15 Julai 2012

Masalah tandas tak sudah-sudah 1

Kalau ke tandas masjid atau surau, majoriti kurang bersih. Itu baru di luar, belum lagi masuk ke dalam. Bila dah buang air, tarikh flush pula tak menjadi. Flush rosak.. pengunci pintu hilang.. penyangkut pakaian hilang..pemutar paip loose.

Adakala aku jadi cukup terkejut apabila surau atau masjid tak ada masalah-masalah begitu. Selain daripada vandalisme, aku rasa ini penyebab utama kenapa masalah tandas kita kotor.

1) Berpunca daripada flush.
2) Kita yang sakit perut dok beratur panjang terus lepas hajat bila abang tadi dah keluar.
3) Waktu itu, terdengar bunyi air mengalir sedikit demi sedikit ke dalam tangki flush.
4) Waktu itu, terdengar juga orang ketuk pintu dah tak sabar membuang.
5) Habis kita buang, dok tarik flush tapi air keluar sikit.
6) Tangki tak penuh lagi, jadi khazanah alam tak dapat ditelan alam. Tunggu. Tertekan.
7) Bagi yang tak sabar, dia tarik kuat-kuat flush. Patah pula pemegang flush.
8) Jalan terbaik, keluar dengan selamba kodok. Khazanah dia sendiri tak sanggup tengok.
9) Orang seterusnya bertambah marah sebab nak buang dah tak dapat.
10) Kalau makin ramai marah, macam-macamlah yang akan jadi.

Jadi, dengar sini aku nak beri cadangan kepada AJK surau dan masjid yang mengalami masalah kebersihan ini. Elakkan orang daripada marah. Jika masalahnya flush, aku nak kita tengok negeri kafir buat macam mana.

Ini berdasarkan pengalaman aku di negara jiran kita, Thailand dan Laos. Pengembaraan aku 10 tahun lepas menemukan suatu yang ajaib bagi aku. Nak dicadangkan secara serius dulu, aku hanyalah insan kerdil yang tak mungkin dilayan. Aku tanya pendapat tentang isu sewaktu khutbah Jumaat kepada Majlis Agama hari itu pun tak ada respon.

Kita kena tukar sistem tandas tidak menggunakan flush. Hanya segayung air boleh menghilangkan segala khazanah yang dilepaskan. Macam tak percaya tapi aku dah alaminya.

Siapa sangka stesen keretapi Nong Khai, stesen kecil paling utara mempunyai tandas yang bersih dan wangi walaupun tahap stesen itu lebih hodoh daripada stesen KTM Komuter di Seremban. Tanpa bayaran tau.

Siapa sangka juga Masjid Jamek di Vientiane (klik sini dan zoom baru nampak masjid), dijaga dan diuruskan oleh AJK berketurunan India dan Pakistan mempunyai tandas yang bersih dan wangi sekalipun tidak sehebat binaan Masjid Wilayah.

p/s: Gambar akan menyusul dalam entri selepas ini.

2 ulasan:

Akak Kembang berkata...

cadangan sgt menarik Suhail...

Sahalfikri berkata...

Itulah.. rasa teringin juga order tandas begitu untuk rumah sendiri. Moga hajat kesampaian suatu hari nanti.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular