18 Julai 2010

Bancian Bagi Yang Sibuk


Blog aku agak kurang diberi perhatian sejak akhir-akhir ini. Aku agak sibuk dengan urusan kerja kesukarelaan yang tak habis-habis. Baru saja selesai SATU, pasti akan diteruskan dengan SATU lagi. Begitulah rutinnya.

Ada baiknya kita sentiasa sibuk, namun keluarga perlu diberikan masa yang bermutu. Atau libatkan saja keluarga bersama kesibukan anda, kerja dapat dilaksana dan hubungan kekeluargaan dapat dipererat.

Aku baru saja selesai uruskan Himpunan Relawan GPTD 2010 di Masjid Asy-Syakirin pada tarikh Israk Mikraj yang lepas. Di situlah ahli keluarga aku ramai yang terlibat. Isteri, adik, adik-adik ipar dan bapa mertua.

Selepas ini pasti lebih sibuk kerana tindakan susulan lebih penting daripada program itu. Dan pastinya melibatkan ahli keluarga juga. Beginilah kehidupan aku yang dirasakan cukup seronok.

Dalam kesibukan inilah, rumah hanya dijadikan tempat tidur. Jarang sekali kami dapat melepak di rumah. Pagi tadi baru aku perasan, kad banci sudah tertampal di pintu rumah.

"Eh, macamana boleh ada kad banci?" "Diorang datang kita takde kat rumah kot" "Tapi, diorang kena bagi surat kata nak datang lagi.. ini tidak! Pandai-pandai je letak kad terus"

Kalau tengok tv, begitulah seharusnya. Diterangkan kerajaan, pembanci akan meninggalkan surat maklum untuk datang membanci lagi jika kita tiada di rumah. Tapi sebenarnya ada pembanci yang malas. Apa boleh buat... manusia!

Nota : Pembanci dibayar RM50 sehari

2 ulasan:

Unknown berkata...

pembanci tu dtg sabtu malam.. Lu xde.. kebetulan pembanci tu dtg ketuk umah gua.. epah yg kuar.. jd epah berikan segala maklumat psl Lu kt pembanci tulah.. huhuu

Sahalfikri berkata...

Laa..yeke? Maaf ya en pembanci. Epah pun dah beritahu. Itu pun lepas ditanya. Kalau tak, memang salah faham jela.

Tahniah kerana buat bancian. Bagi sesiapa yg membantu beri info untuk bancian pun, jangan lupa beritahu tuan rumah ya.. hehe

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular