06 Mei 2008

Tak mahu berjemaah

"Lurus dan rapatkan saf"

Masing-masing merapatkan kaki dan bahu. Aku lihat tumit aku. Sudah selari pun.

"Allahu Akbar"

Takbir diangkat penuh khusyuk. Solat diteruskan dengan penuh tenang. Rukuk. I'tidal. Sujud. Tahiyat. Berdiri.

"Eh, kenapa mamat sebelah aku ni?"

Aku hilang tumpuan. Orang di sebelah kiriku merapatkan badannya ke aku. Aku biarkan saja. Dia bergerak lagi. Aku tunggu. Berhenti. Alhamdulillah.

Waktu aku hilang tumpuan, aku teringat Eddy, kawan sekerja di HSK. Pernah sekali dia rasa rajin untuk turun ke tingkat 5 (HSK di tingkat 16) untuk solat Zohor berjemaah.

"Ee.. lepas ni aku tak mau sembahyang kat bawah lagi."

"Apasal?"

"Tadi waktu aku sembahyang, mamat sorang tu asyik nak rapat dengan aku. Dia gesek-gesekkan tangan dia kat aku. Ingatkan dia nak rapat je. Tengok-tengok sampai abis sembahyang dia nak rapat dengan aku."

Masing-masing dah syak sesuatu. Aku rasa korang yang membaca boleh agak. Selepas dia cerita, dia pun turun ke bawah ada urusan. Setibanya kembali ke pejabat, dia bising lagi.

"Sial betul. Mamat tadi ada dalam lif. Dia pandang aku semacam. Dia senyum-senyum. Aku takut dia rapat. Terus aku lari."

"Lepas ni aku tak nak lagi sembahyang jemaah kat bawah."

Aku percaya kisah ini terpencil. Tak boleh jadi alasan tak mahu solat berjemaah. Kelakar pun ada bila dengar kisah dia. Bukan main berpeluh muka dia bila bercerita. Jelas dia takut.

Memang benar solat jemaah perlu rapat. Cuma dalam keadaan begini, aku pun akan lari. Lamunan aku terhenti setelah orang di sebelah aku tadi tidak lagi membuat sebarang geseran dan sentuhan kepada aku. Dia benar-benar ikut sunnah. Alhamdulillah.

Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular