Sengaja aku nak ubah angin hari ini. Selepas solat Zohor, kakiku terus melangkah keluar membawa bersama sebuah beg berisi buku dan alatulis. Aku bercadang ingin membaca buku di Taman Tasik Sri Gombak. Mungkin di situ lebih tenang untuk membaca.
Sebaik sahaja menunggang motosikal, aku terasa lapar. Entah mengapa teringin sangat minum Orange McFizz. Jadi, terus sahaja ke McD untuk makan tengahari. Keadaannya cukup nyaman berbanding cuaca panas sewaktu menunggang tadi.
Selepas mecari tempat duduk yang selesa dan cantik pemandangannya, aku pun mula mengunyah makanan yang terhidang depan mata. Setelah selesai memakan BigMac, aku pun mengeluarkan buku untuk dibaca sambil menyantap kentang goreng diselangi air yang diidamkan.
Perhatian aku terganggu apabila depan aku ada tiga orang cina sedang bercerita tentang bisnes mereka. Cukup kuat dan bising bahasa Mandarin yang diucapkan mereka. Hmm... sabarlah.
Kemudian, suasana menjadi makin bising apabila seorang ahli politik agaknya mendapat panggilan telefon. Sambil berjalan mencari tempat duduk, suaranyalah yang paling kuat. Umpama bahasa Tamil sedang melawan bahasa Mandarin untuk dipilih bahasa manakah yang lebih baik. Hmm.. sabarlah.
Aku cuba membacanya lagi dengan tumpuan yang baik. Tiba-tiba anak sepasang suami isteri Cina berdekatan aku berteriak menangis. Aduhh.. aku dah tak boleh tahan dan cepat-cepat habiskan makanan.
Terus sahaja aku bergegas ke Taman Tasik yang pada asalnya ingin aku batalkan hasrat kerana suhu dalam McD amat nyaman. Setibanya di sana, aku mencari tempat duduk yang bermeja untuk memudahkan kerja aku. Alhamdulillah jumpa tapi mejanya tinggi pula. Patutlah tiada orang duduk di situ. Mejanya sejengkal bawah bahu aku.
AKu pun mencari tempat baru dan akhirnya berjumpa. Tempat duduknya cukup selesa. Angin bertiupan sepanjang masa. Tenang rasanya lalu kubuka buku untuk dibaca. Sedikit catatan dapat aku buat waktu itu meringkaskan bacaan.
Untuk kali keberapa entah, aku diuji lagi. Tiba-tiba terdengar tangisan teresak-esak seorang perempuan. Ingatkan budak kecil, rupa-rupanya sepasang kekasih sedang bergaduh. Si perempuan menangis sambil bercakap (tapi aku tak faham pun apa yang dia cakap) manakala lelaki itu pula buat tak tahu. Lama juga perempuan itu menangis. Memang itulah pertama kali dalam hidup aku mendengar tangisan perempuan yang mirip tangisan kanak-kanak yang inginkan coklat yang ibunya larang beli. Hmm.. sabarlah.
Buat akhirnya, azan pula berkumandang. Ya, bunyi ini yang menenangkan jiwa. Aku berkemas lalu terus ke masjid. Lagi puashati dan tenang bersembahyang dahulu. Selesai solat, aku ambil keputusan untuk balik ke universiti terus.
Dalam perjalanan nak ke motosikal aku, perempuan itu masih berada di kerusi tempat dia duduk tadi. Tapi, lelaki itu sudah lenyap dari pandangan. Aku terfikir tentang konsep cinta yang berlaku depan mata aku.
Aku agaklah mereka ini belum berkahwin tetapi sudah bercinta. Bila timbul masalah, sukar nak selesaikan. Sebab apa?sebab mereka bukan suami isteri. Banyak kekangan dan halangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti suami isteri.
Maaf kalau aku katakan dari segi psychology sentuhan memainkan peranan dalam melembutkan jiwa sesiapa pun. Apatah lagi antara dua jantina berbeza. Namun, bolehkah sentuhan ini dilakukan oleh lelaki tadi kalau belum berkahwin? Dah tentu tak boleh.. betapa rugi dan membazir masa untuk selesaikan masalah yang bagi suami isteri cukup mudah diselesaikan..
hmm, bercintalah selepas berkahwin.. senang! Wallahua'lam
21 Februari 2005
Susahnya nak dapat mood belajar
Filem Jepun dan realiti anak Melayu
Aku menonton tayangan filem percuma di MTC (Pusat pelancongan malaysia) bertajuk Faraway Sunset dalam bahasa Jepun. Ia mengisahkan pengorbanan seorang ibu demi kejayaan anaknya ditambah lagi penyesalan diri atas kecuaiannya yang menyebabkan anaknya itu cacat tangan kirinya. Sewaktu berusia 18 bulan, dia terjatuh dalam api tempat memasak meyebabkan semua jari kirinya melekat antara satu sama lain. Sejak kecil dia sering diejek kawan-kawan sehinggalah suatu hari dia toreh tangannya sendiri dengan pisau untuk memisahkan jari-jarinya.
Namun, ibunya cukup bersemangat dan memberi sokongan kepada anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh sekalipun dirinya terpaksa bersusah-payah mencari duit menyekolahkannya. Kejayaannya dalam akademik terserlah sehinggalah dia akhirnya menjadi ahli bakteria yang terkenal. Disebabkan kesibukan dan janjinya untuk tidak pulang selagi belum berjaya, 15 tahun selepas berhijrah ke Amerika barulah sempat dia menjenguk ibunya. Itu jugalah kali terakhir dia menemui ibunya yang sudah cukup tua.
Semangat belajarnya masih tidak mati mengikut ibunya. Dia masih membuat kajian tentang penyakit demam kuning untuk dicarikan ubatnya. Namun, dalam pencariannya di Ghana, akhirnya dia mati di situ pada 1928 tanpa dapat menyelesaikan hasil kajiannya.
Banyak moral cerita yang dapat diambil daripada cerita ini. Airmata aku pun turut mengalir sepertimana yang lain. Cubalah cari filem ini. Namanya dalam bahasa jepun 'Tooki Rakujitsu' yang diterbitkan pada 1992.
Bulan 3 ni pun MTC ada buat tayangan percuma begini. Masih lagi cerita Jepun. 5 dan 19 Mac 2005 yang bertajuk Pale Hand dan Takeshi Childhood Days. Cerita kedua ini diilhamkan berdasarkan komik Fujio F. Fujiko. Takkan tak kenal kot? Inilah penerbit komik doraemon. Kedua-dua cerita ini juga mengisahkan kehidupan kanak-kanak. Apa lagi datanglah.. jangan tak datang!
# Ada satu kisah lagi pada hari ini..
Selepas selesai menonton filem itu, aku terus ke bilik air mengemas diri sesudah solat di surau. Kelihatan satu lagi kisah percintaan dua orang wanita. Budak lagi tu..rasanya masih sekolah menengah agaknya. Mereka duduk berdua-duaan di sebuah kerusi kayu panjang. Suasana cukup tegang sesama mereka. Aku yang baru sahaja keluar mengemas diri tercengang melihat tingkahlaku salah seorang daripada mereka. Mungkin aku namakan dia Ayu kerana perwatakannya masih keperempuanan.
Ayu berteriak sambil menangis dan memarahi Roy (seorang lagi perempuan ala lelaki) sepanjang perbualan. Yang membuatkan aku tercengang ialah dia kerap menampar dan memukul Roy. Laju sahaja tangan Ayu menampar kiri dan kanan pipi Roy. Hairannya Roy langsung tak menepis mahupun menghalang. Mungkin tidak cukup agaknya, Ayu menghentak pula belakang badan Roy. Roy memang sekuat lelaki kerana langsung tak menunjukkan reaksi sakit. Kalaulah Roy itu lelaki, orang kata bacullah dia sebab dipukul perempuan. Tangisannya memang jelas kedengaran manakala Roy memandang ke arah lain.
Tubuh badan Ayu jika dibandingkan dengan Roy yang bertopi itu agak besar. Roy yang kurus itu sekadar mampu menahan pukulan dan kemarahan Ayu. Aku sengaja berjalan di hadapan mereka. Begitu juga tiga lagi penunggang motosikal yang meletakkan motosikal masing-masing berhampiran tempat mereka bergaduh. Aku buat-buat menelefon di pondok telefon manakala tiga orang lain itu pun sengaja duduk berbual atas motosikal. Aku yakin kami semua sengaja ingin melihat kesudahan kisah mereka.
Ayu dan Roy bergaduh seolah-olah hanya mereka berdua berada di MTC. Mereka langsung tak menghiraukan kehadiran aku dan tiga lelaki lain. Nak campur tangan tak reti.. so, tunggu jelah sampai kalau teruk sangat kot..
"Woi, keluar!" pengawal keselamatan menjerit dari posnya sambil menuding jari ke arah kami. Siapa yang disuruhnya keluar? Aku ke.. tiga orang lelaki ini ke.. atau bebudak dua orang tu?.. sebabnya kami semua berada di tempat yang sama. Tempat yang ditudingkan jari olehnya.
Pakcik itu terus keluar dari posnya untuk menuding dengan lebih jelas lagi. Memang mukanya cukup marah kerana dia langsung tak senyum atau memberi nasihat terlebih dahulu. Rupa-rupanya bukan kami yang dimarahinya tetapi Ayu dan Roy. Aku rasa semuanya yang di sini tak bersalah terutamanya kami lelaki ini.
Mungkin pakcik tu dah tak tahan dengan perangai si perempuan ini dengan pengkidnya. Itu yang salah agaknya. Memang salah pun..
Hai dunia..dunia.. apalah nak jadi dengan manusia hari ini? Kisah yang aku ceritakan ini bukan untuk memburukkan sesiapa tapi untuk menceritakan hal kehidupan dunia yang berlaku depan mata aku.
Bukan nak berpandangan buruk.. nilailah sendiri wahai kawan-kawan samada Ayu dan Roy ini dalam keadaan normal atau tidak.. sedih aku rasa apabila masalah ini berlaku sama macam di tempat belajar aku yang aku ceritakan tempohari. Kedua-dua kes ini berlaku depan mata yang melibatkan anak melayu.. Melayu tu maknanya dalam undang-undang ialah orang Islam juga.. hmmm...
Keindahan alam tanda kekuasaanNya
Tak ramai mengenali Taman Alam berbanding Kg. Kuantan tempat kelip-kelip. Yelah, bila disebut kelip-kelip je, semua akan teringat pada iklan TNB. Taman Alam tu dekat sahaja dengan tenpat kelip-kelip tu.
Taman Alam lah tempat hutan paya bakau yang menyimpan pelbagai flora dan fauna. Banyak burung akan hinggap di pesisir paya untuk mencari makanan pada awal tahun begini.
Burung-burung itu samada tempatan dan burung luar yang berhijrah. Ada yang datangnya dari Rusia dan sebagainya. Taman Alam ada menyediakan ratusan sarang burung untuk tempat tinggal mereka.
Helang merah pun ada. Kalau ada helang, maknanya ada ular. Memang cantik tempatnya. Ia menunjukkan kehebatan akar kayu bakau yang berserabut mampu memecah ombak yang datang. Tsunami hari itu turut terasa di kawasan berhampiran melainkan di taman alam. Patutlah Pak Lah mula bercakap tentang hutan bakau.
Kami dibawa turun memijak sendiri paya bakau tu. Habislah kasut-kasut kotor dan ada juga yang hampir terjatuh. Seluar kami memang kotor dah pun. Macam-macam aksi lucu dan menakutkan berlaku.
Pada sebelah malam, kami teruskan lawatan ke kawasan keli-kelip itu. Malangnya, tiada satu gambar pun boleh ditangkap. Ini kuasa Tuhan sebenarnya. Kalau kami tangkap guna flash pun, hanya nampak pokok sahaja. Kalau tangkap guna video pun tak nampak semeriah kita melihatnya dengan mata sendiri.
Sampan yang didayung penduduk tempatan memuatkan 4 orang sahaja. Setiap orang perlu membayar upah RM 10. Life jacket disediakan untuk tujuan keselamatan. Bunyi unggas dan burung diselangi desiran air sungai yang didayung menenangkan jiwa kita yang kebiasaannya hidup dalam keadaan cukup bising.
Kelip-kelip dan kunang-kunang menurut pakcik yang mendayung itu berbeza. Kelip-kelip ini bentuknya macam semut kecil sahaja. Cahay keluar dari bawah perutnya. Kelip-kelip selalunya ada di atas daun tempat mereka mencari makanan. Hanya boleh dijumpai di pokok-pokok yang menghadap ke sungai. Kalau yang menghadap ke kampung memang tiada. Jantan akan berkelip setiap 3 saat manakala yang betina berkelip setiap sesaat. Kelip-kelip jantan memang bercahaya lebih terang berbanding betina. Namun, kesahihan maklumat ini tiada siapa dapat buktikan kerana sehingga kini tiada kajian dibuat mengenai kelip-kelip di sini.
Iklan TNB itu rupa-rupanya pembohongan semata-mata. Kelip-kelip yang kelihatan dalam iklan itu hanyalah dengan penggunaan teknologi elektronik. Rupa-rupanya kita ditipu.
16 Februari 2005
Persembahan yang memukau
Pasti rakyat Malaysia tercengang apabila terdengar kumpulan muzik Ustaz Kajeng. Hmm, bunyinya macam bukan orang malaysia.Memang pun bukan sebab di sana diapnggil Kiai Kajeng. Di mana lagi kalau bukan di indonesia. Cuma mengapa pulak ustaz yang bermain muzik. Inilah istimewanya kumpulan Kiai Kajeng kerana mesej Islam disampaikan tidak seperti yang ada di Malaysia. Mereka bukannya bernasyid tetapi menggabungkan instrumen moden dan tradisional dalam lagu-lagu ketuhanan mereka.Memang jelas mesej yang ingin disampaikan kerana ia berbentuk zikir dan peringatan. Sambil itu, diselangi pula dengan bait-bait puisi atau bual-bual dan nasihat agama. tapi bukan bersifat ceramah, ia lebih kepada interaksi bersama penonton.Secara spontan kadangkala pendengar mengucapkan amin atas doa-doa yang spontan juga diucapkan Kiai Kajeng.
Muzik gamelan memang dikenali di Indonesia juga malaysia. tetapi permainannya tetap dengan ciri tradisionalnya. Berbanding Kiai Kanjeng, gamelan dimainkan secara tradisional dan bergabung juga dengan gitar, seruling, drum untuk lagu-lagu jazz, klasik, dan yang rancak. Kemahiran tangan pemain gamelan cukup mengagumkan. Kepantasan dan kecekapan tangan mereka jelas kelihatan apabila mereka mampu bermain dengan memejamkan mata.
Malaysia pun ada cuma tak berapa terkenal. Ataupun mungkin baru diperkenalkan. Sebagai contoh, grup Dendang Anak pimpinan Erma Fatima yang baru ditubuhkan. Baru je recording 5 buah lagu dan belum dikeluarkan album pun. Namun, usaha keinsafan mereka ini cukup baik. Para pemuzik dalam grup mereka pun datangnya daripada golongan muda yang sedar dan berkeinginan sama-sama menyedarkan ramai lagi golongan yang lupa.
Ada juga yang dah lama cuma ramai tak menyedari unsur mesej islam yang dibawanya. Bak kata M.Nasir, rakyat malaysia lebih mengutamakan lagu berbanding mesej yang cuba disampaikan. Kerana itu, mesej jarang difahami dan digarap penonton dan akhirnya menjadi sekadar halwa telinga. Mungkin segelintir ada yang sedar. Apapun, M. Nasir dan Ramli Sarip juga Zainal Abidin adalah antara orang-orang lama yang membawa mesej ketuhanan dalam lagu mereka. Lirik yang cukup puitis dan kompleks itulah agaknya penyebab kebanyakan pendengar tak memahami mesej yang ingin disampaikan. Baru-baru ini artis yang agak meletup gak ialah Yasin. Pun membawa mesej yang sama.
Antara cara yang mudah mengenali artis ini seorang yang benar-benar memperjuangkan apa yang disampaikan ialah publisiti mereka tidaklah melampau-lampau. Show pun jarang tapi sekali keluar memang ramai peminat yang datang termasuklah golongan tua. Dan juga kebanyakan peminat ini datang berkeluarga. Entahlah kita sebagai penilai sesuatu muzik mungkin boleh memikirkan kebenarannya..
Macam Tak Percaya
Kehairanan mula menerpa. Aku terpandang dua orang perempuan. Berbual dalam keadaan mencurigakan.Bukan aku nak tuduh atau berpandangan buruk. Seorang berperwatakan kasar macam lelaki. Dari aspek percakapan,pergerakan dan pemakaian nampak kelelakian. Seorang lagi memang kekal dengan ciri kewanitaan. Mereka berbual di kawasan yang agak tertutup daripada pandangan awam. Mereka berdua-duaan dan berbual
dalam secara berhadapan. Kadang-kadang mereka akan berjalan sedikit demi sedikit. Kemudian, berhenti semulaapabila yang berbaju putih itu cuba merangkul pinggang si baju merah jambu. Cepat-cepat dia menolaksi baju putih dan mula bercakap kembali. Aku dalam jarak yang jauh tak mendengar apa-apa. Aku cuba perhatikan gerak-geri mereka.Mereka seolah-olah tidak mengendahkan keberadaan aku di situ.
Muka mereka kelihatan seperti marah. Tangan si baju putih mula cuba memujuk si baju merah jambudengan memegang tangannya. Tapi, seperti tadi tangannya ditolak. Bincang dan bincang kemudian berjalan kembali.Sekali lagi si baju putih cuba memegang tangan si baju merah jambu tu seperti si ibu ingin memimpin anaknya.Namun, respon negatif juga yang diberikan.
Aku masih di hadapan mereka menunggang motosikal. Buat-buat sedang menerima panggilan telefon.Sengaja aku perhatikan mereka sejak awal. Kadang-kadang ada pula pensyarah atau pelajar lain yang melintasi mereka. Secara tiba-tiba mereka akan berkelakuan seperti biasa dan cukup menghormati orang yang melintas itu dengan memberikan salam. Semangat inkuiri aku semakin tinggi. Hendak sahaja ditinggalkan motor dan pergi mengendap semata-mata untuk melihat penghabisan cerita.
Namun, perutku dah tak tahan lagi mencari sesuatu untuk dihadamkan. Aku berfikir sejenak baik buruk aku teruskan duduk kat situ. Fikir punya fikir akhirnya aku buat keputusan pergi kafe Bilal sajalah.Lebih baik aku makan, silap-silap nanti sampai pukul 7 agaknya mereka ini. Sekarang pun mereka sudah ada dalam posisi duduk. Mereka duduk di tebing jalan berhampiran kawasan letak motosikal.
Cukuplah agaknya untuk aku renungkan hari ini. Terpulanglah nak fikir macamana. Aku tak sanggup nak simpan dalam diri sahaja. Jadi, sebab itu aku luahkan supaya puas hati ini. Barulah tenang sikit..
01 Februari 2005
PANAS !!!
Sudah lebih sebulan Tsunami berlaku di dunia ini. Akibatnya sehingga ke hari ini manusia tidak kira apa agama dan budaya juga bangsa berlumba-lumba membantu dan menghulurkan sumbangan duit dan harta. Bahkan ada pula yang pada waktu inilah membuang segala pakaian buruk yang selama ini 'sayang' untuk dibuang. Benarlah kata Muhammad, Rasul Junjungan bahawa keikhlasan itu cukup sukar dicapai manusia. Baginda bersabda, "Berikanlah hadiah (sumbangan) kepada orang lain barang yang kita sukai."
Hari demi hari semakin panas cuacanya. Ramai antara kita yang demam kerana perubahan cuaca yang mendadak. Terutamanya kita para pelajar universiti. Yelah, bilik kuliah bukan main sejuk tapi apabila keluar sahaja panas terik.
Ada juga yang mengaitkan panas ini dengan Tsunami. Apa kaitannya? Kata mereka, ini juga adalah bala atau peringatan Allah kepada kita. Lepas tsunami berlaku, pemanasan global pun berlaku. Secara saintifiknya, ia adalah disebabkan kehilangan banyak tumbuhan hijau dan lain-lain yang selama ini berfungsi menyerap haba dan pertambahan pembinaan bangunan tinggi yang dilitupi cermin yang memantulkan haba.
Kalau ini nak dikaitkan dengan tsunami, mungkin ada benarnya. Sebabnya tsunami telah memusnahkan banyak tumbuhan sehingga sebagai contohnya dapat dilihat aceh menjadi lengang. Ada yang mengistilahkan sebagai padang jarak padang tekukur atau pun gambaran padang mahsyar.
Alhamdulillah, hari ini bersamaan 31 Januari 2005 pada jam 5.45 petang, hujan selebat-lebatnya turun di sekitar Kuala Lumpur. Pertama kali dalam hidup aku mendengar guruh bersambungan sebanyak hampir 7 kali. Angin yang cukup kuat bertiup membasahi buku-buku jualan di kaki lima Kuliyyah Undang-undang UIAM. Bahkan ada pula pohon kecil yang patah. Ada juga kain-kain rentang yang terputus talinya.
Namun, ianya tidak lama. Ketika itu aku masih lagi dalam kelas tutorial. Tutor pun turut berhenti sejenak mengucapkan alhamdulillah dan masya Allah atas nikmat hujan tadi. Al-maklum panasnya bumi Tuhan ini akhirnya disejukkan oleh DIA. Pasanglah apa jua alatan yang boleh menyejukkan badan, tapi kalau DIA kehendakkan panas maka panaslah.. kalau sejuk, maka sejuklah.. Iza arada syai an an yaqula lahu kun fayakun..
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...