20 Januari 2007

Di sebalik jeriji besi


Siapa kata makanan penjara tak sedap? Hmm, aku hari ini tak masuk ofis sebab pergi penjara Sg Buloh untuk interview banduan. Memang sengaja aku cari peluang ke sana memandangkan waktu chambering je yang boleh ke sana.

Sayang sungguh tak dapat tangkap gambar sebab dilarang. Masuk je pintu gerbang penjara, beg, kamera dan handphone terpaksa disimpan dalam loker. Waktu tu ada banduan-banduan nak dihantar ke mahkamah, tengah beratur, warden penjara memang garang dan marah-marah diorang yang tak ikut arahan.

Aku pun berjalan ke pusat interview. Jarak dari pintu gerbang ke dewan tu lebih kurang 500 meter. Setiap laluan ada pintu berkunci. Pagar penjara sama macam pagar di Guantanamao Bay, memang tak boleh lari punya. Siap ada sistem sensor yang akan menyebabkan siren berbunyi dan lampu automatik akan menghala ke tempat banduan yang cuba lari tu berada. Setakat ni pernah ada sekali je jadi camni.

Lepas abis interview, dapat makan tengahari, free of charge. Dimasak oleh banduan, tapi sedaaaapp. Ramai yang mengakuinya, tapi tak tahula banduan makan sama macam kitorang ke tak.

Bila nak bergerak tinggalkan tempat interview, kitorang terserempak dengan Razak Baginda yang sedang berjumpa dengan peguam dia. Wow, pengalaman cukup menarik hari ini.

Dalam perjalanan balik, aku terfikir betapa kita ini jangan sesekali cuba hampiri perkara jahat. Silap-silap waktu cuba tu la, kita ditangkap. Tadi jumpa macam-macam orang, ada yang innocent je, first time buat salah, tapi dok penjara sama dengan penjenayah lain yang memang penjenayah. Ada tu, bekas askar, orang tua, budak remaja, orang cacat..

Memang bahaya, contohnya kan, kononnya la kann, kita ada awek, awek pun macam perangai sama-sama 'jahat'. Lepas tu, rasa macam nak 'berasmara'.. then, perkara terlarang tu pun terjadi. Tak berapa lama lepas tu kita ditangkap, sebabnya perempuan tu buat repot polis dia dirogol. Dan menjadi kebiasaan, adalah dinasihatkan agar yang tertuduh ni mengaku bersalah agar hukuman dapat diringankan. Jadi, mengaku jelah. Akibatnya terpaksa masuk penjara dan nama dah ada rekod buruk, susah nak minta keje especially keje kerajaan la kan.

Nampak akibatnya? Waktu tu, famili pun tak suka kita, apatah lagi saudara mara dan sahabat handai.. maka, moralnya tak payah la nak cuba-cuba buat benda yang tak boleh dibuat. Ikut rules, bila sampai masa dibolehkan, bolehlah.. nak minum arak? ada masanya, tunggu jelah bila mengalir sungai-sungai arak di dalamnya (paham-paham jelah 'nya' tu apa)

18 Januari 2007

Hati

Kata sepupu aku, DUA HATI malam semalam episod terakhir. Memang bersyukur rasanya Nadia berubah dan insaf. Tambah plak, ada elemen doa bertaubat kepada Allah dan memohon petunjukNYA. Terasa macam tengok cite MUTIARA HATI pula.

Kisah yang cukup real dalam DUA HATI ni memang mampu membuat penonton turut insaf. Aku yakin ada orang senasib Nadia, dan mungkin dia menonton drama ni. Dan aku juga yakin ada yang menjadikan kisah ini sebagai tauladan dalam meneladani cabaran hidup.

Dan orang sebegini, saat dia berubah, pastinya terasa nikmat iman sebenar. Bagus Kyra sebab hanya minta satu perkara je daripada Nadia, "Saya nak awak dirikan solat". Perubahan bertitik tolak daripada solat. Seperti Saidina Umar, yang dahulunya memusuhi Nabi, tapi akhirnya pelindung Nabi yang setia, akibat mendengarkan bacaan al-Quran oleh adiknya. Orang sebegini dapat rasakan beza baik dan buruk dengan lebih berkesan.

Dulu aku pernah kata aku respek sebab pengarahnya Cina. Sori, silap, sebenarnya pengarah Melayu tetapi penerbit Cina. Anyway, the importance is the message. Hopefully most of the viewers bukan sekadar mengalirkan airmata, tapi mendapat pengajaran untuk meniti kehidupan mendatang.

Sama seperti MUTIARA HATI yang sangat bagus sehingga aku rasa boleh menyebabkan kanak-kanak terpengaruh untuk sering berdoa kepada Allah saat menghadapi apapun dugaan. Nabila suka cakap ,"Ya Allah lindungilah Nabila Ya Allah". Sedangkan aku boleh terpengaruh dengan drama ini, masakan tidak kanak-kanak.

Kisah ni cukup dramatis tetapi pergantungan pada Allah tak pernah putus dalam menghadapi semuanya. Itu sangat patut ditonjolkan selalu. Agar dapat mempengaruhi pemikiran dan jati diri insan bergelar Muslim khususnya orang Melayu, bukannya Islam hanya pada nama tetapi juga pada amal. Ya, aku juga orang Melayu.

"Hidup dan matiku hanya untukMU Ya Allah, " doa terakhir Nadia apabila selesai solat.

17 Januari 2007

Bersediakah kita?


Ibu ayah dapat sms tergempar. Adik ayah dimasukkan ke wad Hospital Alor Setar, Kedah. Sakit tenat akibat barah. Semalam, ibu dan ayah bergegas ke Kedah naik bas. Aku doakan ibu ayah selamat sampai. Alhamdulillah, pakcik sambut dan bawa ke hospital.

Sms (forwarded by my bro) :

Adik ada britahu ibu.sskali2 kn.mkcik asma tgh nazak ne.ayh ajr mgucp.britahu adik dn a suhail

Sms (from ibu) :

Adik ayh dh mningl dunia jm 8.40mlm

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. dari mana kita datang, ke sana jualah tempat kembali. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas makcik saudaraku.

Semoga dengan pemergiannya dapat mengingatkan kita tentang betapa singkatnya hidup. Kita tak tahu bila kita dijemput pergi. Ada yang tak sempat lahir, sudah mati, tapi kita terus hidup. Ada yang mati sewaktu umur bayi dek demam panas, kita masih diberi nyawa hidup. Ada yang jatuh bas waktu sekolah rendah dan mati, tapi kita masih diberikan nafas. Ada yang mati dilanggar kenderaan sewaktu berumur belasan, tapi kita masih diberikan nyawa. Ada yang mati saat umur 20-an sewaktu berbaring, tapi kita Allah panjangkan umur. Ada yang mati waktu umur tua atau sangat tua, tapi kita? Sejauh mana kehidupan kita sehingga 20-an ini mampu menyebabkan Tuhan menyelamatkan kita daripada azab kubur dan akhirat? Teruskan perjuangan...

14 Januari 2007

Mendidik diri bersabar

Sebelum aku ke kelas, aku ke Pertandingan Joran 2007 dekat Taman Tasik Titiwangsa. Penuh sekeliling tasik tu dengan ribuan pemancing. Macam-macam aksi dan kerenah yang menghiasi pagi itu.

Bukan semua orang boleh memancing. Satu sifat yang sangat aku kagumi ialah kesabaran. Bukan sejam dua, kekadang tu sampai 4-5 jam baru dapat seekor ikan. Ada juga yang berjam-jam pun tak dapat ikan langsung.

Teringat pengalaman di Pulau Krismas, Australia dulu. Aku ikut sorang ustaz tu memancing di laut dalam. Memang seronok dan mendidik kita erti kesabaran sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Pandang ke bawah, air jernih, boleh nampak ikan berenang-renang berhampiran kita, tapi mata kail masih belum mengena seekor pun. Entah-entah ia tahu kita nak pancing ia. Alhamdulillah, setiap kali ke laut, kami akan pulang dengan sekurang-kurangnya 4 ekor ikan (tak ingat nama sebab ikan tu jarang ada kat Malaysia).

Ustaz tu cerita, ada yang terlalu sabar untuk dapatkan ikan, sehingga solat zohor dan asar ditinggalkan. Sabar.. memang sabar.. tapi bila difikirkan balik, apa punya sabar camtu? Diorang ni jawab, macamana nak solat, takkan nak balik ke pantai kemudian ke laut semula?

Hmm.. mungkin dia tak tahu boleh solat atas bot. Macam aku dengan ustaz, naik sampan kecil, mungkin susah nak solat, tapi kitorang memang dah bajet lepas subuh ke laut dan balik sebelum asar, takde la masalah. Tapi yang bermasalah ni semuanya bot-bot besar, kalau diorang nak solat atas bot pun, bot takkan terbalik punya.

To be rational, I said ,"Mungkin diorang belum faham atau tak tahu pasal solat atas bot kot.." Yelah, masalah kiblat etc. Bagi sesape yang nak pergi memancing macam ni, pergilah jumpa ustaz dulu, tanyakan pendapat camana nak solat atas bot. Usaha mesti ada, ini tidak, kekadang tu asyik cari alasan je..

*gambar aku tu waktu tangkap udang pada tengah malam di Pulau Krismas

13 Januari 2007

Ingat pada Allah

Di waktu kaya ingatlah pada Allah
Di waktu miskin ingatlah pada Allah
Di waktu sihat ingatlah pada Allah
Di waktu sakit ingatlah pada Allah

Kerjakan perintahnya
Jauhilah larangannya
Itulah org yang ingat allah

Banyak yang kaya lupa pada Allah
Banyak yang miskin jauh dari Allah
Banyak yang sihat lari dari Allah
Banyak yang sakit meninggalkan Allah

Itulah org yang sombong kepada Tuhannya
Tidak kenal kepada allah

Ingatlah wahai manusia
Semua kan kembali pada Allah
Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah

*lirik lagu yang sedang berkumandang (petikan drama Mutiara Hati)

Click here to download the song

Ibu kau ratuku


"Ya Allah kau jadikan setiap perbuatanku adalah jihad dalam keluargaku"
"Dan KAU lindungilah diriku daripada rasa kesal dan sesal"
"Sungguh cobaan yang KAU berikan padaku amat berat, Ya Allah"

Ini sedutan doa seorang ibu yang hidup bagaikan hamba kepada anak dan menantunya dalam episod petang tadi dalam MUTIARA HATI TV9. Tak pernah lagi aku terfikir kesabaran itu satu jihad yang boleh kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Biasanya bila disebut jihad, orang pasti memikirkan soal perang. Tapi jihad itu luas rupa-rupanya. Perang jihad terbesar. Yang kecil seperti kisah ini juga jihad. Sebabnya jihad itu kan melibatkan pengorbanan. Perang yang terbesar kerana mempertaruhkan nyawa demi agama.

Kalau dalam keluarga yang 'sial' (aku terpaksa guna bahasa indonesia - sengaja aku tak kata bahasa melayu sebab bagi kita ini adalah perkataan kesat, tapi bagi mereka sial itu ada satu keadaan yang sangat teruk) kita boleh hidup dengan kesabaran, itu juga satu pengorbanan jiwa dan perasaan. Sebab itu boleh dipanggil jihad.

Bayangkanlah si ibu tadi diperhamba membasuh, menjemur, menseterika pakaian si anak, dsb sambil anak duduk senang-lenang. Juga dimaki hamun, anak sendiri pula lebihkan isteri, solat pun dimarahi, nak guna telefon pun disekat, dll.

Namun, setiap ibu sayangkan anaknya. Dia tak pernah mendoakan kecelakaan buat anaknya tetapi selalu mendoakan kebahagiaan anaknya dengan isteri. Anak apa camni?

Aku tersentuh seketika menonton kisah ini kerana aku punya jiran, juga saudara yang sebegini layanannya kepada si ibu. Betapa payah ibu menjaga dan mendidik kita bagai menatang minyak yang penuh, apakah sanggup kita mengherdiknya walau dengan secebis kata ,"Ahh!" ?

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) - Luqman (31):14

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). - Al-Isra' (17):23

11 Januari 2007

Biar professional

Sabtu terakhir sebelum aku memulakan semester dua. Aku lepak dengan Abg Man. Sarapan di warong biasa waktu belajar dulu. Ikut Abg Man servis kereta. Solat Jumaat di masjid Zakaria, Gombak. Bayar yuran semester baru di Bank Islam. Makan tengahari di Restoran Bayu. Balik..


Cuba perhatikan gambar kedua tu, apa yang salah? Ya, betul. Ejaan Malaysia dieja Melaysia. Dari segi ekonomi, memang tak payah buat baru. Tapi dari segi professionalism, perlu buat baru. Dan yang hairannya, Bank bukannya miskin, setakat buat baru, bukannya mahal.

Juga satu lagi hairan, kenapa tak marah si pembuat cop tu? we have the right to get the right one.. without paying a cent pun.. Hmm, I used to work with an organisation (Global Peace Mission) di mana professionalism sangat ditekankan dalam urusan kerja. Even the way you name a file in a computer should be in a standard style with right usage of big and small letters..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular