header-photo

'Zero interest rate' dan 'Halal red wine'


Kita bertemu lagi setelah sekian lama aku menyepi. Baru-baru ini kami para pelajar ditugaskan dengan tugasan yang cukup mencabar. Antaranya ialah membincangkan tentang perkataan 'zero interest rate'.

Dr. Ahmad al-Naggar yang dikenali sebagai bapa perbankan Islam mengatakan “Islam permits a single rate of interest, and that rate is zero percent.”

Aku cukup bengang dengan kenyataan ini. Ia hanya merumitkan keadaan dengan mengatakan begitu. Mengapa tidak dikatakan faedah itu riba. Dan Islam membenarkan perniagaan tanpa faedah. Ia jelas dan mudah difahami.


Sama keadaannya apabila di MIHAS, ada dijual 'Halal red wine' sedangkan ia bukannya wain. Wikipedia memberikan maksud "Wine is an alcoholic beverage, made of fermented fruit juice, usually from grapes."

Jika ia adalah minuman beralkohol, sudah tentu ianya haram. Bagaimana pula ia dinamakan sebagai halal? Jika ianya halal, ia mungkin air minuman berasaskan anggur dengan karbonat. Namakan saja ia jus anggur berkarbonat.

Kedua-dua situasi di atas menampakkan bahawa umat Islam ingin sangat meniru orang kafir. Tetapi dengan cara yang halal. Apabila sistem perbankan sebenarnya melibatkan proses 'creation of money' yang haram, dihalalkan dengan cara lain. Apabila arak dianggap 'taboo' dalam masyarakat Islam, ia cuba dihalalkan.

Biar pun ia pada zahirnya halal, usah sekali-kali menghalalkan nama yang haram itu demi kepentingan perniagaan dan keuntungan berganda. Apatah lagi jika sekadar mahu nampak setanding masyarakat Barat. Orang muda kata stylo.

Perkara ini jika berlanjutan akan merebak kepada masalah lebih meruncing. Takut-takut satu hari nanti, kita akan lali dengan produk 'babi halal', 'skim halal mencuri', 'filem lucah yang dibenarkan Islam', dan sebagainya.

Mengapa perbodohkan diri sendiri sedangkan sang pembodoh terbahak-bahak melihat si bodoh meneruskan kebodohannya?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...