07 September 2012

7 September + 20 Syawal = Aku dan Dia

Ulangtahun kelahiran aku kali ini istimewa berbanding sebelum ini. Hari yang sama juga adalah hari kelahiran isteriku tersayang mengikut kalendar Hijrah. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan kami dan mempertemukan kami.

Tanda ingatan dengan ucapan dari rakan-rakan dan doa mereka amat dihargai. Sekalipun facebook yang mengingatkan, klik dan menekan butang papan kekunci adalah usaha yang aku hargai. Aku sendiri pun selalu diingatkan facebook tentang ulangtahun kelahiran rakan, tetapi tanpa berbuat apa-apa dengan ingatan itu, tiadalah ingatan yang sebenar diungkapkan dengan ucapan dan doa.

Teknologi juga sudah menyiapkan autobot rasanya. Apabila data kita disimpan, sebaik saja sampai tarikh ulangtahun, sistem akan trigger. Maka, dapatlah aku ucapan salam ulangtahun kelahiran daripada CariGold Forum, PhotoMalaysia Community, Noeman GSM dan Netlog.
Sebaik tiba di pejabat, Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia pun menghantar e-mel ucapan selamat ulangtahun kelahiran.


Terima kasih kepada teknologi yang datangnya dari bijak pandai manusia menciptanya, yang datangnya pula mereka dari Sang Maha Kuasa yang menciptakan mereka. Sudah tentu setinggi-tinggi penghargaan tak terungkap buat Allah Rabbul Jalal.

Kelahiranku dan isteri, juga semua kita adalah untuk menguji kita. Perjanjian kita denganNya di alam ruh. Kerana itu, aku mohon doa ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, dan sesiapa yang mengenaliku agar Allah kurniakan kebaikan di dunia dan akhirat buat kami sekeluarga.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.

2 ulasan:

wawa berkata...

selamat hari lahir. semoga umur dan nikmat yang diberikan Allah dapat kita gunakan sebaik mungkin dalam menjalani hidup sebagai makhluk pada yang Maha Khaliq. semoga usaha dan amal yang diperbuat sepanjang hidup ini mendapat redha dari-Nya

Alin Marlini berkata...

Happy backdated befday boy. smg apa yg kamu doakan akan dimakbulkan Allah.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular