11 Jun 2010

Bertuturlah dengan gaya bahasa yang difahami pendengar



Bukan mudah untuk bercakap mengikut tahap kefahaman audien. Memang ada sesetengah orang tidak mengambil perhatian perkara ini. Seringkali aku rasa kurang selesa dengan beberapa penceramah di siaran televisyen yang berceramah menggunakan istilah islamik tanpa menerangkan maksud istilah tersebut.

Bukankah apabila bercakap dalam tv, audiennya pasti kebanyakannya adalah masyarakat awam yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang mendalam. Sebagai contoh, fahamkah anda dengan istilah-istilah berikut:
  • mad'u (golongan sasaran)
  • tasamuh (berlapang dada)
  • wasatiyah (kesederhanaan)
  • wasilah (cara)
Andai perkataan di dalam kurungan digunakan, mesej pasti lebih jelas difahami. Bukan saja golongan agamawan sering melakukan kesilapan begini, golongan cendekiawan lain turut terlepas pandang perkara ini.

Pensyarah universiti tak seharusnya menyampaikan taklimat kepada masyarakat di kampung sama sepertimana dia mengajar anak muridnya di universiti.

Begitu juga dengan produk universiti yang bernama mahasiswa/graduan. Sebaik saja anda bersama masyarakat, olah cara penyampaian anda agar tidak seperti anda mempersembahkan tugasan dalam kuliah.

Aku nak cerita tentang pengalaman aku sewaktu menjadi peguam di KL. Aku hormat sangat pada jurubahasa mahkamah jenayah yang aku masuk waktu itu. OKT (Orang kena tuduh) adalah seorang India yang kurang faham bahasa Melayu jika dibacakan pertuduhan seperti ini:

"Bahawa anda, [NAMA] pada [TARIKH] jam [MASA] telah didapati memiliki 5 gram dadah ganja yang disimpan dalam poket sewaktu dua pegawai polis menahan anda di [TEMPAT] ..."

Jadi, jurubahasa dengan selambanya keluar dari tempatnya menuju ke kandang OKT, lalu menerangkan pertuduhan dalam gaya bahasa begini:

"Uncle, nama ini, [NAMA], betul ka?Ada satu hari uncle kena tahan polis, ada betul? Itu polis tahan sama uncle dekat [TEMPAT], ya bukan? Dua orang polis kan? Itu hari, [TARIKH] pukul [MASA] uncle kena tahan, ada betul? Uncle ada simpan ganja dalam poket ka waktu itu hari kena tahan polis?... "

Jurubahasa ini telah memudahkan prosiding (perjalanan) kes apabila jurubahasa pertama nampaknya gagal menyampaikan mesej dengan betul. Tengok tu, betapa pentingnya memahami audien/pendengar kita.

Maka, sempena kempen 1B1A kali ini, aku ingin mengajak kita semua untuk memperbaiki diri dalam berkomunikasi dengan memahami siapa pendengar kita. Moga kita dapat berfungsi dengan baik dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan.

3 ulasan:

Ticer Syah berkata...

alamak..mcm mana aku nk story nih..kakaka..

Suhailah Ibrahim berkata...

Kadang kala speaker guna bahasa payah untuk menunjukkan dia ngaji tinggi, jadi gunalah perkataan yang mencerminkan latar belakang pengajian. Apakah niat orang tu bila berceramah? Sekiranya ingin menyampaikan ajaran, beliau akan guna bahasa mudah. Tapi kalau dia nak menonjolkan dirinya sebagai cendikiawan, itulah guna bahasa ilmuwan yang hanya difahami oleh orang yang seangkatan dengannya.Dalam perbualan harian pun kita boleh kesan orang yg menggunakan perkataan yang menyakitkan hati samada dgn sindiran atau secara direct. Kalau tujuan berbual tu utk merapatkan silaturrahim, dia tak guna perkataan sindiran atau sinis.Mungkin dia hendak melepaskan perasaan marah atau ketidak puasan hatinya. Wallahu alam.

Sahalfikri berkata...

Mak Idah: Mesti byk pengalaman ni..story aje.

Mak Long: Setuju3.. hari tu tgk Astro ada dokumentari pasal memahami body language yang tak seiring dgn apa yg dikata oleh seseorang. Mudah nak kenal seseorang melalui body language. Jadi, org yg nak berkata kenalah jujur dan ikhlas. :)

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular