25 Julai 2009

Hakim sudah sampai

assalamualaikum..hakim dah sampai..sampai awal, dia silap bagitau

Solat Jumaat di Itaewon




Hari ini hari Jumaat. Aku berkesempatan mengerjakan kewajipan aku bersama masyarakat Korea. Muazzin adalah warga Indonesia yang sudah lama menetap di sini.

Sempat bergambar bersama Imam Lee Hang Rae di Masjid Sultan, Itaewon yang fasih berbahasa Korea, Inggeris dan Arab.


Beginilah keadaan di luar masjid selepas menunaikan Solat Jumaat. Masing-masing bertemu sahabat dan bertegur sapa juga berbincang perkara yang berkenaan.

Aku pastinya tak lupa bergambar dengan beberapa pelajar Malaysia tajaan JPA dan pelajar Indonesia.



Ini saudara Ammar, presiden Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK). Pelajar di sini lebih kurang 400 orang. Ramai kan?



Ini adalah pertemuan yang sangat bermakna bagi aku. Saudara Muttaqal/Mustaqim sedang mendengar hajat aku ke Korea. Dia warga Korea yang baru memeluk agama Islam. Kisahnya sangat sedih dan perlu dibantu segera. Tak dapat aku ceritakan lanjut di sini. Hanya yang benar-benar ingin membantu akan aku ceritakan. Bantuan menyelamatkan aqidah. Sila emel ya.

Buat masa ini, itu saja ringkasan perjalanan hari ini. Keletihan akibat berjalan kaki agak jauh menyebabkan aku tak dapat berkongsi banyak hari ini. Perlukan rehat.


24 Julai 2009

Kembara Dokumentasi Korea

Alhamdulillah, aku selamat sampai di Lapangan Terbang Incheon, Seoul, Korea Selatan. Pemeriksaan imigresen dan kastam dah dilepasi. Risau juga kalau-kalau ditahan sebab tiada visa. Memang betul pesan sahabat aku, Malaysia tak perlu visa.

Tapi memang aku tak rasa takut datang ke Korea. Nak tahu kenapa? Sebabnya terasa macam sedang tengok drama Korea. Sudahlah pegawai-pegawai imigresen dan kastam hensem dan comel. Hehe. Bila mereka cakap Korea, terasa sopan dan lembut. Sangat jauh berbeza dengan orang Cina bercakap.

Di sini, blogger tak disekat. Jadi inilah peluang untuk aku gunakan sebaiknya. Tapi aku agak susah rasanya nak selalu online sebab projek kali ini ialah KEMBARA DOKUMENTASI KOREA. Kami akan menjelajah beberapa tempat sambil membuat dokumentasi untuk pedoman Muslim yang ingin ke Korea.

Siapa kami? Hah, biar aku cerita. Setibanya di lapangan terbang, aku disambut oleh Kamil. Kamil bawa aku ke motel berdekatan Masjid Itaewon. Di sini sudah semacam perkampungan Pakistan. Ramai Muslim di sini.

Aku juga sudah dapat menukar wang RMB ke Won. Dan agak untung tukar di sini sebab duitnya dijual murah (tapi jangan tukar di lapangan terbang). Selepas itu, aku ke masjid. Berjumpa ustaz Rashid, imam dua masjid ini yang berasal dari Pattani. Sudah 28 tahun tinggal di sini.

Malam hari aku dibawa makan di sebuah restoran Muslim. Makan nasi briyani. Di sini aku dipertemukan pula dengan Afif dan Syamim. Sekarang sudah 4 orang. Dan kami sedang menunggu ketibaan Hakim dari Malaysia yang akan tiba esok.

Sebaik saja semua ahli delegasi sampai, kami akan meneruskan perjalanan ke beberapa tempat antaranya Seoul, Busan, Daegu, Jonju, dan Daejon. InsyaAllah jika berkesempatan, aku akan kemaskini lagi.

23 Julai 2009

Tukaran wang asing di China

Di Malaysia mudah saja nak tukar duit. Kalau di KL lagilah mudah. Dan kebiasaannya bisnes tukaran wang asing memang dikuasai golongan mamak. Begitu juga di Hong Kong.

Tapi berlainan betul di China. Inilah antara pengalaman yang sukar ditemui. Aku hanya tahu tukaran wang boleh dibuat di bank. Belum lagi aku temui toko tukaran wang asing di mana-mana premis kecil seperti di Jalan Masjid India.

Pernah juga ternampak kedai kecil tertera wang-wang asing. Tapi aku bimbang nak tukar duit di situ. Sebabnya tiada ciri-ciri keselamatan langsung. Juga risau kalau-kalau duit yang ditukar adalah duit palsu. Yalah, kedainya bersekali dengan jualan telefon bimbit dan kad isian semula. Macam di ruang legar Kompleks Pertama.

Jadi, aku pun ke bank berdekatan. Aku cakap nak tukar duit Renminbi ke Won (Korea). Petugas bank kata, tak ada. Hanya USD saja. Jadi, aku pun cakap tukar ke USD lah. Dia minta pasport aku. Aku pun berikan. Kemudian, dia beritahu kami tak jual USD kepada orang asing.

Apa? Kenapa? Dia cakap ini polisi China. Mana-mana bank pun tak boleh. Mereka hanya beli wang USD. Takpelah, aku pun terus mencari bank kedua. Juga mendapat jawapan sama. Aku tak puas hati dan terus ke bank ketiga. Bank tutup.

Esok. Awal-awal pagi lagi aku sudah ke lapangan terbang. Aku tiada USD mahupun Won. Aku tawakkal saja agar di Korea nanti tiada sebarang masalah dan ada tempat untuk tukar Renminbi kepada Won.

p/s: China tidak membeli dan menjual RM.

18 Julai 2009

Pemandu yang haus

Pada Jumaat lalu, aku naik teksi menuju ke Masjid Huaisheng. Susah betul nak dapatkan teksi. Jam menunjukkan pukul 1 tengahari.

 

Aku risau tak sempat. Alamak, pemandu ni macam tak kenal nama jalan masjid tu. Aku cakap Mandarin, dia cakap Kantonis. Memanglah dia tak tahu nama jalan yang aku sebut.

 

Selepas berkali-kali cuba, akhirnya dia tahu. Itu pun dia cakap dalam bahasa Kantonis. Aku anggukkan saja.

 

"Wo yao qu na ge difang. Musilin zuo lipai de difang. Guang Ta Lu.."

(Saya nak ke tempat tu. Tempat orang Muslim solat. Jalan Guang Ta)

 

Bermula dari kata-kata aku inilah, dia pun mula berbual. Dia tanya aku:

 

"Musilin jiao hao bu hao?"

(Agama Islam itu bagus ke tak?)

 

"Hen hao"

(Sangat bagus)

 

Lantas dia bertanyakan kepada aku, kalaulah agama Islam itu bagus, kenapa orang Xinjiang 'ta jia'.

 

Aku tak faham maksudnya dan hanya mengagak dengan menunjukkan isyarat penumbuk yang bermaksud bergaduh.

 

Dia pun mengangguk. Aku sambung, Islam tak benarkan bergaduh. Islam tak suka apa yang mereka buat.

 

Habis tu kenapa mereka bergaduh? Wah, susahnya nak jawab dengan vocabulary yang terbatas.

 

Aku hanya dapat cakap, orang Islam ramai. Ada di Malaysia, ada di Indonesia, ada di Arab. Kami semua Muslim. Kami tak bergaduh. Islam tak suka. Saya tak tahu kenapa di Xinjiang bergaduh.

 

Itulah kata-kata macam anak kecil bercakap sesama mereka. Rasa rugi pula tak dapat menghilangkan 'dahaga orang yang haus'.

 

Hendak saja aku cakap, di mana pun manusia sama saja. Ada baik ada jahat. Walaupun mereka beragama. Tak kiralah Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Tak ada satu agama pun menyeru perpecahan dan pergaduhan.

 

Aku pun tiba di masjid. Digesanya aku turun cepat. Mungkin bimbang berlaku pergaduhan. Maklumlah polis pun bertambah ramai. Pajero polis pun dah sedia depan pintu masuk.

15 Julai 2009

China bukannya kecil pun

Ramai bertanya kepada aku tentang keselamatan diri. Maklumlah sekarang sedang hangat diperkata tentang rusuhan di barat laut China. Jangan risau sangat tentang kami di sini. Mungkin disebabkan kurang info tentang China membuatkan ramai ibu bapa dan saudara risaukan anak mereka yang merantau ini.

Mari kita kenal China serba sedikit. China mempunyai 22 provinsi dan aku kini berada di Guangzhou iaitu bandar provinsi Guangdong. Guangdong saja mempunyai populasi sebanyak 3 kali ganda jumlah populasi Malaysia iaitu seramai 94.4 juta penduduk.

Kepadatan penduduk Malaysia hanya 86 orang per km persegi berbanding 476 orang per km persegi. Keluasan tanah pun Malaysia kalah iaitu 177,900 km persegi berbanding 330,000 km persegi.

Boleh bayangkan tak betapa jauhnya wilayah barat laut China dari tempat aku ni? Dulu pernah berlaku rusuhan di Baling bukan? Agak-agak waktu itu orang JB takut tak? Aku rasa macam depa tak takut apa pun sebab jauh.

Begitulah di sini. Semuanya aman damai. Bahkan tiada langsung isu barat laut China menjadi tumpuan. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Walau bagaimanapun minggu lepas pihak polis diarah menjaga kawasan masjid bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

Sememangnya Muslim China banyak yang berasal dari tanah itu. Mereka jugalah yang berniaga kedai makan di sini. Mereka jugalah yang berani mengenakan pemakaian Muslim (berkopiah dan bertudung). Jadi, pihak polis bimbang sentimen untuk bergaduh merebak sehingga ke sini walaupun jarak antara dua tempat ini memakan masa 2 hari perjalanan menaiki kereta (5000 km).

Terima kasih pihak polis kerana dapat memastikan keamanan warga tempatan dan asing terjaga daripada sebarang ancaman dan tindakan kekerasan. Maka, dengan ini aku mengesahkan bahawa kami di sini SELAMAT.

Gambar: Pihak polis berkawal di depan pintu masuk masjid

14 Julai 2009

Nikmat kesibukan

Sudah lama kita tak bersua di alam maya ini. Sejak akhir-akhir ini aku jadi sangat sibuk. Tapi aku suka situasi begini. Membuatkan setiap masa yang berlalu terisi dengan baik. Puas hati.

 

Aku baru saja pulang dari Hong Kong 2 hari lepas. Menemani sahabat (jurutera MAS yang ditugaskan di Guangzhou ) berjumpa dengan kawan lama yang tak pernah bertemu 36 tahun.

 

Fabian J De Rozario [berbaju Merah]. Grako (tak tahulah ejaan betul atau tak). Berasal dari Melaka. Menetap di USA. Konsultan Motivasi Korporat. Procter & Gamble dan Johnson & Johnson antara kliennya yang aku kenal bila dia bercerita.

 

Bertuah dapat bertemu orang hebat begini yang pasti takkan melayan aku kalau aku tak datang bersama Uncle Man. Walaupun puluhan tahun mnetap di USA, dia masih boleh bercakap Melayu. Bahkan dia sangat bangga mengakui dia warga Malaysia.


Yang lebih pasti, dia lebih sibuk daripada aku. Hampir setiap bulan 3 minggu dia outstation. Bertemu orang dan mendidik orang. Andai dia Muslim, pasti ganjaran pahalanya berganda-ganda. Dia melatih orang untuk teamwork motivation. Bukankah kerja mereka yang bertambah baik hasil latihan dia juga memberi bonus pahala kepada dia? Wah, nikmatnya kesibukan begini. Memberi manfaat kepada orang lain dan diri sendiri.

 

Ramai juga orang Malaysia begini. Bila dia ke luar negara, dia jadi hebat. Bahkan dia pula yang control orang tempatan. Apa sebabnya ya? Sama-samalah kita fikirkan.

 

Eh, fikir saja mana cukup. Bertindaklah!

Bertindak atas kemampuan.. Kau boleh!!!

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular