Kalaulah guru sudah berpolitik, bagaimana agaknya apabila dia mengajar? Adakah dia akan selitkan perjuangan politiknya dalam berbicara dengan anak murid?
Kalaulah aku guru itu, sudah tentu itu peluang terbaik. Penerapan apa jua ideologi akan mudah diserap apabila usaha dilakukan seawal usia muda anak-anak.
Buktinya, kita boleh lihat sendiri bagaimana anak-anak Israel diajar membenci rakyat dan negara Palestin bermula dari sekolah lagi. Buat saja carian di youtube, anda boleh dapati banyak video mengenainya.
"Oh tidak. Saya tak akan campuraduk politik dalam pengajaran"
Itulah jawapan yang mungkin kita perolehi. Pengalaman aku jalankan motivasi di sebuah sekolah swasta di Perak suatu ketika dahulu pernah memeranjatkan aku. Apabila aku ingin mulakan cerita Nabi, anak-anak murid berusia 10 tahun bising menyuruh aku cerita tokoh lain.
Tokoh pilihan mereka ialah Nik Aziz, Ibrahim Ali dan Anwar Ibrahim. Ada juga terus mencadangkan kisah liwat untuk diceritakan.
Hmm.. sahabat-sahabat sekalian, bukankah UPSR dan PMR dicadang untuk dimansuhkan pula. Apa kaitannya dengan guru-guru ini? Bukankah juga mereka akan tetap terbeban dengan aktiviti-akiviti pelajar untuk dinilai secara berterusan?
Hari ini saja guru-guru sudah banyak merungut dengan beban kerja yang tak tertanggung. Agak-agaknya dengan penglibatan langsung dalam politik nanti, mereka akan lebih stabil?
Entahlah, fikir-fikirkan dan selamat beramal..

3 ulasan:
kesian dengan student2 kat malaysia ni
dulu ppsmi
nak mansuh upsr n pmr pulak
sekarang guru pulak
student2 kat msia ni asek2 dijadikan bahan eksperimen.
10 thn ppsmi.. ramai dah hilang minat pada sains dan math. sy boleh tgk depan mata
kenapa nak jadikan student2 sebagai bahan eksperimen. pendidikan mcm eksperimen
kadang2 rasa macam nak tukar negara je
maybe sebab setiap yg memerntah nak tnjukkan dorg ad idea yg lgi bgus.
tpi pemansuhan UPSR n PMR adalh sesuatu yg baek utk studnts n teachers sebab students xperlu blaja ikot syllabus je. dorg akn lebih enjoy dgn P&P. n dorg xperlu blaja hanya utk exam(pembelajaran akn jdi lebih berkesan).
tpi seharusnya semua guru kena pandai bezakan aktiviti pengajaran dorg dgn politik. politik adalah hal peribadi n tugas mengajar ialah tanggungjawab lain..
juz an opinion from me as a becoming teacher... :-)
ainShahajar:
Memang kebiasaan pemimpin ingin tunjukkan mereka bekerja dengan cara membuat pembaharuan. Tapi pembaharuan tidak semestinya perlukan pertukaran. Bukankah kesinambungan usaha terdahulu lebih penting dalam menghasilkan keputusan yang kita aspirasikan?
aRe-NieS:
Eh bakal jadi cikgu ye? Ok, kalau jadi cikgu dan nak terlibat politik, tiada masalah. Asalkan menjadi guru yang adil, tahu mana gelanggang yang seharusnya dia tunjukkan 'taring'. :)
Catat Ulasan