27 Februari 2006

Zaman Siti berakhir, nama Mawi pula terukir..



Begitulah kenyataan yang sedang berlaku dalam dunia seni tanahair kita. Asyik-asyik Siti. Itulah kata-kata bagi orang yang dah 'muak' namanya disebut sebagai pemenang macam-macam anugerah. Tapi, ada juga yang mengatakan memang dia layak pun. Hmm, sudahlah tak perlu kita nak sakit kepala dan bergaduh tentang artis. Memang lumrah artis, akan sampai kemuncak dan akhirnya turun. Yalah mana-mana gunung pun kita naik, pasti kita akan turun lepas sampai di puncak. Dah tak boleh naik dah..

Kalau dalam sains, ada satu istilah yang lebih kurang gitu maksudnya. 'Tepu' bermakna sekiranya air tu dimasukkan gula terlampau banyak, ia akan jadi tepu. Maknanya kemanisannya akan sampai ke tahap tertinggi dan tak boleh manis lagi.(Betul kan? Kalau tak, tolong betulkan..)

Maka, mungkin inilah zaman paling manis Siti. Apatah lagi, dalam umur 27 ini dia pasti ingin berumahtangga. Inilah desas-desus yang kita dah dengar kann.

Mawi pula, sebagai orang kampung yang tak pernah bercita-cita jadi penyanyi, akhirnya mendapat kemenangan demi kemenangan. Hajat nak jadi deejay tapi lain jadinya. Mungkin inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang yang dah 'muak' dengan Siti. Ya, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan gaya penampilan unik mereka.

Persamaan pada mereka ialah mereka orang kampung dan orang yang berbudi bahasa lagi sopan. Itu realiti yang tak dapat kita elakkan.

Kenapa aku cerita pasal mereka ini? Sebabnya aku nampak sesuatu yang menarik yang patut kita perhatikan pada kedua-dua insan seni ini.

Pertama, berkaitan persamaan yang aku nyatakan tadi. Jika diperhatikan, trend hari ini, masyarakat sukakan orang yang berbudi bahasa dan sopan-santun. Berpakaian sopan, tak layan gosip, berpada-pada, tak 'gedik', suka beri nasihat dan pelbagai ciri-ciri ketimuran yang dibawa mereka. Hah, itu dia perkataan yang tepat. Ciri-ciri ketimuran.

Cuba renung balik, adakah artis yang seksi dan mengada-ngada disukai ramai? mereka ini bukan sahaja tidak diangkat oleh masyarakat secara majoritinya, tetapi mereka tidak mewakili kita, sebagai orang Timur. Memang kita rasa malu apabila trend membolehkan pakaian berkemban orang tua-tua dulu bebas disaksikan depan mata.

Aku rasa bangga pada seorang pejuang Teras Keupayaan Melayu. Ramai kat Penang atau utara nun sana kenal dia dengan nama Cikgu Azmi. Pernah mewakili Malaysia ke PBB dan berucap di sana. Sebagai rakyat Malaysia, aku rasa bangga apabila dia bercakap guna Bahasa Melayu di sana. Tambah pulak, berbaju Melayu dan berkain pelekat (Hmm, yang ini aku tabik gak la sebab dia berani..tapi aku tak boleh kot).

Artis pun kenalah gini. Eh, sape kata pakai kain pelekat memalukan? Taklah, ianya terpulang pada kita. Bagi orang luar, itu adalah budaya orang lain yang mereka cukup hormati dan kagumi. Begitulah gamaknya jika artis kita pergi ke Oscar Award ke.. apa-apa function luar negara, berkebaya sopan (tak belah sana-sini, hmm kalau mantap lagi pakai baju kurung..hmm) pasti orang-orang di sana terpegun dan tertarik sebab orang lain takkan pakai begitu. Kalau pakai, baju tak bertali dan menampakkan sebahagian dada, tambah pula berkain jarang dan berbelah hingga ke peha, belakang badan terdedah hingga hampir menampakkan punggung, orang tak heran sangat. Sebab itu adalah budaya mereka.

Jadi, tahniah kepada Siti yang mempunyai ciri-ciri Timur sedemikian walaupun telah buat persembahan di Albert London Hall. Bagi Mawi yang masih tampak ciri-ciri kampungnya itu, kekalkanlah kerana itulah harga diri Mawi yang tiada bandingannya.

Kedua, dalam Anugerah Bintang Popular BH semalam, kita patut berikan ucapan penghargaan kepada Rosyam Nor. Kenapa? Hmm..inilah salah seorang pelakon hebat yang selalu memainkan watak orang melayu kampung yang cukup baik. Tapi, watak lain pun bagus juga dilakonkannya.

Apa yang nak aku tarik perhatian korang yang baca ini ialah apabila dia menyatakan , "Lakonan itu kehidupan, dan saya perlu meneruskan kerjaya ini untuk memperbaiki kehidupan saya."

Apa yang terbaik bagi setiap orang ialah apa yang dia kata, dia buat. Ini terbukti pada Rosyam Nor. Dia bukan berlakon baik semata-mata hingga mampu membuatkan orang lain mengalirkan airmata terkesan hasil lakonannya. Tapi, semalam kebaikan yang ada dalam dirinya itu jelas kita nampak apabila dia memapah Hussein Abu Hassan untuk mengambil Anugerah Khas Seniman 2005.

Perkara semacam ini jarang kita nampak di kalangan artis negara kita. Saya yakin Rosyam Nor bukannya sekadar melakonkan watak untuk buat orang menangis tapi dia melakonkan kehidupan sebenar yang dia sendiri mungkin pernah rasai.

Siapa pula kita? Ya, para penonton dan peminat. Tapi, takkan sampai situ aje. Takkan asyik nak tonton dan minat je.. Itulah sebabnya saya 'highlight' dua perkara ini. Perhatikan contoh-contoh baik yang ada pada artis ini yang jarang orang perkatakan. Inilah budaya ketimuran yang harus kita kekalkan dalam diri masyarakat Melayu terutamanya.

Budaya ini makin hari makin menipis dan terhakis dek ikut-ikutan kepada budaya Barat yang banyak membawa masalah kepada golongan muda kini. Bagi para pencinta seni, mari kita mula perhatikan kebaikan sebegini untuk kebaikan bersama. Jangan biarkan kita hilang identiti.. HIDUP MALAYSIA !

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular