22 April 2010

Mahu bercinta sebelum kahwin?


Pernahkah saya bercinta? Erm, jika disorot kembali zaman mudaku la macamlah aku dah tua, masih aku teringat betapa aku berperangai seperti kanak-kanak sehinggalah sebelum aku bernikah.

"Ibu, suhail nak bercinta boleh?"
"Nanti, tunggu habis sekolah"

"Ibu, suhail dah habis sekolah, boleh bercinta?"
"Nanti, tunggu masuk maincamp UIA"

"Ibu, sekarang dah masuk gombak, boleh tak bercinta?"
"Nanti, baru tahun pertama.. belajar dulu"

Begitulah perangai aku bertanya untuk mendapat izin bercinta daripada ibu. Sehinggalah pada tahun akhir, aku masih bertanya. Kali ini ibu senyap saja tapi tidak juga mengizinkan. Apabila hasrat aku untuk 'bersama' isteriku disuarakan, barulah benar-benar ibu izinkan.

Aku bercinta sebelum berkahwin tidaklah lama mana. Tambah pula aku tiada di Malaysia, hanya cinta jarak jauh. Syukur ia berakhir di jenjang pelamin.

Aku bersyukur sangat tidak gila bercinta sebelum berkahwin. Tambahan pula, akhir-akhir ini lebih banyak pendedahan kesihatan yang mewajarkan untuk tidak gila bercinta. Berkawanlah saja dahulu, dan berikan cinta sebenar selepas bergelar suami.

Sebab apa? Sebabnya sebelum anda berkahwin, anda seharusnya menjalani ujian Talasemia selain ujian HIV. Ujian ini sangat penting untuk masa depan anak-anak dan keluarga.

Seandainya cinta sudah 120% pada waktu itu dan disahkan salah seorang daripada mereka penghidap HIV atau Talasemia, pasti sukar membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan.

Ceh, pepatah cinta yang terkenal ,"lautan api sanggup kerenangi.." Maka, tak kisahlah Talasemia, aku tetap akan kahwininya demi cinta. Memang benar, tapi persoalan selanjutnya apakah cinta itu berkekalan subur apabila anak yang dilahirkan sentiasa terpaksa harungi transfusi darah setiap bulan dan pengambilan medikasi berterusan selain zuriat selepasnya juga terdedah kepada risiko sama?

Fikirkanlah soal cinta ini baik-baik. Usah terperangkap dalam cinta sebelum kahwin, pentingkan masa depan yang bakal mencorak legasi hidup kita.


p/s: Allah penentu penyakit ini namun sunnatullah tetap berfungsi

8 ulasan:

WanYgBest berkata...

aku darah O -ve...susah gak nih...huhu...Alhamdulillah teknologi skrg canggih2...

Sahalfikri berkata...

Wan: kalau darah O -ve maksudnya apa? Aku x faham.

atengbest berkata...

maksudnya, kalu nak mengandung nnti susah sket. Sebab orang normal rhesus dia +ve. So bila mengandung nnti, baby akan ada rhesus +ve juga (dalam kebanyakan kes). Utk kandungan pertama tak de masalah sebab darah ibu ngan anak tak bercampur lagi. Once baby dah dilahirkan, mese nilah darah ibu ngan anak akan bercampur. Utk ibu yg ada rhesus -ve, badan ibu akan hasilkan antibodi utk darah baby yg rhesus dia +ve. So untuk kandungan kedua nnti, badan ibu yg dah ada antibodi ni akan anggap baby yg dilahirkan ni cam bendaasing. so antibodi ni akan serang baby->baby mati langsung. Tapi skang dah ada ubat yg bleh eutralise balik darah ibu, so that baby akan selamat....

eina berkata...

MasyaAllah blindart, kalau semua org cam anda, ringan la tugas dr nnti!! penjelasan yg ringkas dan tepat!!

Sahalfikri berkata...

blindart: ilmu baru ni.. maknanya bapa tiada kaitan tentang komplikasi ini kan? bagaimana plak dgn darah jenis lain pun ada +ve n -ve? efek sama juga?

eina: baguslah ada doktor macam ni. eina pun jadilah begitu ye..

atengbest berkata...

Eina-mna yg kita tau, x rugi pon kalau share.

Sahalfakri-rhesus takde kaitan ngan lelaki. Cmanya ia bleh diperturunkan ke baby nnti. Semua jenis darah ada rhesus. Dan org dengan darah rhesus -ve cma bleh terima darah rhesus -ve jer. Plg susah org dgn darah O -ve. Dia cma bleh terima drh O -ve jer. Btw sya bkn Dr. Pharmacist je...

Unknown berkata...

Blindart: Ini maknanya anda pharmacist yg bagus sebab penerangannya bunyi mcm doktor..hehe. siapa nak beli ubat drpnya jgn lupa minta penerangan :)

aisya zainal berkata...

heh. tajuk dalam biologi ting 5.
seronok utk dibaca, tapi tak terimagine sampai spm. sudahnya, masih tak faham penyakit2 ni.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular