. Rupa-rupanya kena cari saprah yang cantik gak.

While browsing internet, i've found a hadith narrated By Anas: The Prophet halted to consummate his marriage with Safiyya. I invited the Muslims to his wedding banquet. He ordered that leather dining sheets be SPREAD. Then dates, dried yoghurt and butter were put on those sheets. Anas added: The Prophet consummated his marriage with Safiyya (during a journey) whereupon Hais (sweet dish) was served on a leather dining sheet. [Vol 7, Book 65. Food, Meals.Hadith 299. (Shahih Bukhari)]

Ohh..rupa2nya saprah ni bukan budaya kita tetapi sunnah Nabi. Pulak tu dibentangkan dengan saprah kulit. Wahh, lagi cantik dan bersih.. patutlah, sedara mara sibuk minta saprah cantik. Erm, tapi tak tahulah diorang tahu ke tak pasal sunnah ni. Aku pun baru tahu..

Lepas dah dibentangkan saprah, tetamu pun diberikan macam2 juadah.. dari yang berat sampailah yang ringan. Ada satu tu nama minuman tu 'taibak'.. siapa tak pernah rasa rugilah sebab tak semua tempat ada. Minuman/makanan tradisional Baba Nyonya.

Tapi aku perasan kan macamana sedap pun air yang diminum, kita pastu mesti rasa haus dan tekak macam kosong.. akhirnya air mineral juga yang dapat hilangkan dahaga. Agak-agak macamanalah rasanya air yang Tuhan janjikan untuk kita kann?

Look what Allah says in the Quran, to express his kindness in serving us the best in Paradise, "Their raiment will be fine green silk and gold embroidery. Bracelets of silver will they wear. Their Lord will slake their thirst with a pure drink." (76:20)

Pure drink? air tulen?.. air kosong yang hanya 20 sen pun (kalau kena bayar) dah mampu buat kita rasa syok dan puas minum, inikan pula air tulen yang dimaksudkanNYA. Ermm...

22 Jun 2006

Akibat Marah

Mungkin inilah hari malang bagiku. Dalam tempoh dua hari aku dan teman sejawatan perlu menyiapkan satu kajian berkenaan kontrak antara dua pihak yang melibatkan badan asing dari luar Negara. Soalan yang perlu kami jawab agak banyak dan kurang spesifik. Namun, bagai budak yang baru tumbuh gigi, kata-katanya mungkin kurang difahami. Begitulah kami dalam menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan.

Sungguhpun begitu, ini bukanlah sesuatu yang malang yang aku maksudkan. Seperti biasa, keadaan kerja kami agak riuh rendah kerana sering bergelak ketawa sambil menyiapkan kerja. Apatah lagi apabila setiap petang akan disiapkan teh tarik penyegar mata yang selalu mengharapkan agar ia dipejam.

Semalam, teh tarik pun disiapkan dan dihantar ke perpustakaan, tempat kami berbincang dan berbual-bual dalam menyiapkan kajian yang diberikan. Masing-masing sibuk ke sana ke mari menyiapkan tugasan. Sehinggalah pada satu ketika, aku duduk berseorangan bersama kakak pustakawan.

"Hah, akak pantang tengok air dibawa masuk ke perpustakaan ni"
"Cawan tu dah habis minum ke belum?"
"Pergi basuh cawan-cawan yang ditinggalkan tu"
"Itu hari dah ada yang tinggalkan sampai bersemut"
"…"


Macam-macamlah teguran keras berupa amaran yang ditegaskan oleh kakak itu dalam nada yang garang. Aku yang masih belum habis minum air teh itu terus meneguknya sampai habis. Satu lagi itu bukan cawan aku tetapi disebabkan cawan itulah aku dimarahi. Aku hanya mampu mengangguk seolah-olah mengiyakan kesalahanku.

Empunya cawan yang satu lagi dah pergi entah ke mana aku pun tak tahu sebab ditinggalkan begitu saja cawan yang masih berisi air. Sejam selepas itu barulah muncul insan bertuah ini. Dalam hati yang terguris kerana terpaksa menanggung kesalahan orang lain dan tersimpan rasa ‘keceper’ akibat dimarahi, aku pula kali ini memarahi insan yang lebih tua daripada aku.

Dengan muka selamba penuh keseriusan, aku pun menasihatinya dalam erti kata memarahinya sehingga akhirnya aku suruh dia berubah. Ya, aku nampak seolah-olah berjaya kerana telah membuatkan dia mengatakan, "Saya akan berubah."

Aku mungkin biadap dengan kelakuan sebegitu. Tapi, itulah yang patut aku lakukan. Namun, aku diselubung rasa bersalah menegurnya kerana diriku belum cukup sempurna. Aku takut kalau-kalau kata-kataku akan memakan diri. Orang tua-tua selalu berpesan untuk bila bercakap perlu berhati-hati takut nanti kena pada diri sendiri.

Maafkan aku kerana biadap tapi itulah luahan hatiku agar rasa marah itu dapat aku luahkan dalam bentuk nasihat. Supaya aku tak memendam rasa dan benar-benar aku ingin perubahan kepada yang lebih baik. Tolonglah aku Tuhan kerana aku sering dihimpit syaitan.

22.06.06
11.04 pm

19 Jun 2006

Kenapa masih buat jahat

"..Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.."(29:45)

Setiap hari kita pasti tak lepas solat lima kali. Adakalanya bila iman tinggi, cepat solat dikerjakan.Adakalanya pula bila iman turun, sengaja dilewatkan. Inilah lumrah manusia yang imannya turun dan naik.

Sebut pasal solat ini, rasanya macam dah jadi lumrah. Kalau tak solat, terasa semacam je seolah-olah ada yang tak kena. Mula-mula memanglah terpaksa sebab dimarahi ibu ayah, tetapi dah tua (tua?) begini baru rasa kepentingannya.

Apabila dah jadi rutin harian, memang susah hati bila tak buat. Tapi, lain pula jadinya. Asal buat, soal cepat atau lambat dah tak kisah. Hah, zaman kita ni manusia semakin pandai. Bila tengok orang buat silap,cepat je tersebar citer. Bila tengok orang baik, mulalah cari yang tak eloknya.

Contohnya begini. Biasa tak kita dengar orang kata :

"Alah, dia tu sembahyang pun, buat benda jahat.."
"Kalau sembahyang tapi lepas tu tak pakai tudung, lebih baik tak payah"
"Sembahyang-sembahyang jugak, tapi anak dara dia lantak juga"
"Alah, lebih baik aku yang tak sembahyang ni, minum arak pun tak.."
"Eleh, kau ingat orang yang sembahyang tu dah cukup baik? Belum tentu lagilah"


.. dan yang paling bahaya bila orang kata

"Tak betullah Quran cakap kalau sembahyang boleh elak kita buat jahat, sebab aku jaga sembahyang tapi masih juga buat benda tak elok"


Hmm, apa yang dicakap orang itu pada perkataan yang selepas koma itu aku setuju tapi kalau kata Quran tu yang tak betul, mungkin kita patut belajar lagi kot.

Aku percaya ramai antara kita dah pernah dengar ayat yang aku taip kat atas sekali tu. Dan ramai juga merasakan solat itu belum cukup memngelakkan diri daripada terjebak ke dalam perkara negatif.

Mungkin Tuhan nak terangkan pada aku haritu. Aku tergerak hati pergi dengar kuliah membahaskan kitab Al-Hikam atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud Kata-kata Hikmah. Satu daripadanya yang dibincangkan ialah berkenaan apa yang di dalam hati seseorang itu dilambangkan dari zahir dirinya.

Jadi, ustaz itu pun terangkan satu kenyataan yang tak pernah aku dengar. Tau tak kiblat itu ada tiga? Pertama, kiblat tubuh. Kedua, kiblat mata. Dan ketiga, kiblat hati.

Kiblat tubuh dihadapkan setentang dengan Kaabah manakala kiblat mata memandang pada tempat sujud dan kiblat hati menuju Ilahi.

Kiblat tubuh adalah syarat kepada satu arah tanda penyatuan umat Islam. Kiblat mata adalah untuk mendatangkan khusyuk dalam solat. Dan kiblat hati adalah untuk mendatangkan fanaa' dalam solat.

Fanaa' tu maksudnya binasa. Jadi, yang dimaksudkan fanaa' tu ialah membinasakan segala yang ada di sekeliling dan hanya meletakkan Allah di hati.

Uishh, ustaz yang dok ajar tu pun kata dia juga belum tentu boleh dapat fanaa'. Jadi, aku yang dok cite ni pun bukan bermakna dah sampai darjat tu. Jadi, aku fikir punya fikir.. patutlah solat tak dapat elak kita daripada buat kejahatan sebab solat kita tidak lengkap degan 3 kiblat ni. Oppss, aku tak tahulah korang.. mungkin aku yang begitu.

Wanna be a policeman?

Dalam hujan renyai, jalan tentu licin. Jadi pemanduan aku perlu berhati-hati. Ramai yang kata penunggang motosikal di bandaraya kurang ajar. Cilok sana cilok sini menyelit sana menyelit sini.

Hakikatnya memang begitu. Kalau tidak, samalah nasibnya dengan memandu kereta. Menunggulah berjam-jam di belakang kenderaan lain. Kerana itu ini dipanggil kelebihan bagi penunggang motosikal.

Walaupun jalanraya licin, aku masih lagi menunggang laju. Prinsip aku dalam memandu ni, nak laju boleh tapiwe have to predict the result of our present act. Kalau nak mencilok di kawasan pejalan kaki selalu melintas, kenalah berwaspada takut-takut ada yang nak lalu. Kalau tempat tu berpasir, kita kena tahu bila dan di manapatut kita tekan brek dan cara tekan brek juga. Kalau jalan itu berlopak dan berair, tak bolehlah nak redah saja, takut-takut rim kita bengkok atau arah pemanduan tersasar. Eh, macam mengajar pula.
It's a normal scenery of early morning in kl which show us the power of a person named policeman. He stands in the middle of the road. By pointing at drivers, all of us will surely stop our vehicles. By waving his hand, it's understood that now we can go.

It sounds so easy and so powerful to be a policeman who can control the traffic, huh? We might be wrong if we are of that view.One of the reasons of saying that is KL people are lacking of patience. The policeman has to be more patient than those congested in the traffic jam. The latter will keep honking to make the former let them go.

On the other hand, the policeman himself has to give way to the others first, which normally will take a longer time than usual traffic light would do. Those on his right, left and back may make those various sound of honk which could make the policeman get angry.

Yes, they might become angry.. because they are human being lah. That's why yesterday, a policeman shouted the word ,"BODOH" to the motorcyclists because of keep honking to him. If i were to be that policeman, I might skip their turn to cross the road.


Is it right for him to do so? Or the act of the motorcyclists is the right one? This is a thing to ponder..

15 Jun 2006

Kalaulah aku...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mungkin sudah ditakdirkan Tuhan jadi begini, maka jadilah begini. Itu sememangnya harus diakui oleh semua orang yang mengaku beriman pada Yang Maha Esa. Kekadang tu rasa bersalah pun ada apabila barang yang bukan milik kita tetapi berada dalam jagaan kita, rosak atau hilang. Walaupun bukan kita sendiri yang merosakkannya atau menghilangkannya.

Biasa jugalah kita kata," kalaulah tadi aku tak pergi, mesti tak jadi begini.." atau "kalaulah aku tak letak kereta ini kat sini, mesti tak jadi.." atau seumpamanya. Hmm, kalau direnungkan,siapalah kita untuk mengatakan KALAU pada saat semua itu sudah berlaku.

Mungkin kata KALAU itu sekadar menyedapkan hati. Eh, tidak.. bukan begitu. Jika kita kata KALAU, ia sebenarnya membuatkan kita kecewa. Menyesal.. Sedih.. Bersalah.. dan mungkin membuatkan kita rasa betapa bodohnya aku bertindak sedemikian. Kesian kan pada hati kita, terpaksa menanggung sesuatu yang di luar jangkaannya.

Inilah yang berlaku pada aku apabila kereta bakal adik ipar aku dipecah. Kereta Putra memang nampak sporty dan pasti mencuri pandangan si pencuri. Maklumlah, kereta sport dengan seat original RECARO. Jadi, hilanglah sepasang seat depan RECARO dia. Pandai sungguh si pencuri sebab peristiwa itu langsung tak disedari sesiapa berhampiran walaupun kereta itu diletakkan di depan rumah.

Akulah yang park kereta itu di situ. Malam sebelum kejadian, aku park kereta itu tanpa rasa curiga pada apa-apa pun. Sebab sebelum ini tak pernah berlaku hal semacam itu di taman perumahan berdekatan. Kalau kat KL biasalah kita dengar pasal isu ini tapi tidak di MELAKA.

Sepupu aku (budak lagi) kata sebab aku vrooomm vrooomm kot, si pencuri itu 'sakit hati' dan datang buat hal. Entahlah, kekadang kata-kata bebudak ni buatkan kita rasa serba salah. Pada pagi nak basuh kereta itu, aku jugalah yang buka pintu. Terkejut aku dibuatnya apabila seat hilang dan barang berterabur..

Maka, mulalah seorang demi seorang membuat andaian masing-masing. Juga timbul perkataan KALAU berkali-kali. Jika kita fikirkan pasal KALAU, sampai bila pun sesuatu musibah melanda akan membuatkan kita tak senang duduk.

Hah, cuba ingat balik waktu belajar di sekolah dan universiti dulu. Bila dapat keputusan teruk, mulalah keluar ayat-ayat begini ,"kalaulah dulu aku study awal, pasti dapat result lagi ok.." "kalau kita buat study group, result kita ok punya.." "kalau setiap kali aku habis kelas, buat shortnote, mesti senang aku study untuk final.." Aahh macam-macamlah ayat yang diucapkan kita bermula dengan perkataan KALAU.

Fikir punya fikir punya fikir (berapa banyak fikir daa..), betul ke kita pasti berjaya atau dapat sesuatu yang sebaliknya jika kita buat seperti yang diKALAUkan itu? Jawapannya tiada yang pasti. Belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, terima jelah. Macam orang main bola sepak (maklumlah tengah demam world cup), orang akan mengatakan memang adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah. Jadi, orang tak menuding jari pada goalkeeper sebab tak dapat tahan bola. Atau nak salahkan striker yang asyik tendang pengkau. Atau nak salahkan referee yang tak endahkan kekasaran. Atau nak salahkan pemain yang dibuang sebab mengakibatkan team tak cukup korum.. semua akhirnya (kalau ada pun yang salah menyalahkan) akan redha sebab kata mereka itulah adat permainan.

Abis tuh, kalau permainan punya adat, apa hidup kita ini tak beradat? Ya, hidup kita punya adat. Kalau budak syariah, dia akan panggil adat ini dengan istilah sunnatullah. Kalau orang biasa mungkin memanggilnya dengan istilah takdir (pun ambil daripada perkataan arab). Aku nak panggil ini sebagai RENCANA.

Setiap yang berlaku sudah diRENCANAkan oleh Yang Maha Kuasa. Sebab itulah, Islam tak suka kita asyik bersedih, berduka, menyesal dan seumpamanya. Kita kena redha dengan apa yang berlaku. Inilah rupa-rupanya cabang iman yang kita dok hafal sejak tadika tu. BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR.. hmm, dah faham dah. Lega rasa hati. Hidup perlu diteruskan.. Selamat Menempuh Kehidupan Mendatang!

* Baru je lepas taip, aku berdiri nak ambil kabel mp3 player..Prapp, kain aku terkoyak. Hmm, let bygone be bygone. (".)

08 Jun 2006

Nasib Anak Kandung

Aku rakyat Malaysia
Berbesar hati apabila dipuji
Panorama indah memukau mata
Kesopanan rakyat disebut-sebut
Makanan tradisional bualan dunia
Aman hidup berbilang bangsa

Aku rakyat Malaysia
Negaraku kecil bak tikus
Tapi mengaum bak singa
Tak pernah tunduk pada Sang Perkasa
Licik politiknya menyelamatkan rakyat

Hebat pemimpin kami
Walaupun bertubuh kerdil
Hebat mencilok
Dibandingkan dengan si putih yang sasa itu
Hinggakan negaraku dipanggil Bendahara
Mengawal keamanan Asia Tenggara

Namun, itu jika kau lihat dari luar kotak
Cuba kau tembusi isinya
Baru kau tahu suka duka aku
Rakyat Malaysia yang terpinggir

Mercutanda di ibu kota
Meminggirkan danau di desa
Pengangkutan moden di bandar
Meminggirkan jalan tak bertar
Makanan segera rutin harian
Meminggirkan makanan tradisi warisan
Pakaian terkini berinovasi
Meminggirkan pakaian hormat diri
Pemimpin negara asyik diagung
Meminggirkan ulama yang patut disanjung

Yang kuat terus kuat
Yang lemah terus lemah
Yang kaya makin kaya
Yang miskin makin miskin

Maka, dari sudut mana harus diukur pembangunan?
Adakah dengan tingginya bangunan?
Walau bah menghalang perjalanan
Adakah dengan hebatnya teknologi?
Walau rumah usang lagi
Adakah dengan fesyen terbaru?
Walau kami masih ada yang cukup baju
Adakah dengan makanan hebat di hotel ternama?
Walau ada yang hidup melarat lagi merana

Buat apa menuding jari
Kerana mungkin itu silap sendiri
Yang susah sangat bergantung dan tidak berdikari
Dan yang senang hanya mementingkan perut sendiri


-luahan dari seorang rakyat kepada aku menyatakan nasib dirinya-

HSK
12.40pm
220506

07 Jun 2006

Under Construction

Sorry for any inconvenience. The blog is under construction for a better look. It would take a few days to be perfected. Thank you for your visit. Do come back here ya..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular