header-photo

Sedia selalu

"Bersedia untuk tidak bersedia"

Ini kata yang selalu diungkapkan pemimpin yang melatihku dulu. Apa yang bakal berlaku tak dapat kita jangka. Maka, bersedialah untuk suatu yang kita tak tahu. Mungkin manis. Mungkin pahit.

Manis dan pahit siapa pula yang tentukan?Manis di mata kita mungkin hakikatnya pahit. Begitu juga sebaliknya.

***

Semalam hari terakhir AM di HSK. Dialah antara sahabat karibku di pejabat. Dia akan berpindah ke JB Ahad ini. Aku ingin sangat meraikan dia seperti sahabat-sahabat lain lakukan.

Tapi apakan daya, aku lebih diperlukan di tempat lain. Aku terpaksa ke Bera untuk majlis Zikir Akbar. Permintaan mengejut daripada sahabatku.

***

Dalam kesibukan menyunting gambar-gambar perkahwinan klien aku, aku menerima panggilan daripada sahabatku.

"En Azam minta abang yang pergi. Dah takde orang lain. Saya kena ke Brunei"

"Baiklah"

Itulah jawapan aku spontan apabila ditanya persetujuan untuk ke Palestin. Misinya masih tak sempat aku hadam. Yang penting, ia adalah urusan dakwah. Dan arahan mentor aku.

"Bila?"

"Esok!"

Satu kejutan lagi. Bunyinya macam naik bas. Tanpa sebarang persiapan, aku harus bersedia apa saja. Mungkin hari ini (esok yang dimaksudkan) baru aku tahu segalanya.

***

Doakan yang terbaik untukku.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
(Al Baqarah 2 : 216)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...