Kalau soalan ini untuk dijawab pasangan kekasih, ia mungkin membuntukan fikiran. Siapa kata muda lebih baik? Isteri pertama Rasulullah pun lebih tua daripada umur baginda.
Nak dikatakan tua lebih baik, orang-orang tua kita pula sarankan kita (bagi lelaki) cari pasangan yang lebih muda umurnya daripada kita.
Jadi, antara daun kering dan rumput hijau yang muda, yang manakah nampak cantik di mata? Hmm, susah juga nak jawab walaupun pandangan kasar mata kita digunakan.
Begitulah juga dalam memilih pasangan. Ada orang akan kata si dia cantik, lawa dan sebagainya tapi ada orang lain pula mengatakan sebaliknya. Pendek kata, semua ini SUBJEKTIF.
Antara barangan lama dan baru, yang mana lebih baik?
Susah juga nak jawab soalan ini sebab banyak je kes kereta lama yang menyusahkan pemiliknya walaupun nampak cantik dan murah. Hmm, jadi kereta baru baguslah? Iya, nampaknya begitulah tetapi belum tentu juga. Beli Gen2 baru, tak sampai setahun dah kena tukar cermin auto, pembuka pintu etc sbb selalu jammed..
Ada orang suka simpan barang-barang lama untuk koleksi kerana bagi mereka ianya berharga. Namun, ada juga yang menganggapnya sekadar sampah yang perlu dibuang.
Orang-orang tua banyak yang tak suka barangan baru. Kata mereka, ianya tak kuat, tak tahan lama, tak lasak. Harap mahal jer.. Tapi, tidak bagi orang-orang zaman kini. Kita merasakan barangan baru dan moden ini memudahkan kerja harian kita. Pelik kan? Masih ada seorang makcik tu taknak makan nasi yang ditanak dalam periuk elektrik dan sanggup membakr kayu api untuk menank nasi secara tradisional. Kenapa ya? Jawapannya tetap RELATIF.
Jadi, janganlah kita cuba banding-bandingkan antara satu sama lain kerana persepsi seseorang terhadap suatu perkara mungkin berbeza. Kita harus hormati pendirian seseorang itu dan mesti dia punya sebab cakap begitu. Dan tak usahlah nak pertahankan sangat diri itu seolah-olah kita sahaja yang betul kerana orang lain punya hujahnya sendiri yang dia yakin dia pula yang betul.
NAK GADUH? HMM, BUANG MASA SAJA..TERUSKAN HIDUPMU DAN ABAIKAN APA ORANG KATA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan