27 Julai 2010

Guru dan pelajar boleh berpolitik


Kebenaran untuk guru siswazah Gred DG41 hingga DG48 berpolitik menampakkan keterbukaan kerajaan dalam kegiatan politik. Mahasiswa juga sudah dibenarkan menjadi aktivis politik.

Ini memberi petanda pentas politik kini semakin ketandusan karakter kepemimpinan yang matang dan berketrampilan. Begitulah andaian mudah aku. Selain itu, ia juga mempunyai kepentingan politik dalam mencari pengaruh di kalangan generasi belia. Yalah, bukan mudah meraih undi pada zaman masyarakat semakin pandai hari ini.

Namun awas, semua mahasiswa dan guru patut berhati-hati. Dalam kebenaran masih ada kawalan. Hanya Ketua Pendaftar Universiti dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran berhak beri kebenaran.

Andainya 'pemberi' kebenaran ini seorang yang rasional dan tidak 'dicucuk hidung', fenomena baru ini pasti membanggakan. Andai sebaliknya, pasti masa depan negara semakin parah apabila 'pemberi' hanya membenarkan mereka aktif dalam parti yang sama sepertinya.

Ini bukan soal kerajaan sedia ada atau pembangkang. Sama sahaja yang akan berlaku jika kerajaan dipimpin oleh mana-mana parti. Jika si 'pemberi' dikawal langsung oleh kerajaan, tidak perlulah dipersoalkan kenapa mereka yang ingin berpolitik dalam barisan pembangkang tak dibenarkan.

Ini adalah sifir mudah yang aku jangkakan. Boleh jadi sifir ini salah. Boleh jadi juga betul. Jadi, fikir-fikirkanlah dan selamat beramal.. :)

2 ulasan:

nadmin berkata...

Mungkin politik semakin dikotorkan oleh ahli politik yang tak beradab..bila cikgu2 masuk, mungkin perkara ini boleh dibersihkan..sbb bila org dah panggil cikgu, adab dan sopan perlu dijaga..teringat waktu aku kecil2 dulu, merengek ajak abah tengok filem "ninja turtle". Tapi abah jawab: "abah tak boleh pergi tempat2 macam tu..abah cikgu..nanti kalau orang tengok, anak murid tengok..apa depa cakap.."eh, cikgu pun tengok wayang!!!".. itu persepsi org dulu psl tgk wyg..zaman sekarang, dah lain..

Sahalfikri berkata...

Nadmin:
Zaman dulu dan sekarang sudah berlainan. Dulu anak murid takut dan hormatkan guru, hari ini gurulah mangsa kejahatan sesetengah pelajar. Hari ini juga guru-guru bukan saja boleh tengok wayang, berjoget, berambut cacak, stylo, ranggi dan sebagainya. Jiwa mereka sama muda dgn anak murid.

Mungkin ke'haibah'an cikgu itu ada pada kematangannya. Cara pergaulan dengan anak murid dan aspek pendidikan yang terserlah mampu membuatkan anak murid kagum dan hormat padanya.

Jika 'haibah' itu ada, tiada masalah jika ingin berpolitik.

Anak murid lebih mudah belajar melalui tauladan berbanding pengarahan.

Sekadar pendapat orang biasa.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular