header-photo

Transit

Disebabkan transit di sini hampir 7 jam, bolehlah aku melayari internet untuk berkongsi cerita.


Pertama kali dalam sejarah musafir peribadi, aku tergesa-gesa dan tidak bersiap awal untuk memulakan perjalanan. Apa baju yang sempat dicapai, itulah yang aku bawa. Tapi aku tak risau apapun sebab aku yakin sempat.

Alhamdulillah, sampai di KLIA, kaunter Qatar Airways tak buka lagi. Sewaktu beratur untuk mula check in, aku terjumpa Ustaz Engku Fadhil (UIA) dan En Sidek (al-Bukhary) sedang beratur untuk ke Jordan juga.

Sementara menunggu waktu berlepas, aku berbual dengan Jef Hazimin. Banyak perkara yang dibincangkan. Inilah hikmah ad hoc mission yang aku terpaksa pergi. Terlalu banyak ilmu jurnalisme dan kepimpinan yang dapat aku tahu daripadanya.


Sekarang, aku di Doha Airport, Qatar. Pesawat yang bakal aku naik akan bertolak lagi 4 jam. Aku akan ke Palestin melalui Jordan jika diizin Allah.

Menjejakkan kaki ke bumi Anbiyak adalah satu nikmat yang sangat aku dambakan. Allah Maha Memahami apa yang tersirat dalam hati ini. Moga DIA permudahkan segalanya. Amin..


p/s: tengah minum air lemon campur daun pudina..eee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...