04 September 2012

Bapak angkat dari Kokos datang

Sudah 4 tahun berlalu kenangan bersama bapak-bapak angkat aku di Pulau Kokos, Australia. Aidilfitri kali ini mereka datang ke Malaysia menguruskan pengajian anak-anak di sini.

Aku dapat mesej di FB dari ibu (Mak Azrin) yang bertanyakan hal cucunya (Najla) dan ingin sangat bertemu. Lantas aku usahakan untuk bertemu. Dapatlah bertemu sebentar di Jusco Seremban 2 malam tadi. Tapi rupa-rupanya hanya Pak Azrin dan Pak Yati saja yang datang.


Pak Azrin (berkopiah) banyak berjasa kepada aku selaku pendana utama aku ke sana. Rumahnya menjadi tempat menginap aku hampir 3 bulan. Banyak pengalaman bersamanya dan Mak Azrin sekeluarga.

Pak Yati pula banyak mengingatkan aku kepada pengalaman memancing. Tempat pertama aku belajar memancing dan berasa sangat seronok. Pengalaman kali pertama tak akan aku lupa.


Terima kasih Abg Kamarul (berbaju hitam) kerana membuka jalan dakwah di Pulau Kokos sebagai peneraju utama misi GPTD ke sana. Hingga kini, Abg Kamarul menjadi agen pengantara yang terbaik dalam menguruskan semua hal berkenaan orang Kokos. 

Selalu dengar nama Jojo (berbaju merah) yang diceritakan Abg Kamarul. Dia adalah wakil dari Bandung, Indonesia yang membantu urusan beberapa orang Kokos. Dengan kredibiliti Abg Kamarul selaku peguam, banyak perkara dapat dibantunya untuk mereka.

Hubungan dalam hati sangat rapat dengan ibu dan bapak angkat di sana. Mungkin kerana agak lama aku berkhidmat di sana. Memang sedih waktu ingin mengucapkan Selamat Tinggal meninggalkan pulau kecil itu. Pasti itu juga akan berlaku kepada sahabatku yang kini berada di sana meneruskan usaha GPTD, Mohd Shazni Abdullah.

1 ulasan:

Sahalfikri berkata...

Terima kasih En Izraai kerana mengunjungi blog saya dan membaca tulisan berkenaan Kokos. Moga tuan diberikan kesempatan untuk ke sana. Jika perlukan maklumat, boleh maklumkan kepada saya. InsyaAllah, mana termampu dibantu, akan ditunaikan.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular