02 Mei 2008

Hari Pekerja

Semalam cuti sempena Hari Pekerja.
Ayah bukan cuti semalam saja. Ayah akan terus cuti selamanya.
Ibu sudah lama bercuti.
Aku pula sudah hampir setahun bercuti.
Adik lelaki aku cuti 3 bulan.
Adik perempuan aku saja yang cuti semalam. Hari ini dia sekolah.


Pendek kata, kami sekeluarga bercuti sakan. Ibu seperti biasa, memasak makanan sedap-sedap untuk anak-anak yang berkumpul. Kelmarin, inilah masakan ibu - ayam panggang


Semalam, ayah kejut awal pagi. Ayah kata semua orang dah siap. Kita nak ke Batu Pahat. Oh baru aku teringat. Aku asyik bercerita tentang sedapnya Nasi Beriyani Bahrain. Ibu mengidam. Lalu aku cadang pekena Nasi Beriyani Mohd Shah, Batu Pahat.






Dalam perjalanan balik, teringat pula cendol durian. Dulu ada makcik jual cendol durian di bawah pokok besar di Alai, Melaka. Tak jumpa. Cari juga. Akhirnya mencuba cendol durian Taman Pahlawan. Tak boleh lawan makcik tu.


Perjalanan diteruskan. Di Bukit Baru, ternampak pakcik jual air tauhu dan taufufa. Pakcik Indon ni dulu berniaga depan sekolah rendah aku. Kualiti produk dia kekal umpphh. Jadi, kami tapau 2 bungkus taufufa.


Di malam hari, ayah bakar pula ikan ***** (bab nama ikan aku tak reti, nak tanya semua dah tidur - ikan ni byk tulang). Sedap makan malam semalam. Penutupnya kami makan pula pisang bakar.

Ergkkkk, alhamdulillah. Hari yang penuh dengan makan. Dan hari yang langsung tidak melalaikan.

...kelmarin ustaz kat surau kata Rasulullah menyatakan antara perkara yang tidak melalaikan ialah berkuda, memanah dan meluangkan masa bersama ahli keluarga...



1 ulasan:

cendol berkata...

Salam...

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular