Tadarus al-Quran biasanya tak dilupa apabila Ramadhan tiba. Target nak khatam sekali dalam bulan ini. Ada tarawih yang memang habiskan satu juzuk satu malam. Bagus.
Sejak kecil, tadarus di bulan Ramadhan memang sudah dibudayakan. Bacaan anak-anak pun semakin lancar. Alangkah baiknya jika kali ini kita kejar untuk fahami pula ayat yang dibaca.
“Habis tu, bila nak khatam pula?”
“Apa masalahnya? Mesti khatam ke dalam bulan ni?
“Yalah..”
“Habis Ramadhan, dah tak payah baca Quran?”
Tergamam dibuatnya. Betul juga, kenapa nak kejarkan sangat khatam? Al-quran dah terangkan bahawa Quran diturunkan pada bulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia.
Sejak kecil, tadarus di bulan Ramadhan memang sudah dibudayakan. Bacaan anak-anak pun semakin lancar. Alangkah baiknya jika kali ini kita kejar untuk fahami pula ayat yang dibaca.
“Habis tu, bila nak khatam pula?”
“Apa masalahnya? Mesti khatam ke dalam bulan ni?
“Yalah..”
“Habis Ramadhan, dah tak payah baca Quran?”
Tergamam dibuatnya. Betul juga, kenapa nak kejarkan sangat khatam? Al-quran dah terangkan bahawa Quran diturunkan pada bulan Ramadhan sebagai petunjuk kepada manusia.
Maksudnya tips-tips untuk hidup, bagaimana nak uruskan masalah, cara mencapai kejayaan, uruskan bisnes, hubungan kekeluargaan, hubungan kemasyarakatan, menjadi ketua dan lain-lain semuanya ada dalam Quran.
Jadi, hanya dengan faham makna barulah kita sedar petunjukNya. Tambahkan kualiti lebih baik daripada kuantiti. Sungguh, Allah Maha Hebat Menilai..
3 ulasan:
Takdelah salah pun kalau ada yang nak baca saja. Lagipun sebagai meraikan sunnah. Setiap kali Ramadhan kan Jibrail akan bertadarus dgn Rasulullah. Semak bacaan, semak ayat2 yang dinasakhkan.
Tapi Ramadhan tahun ni aku try khatamkam tafsir juga. Hehe..
Memang tiada salah membaca. Bahkan hadis mengatakan alif lam mim 10 ganjaran bagi setiap satu perkataan. Cuma jibril dan nabi muhammad bertemu pada setiap malam ramadhan untuk tadarus. Kalimah tadarus berbeza dgn membaca.
Tadarus secara istilahnya mempunyai elemen pembelajaran. Dibaca, disemak, difahami, dibincangkan. Secara bahasa, benarlah ia membaca dgn sungguh2..
Begitulah eloknya kita andai dapat memahami istilah tadarus dengan lebih mendalam, khususnya apabila semakin bertambah usia.
Cukup terkesan apabila membaca ayat Quran yang menempelak kita dgn..
'apakah kamu tidak berfikir?'
'apakah kamu tidak mentadabbur?'
'apakah sama org yang mengetahui dan tidak mengetahui?'
'apakah kamu rasa kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?'
'apakah kamu beriman dgn sebahagian alquran dan tidak beriman dengan sebahagian yang lain?'
dan lain-lain..
proses tadarus al quran adalah proses sepanjang hayat. rujukan yang satu ini tidak boleh ditinggalkan sama sekali.
p/s : sebab sibuk nak kejar khatam al-quran dalam bulan ramadhan pembacaan al-quran pun kadang-kadang pun dah tak tertib lagi. habis semua dilanggar, sebab takut tak sempat khatam (berdasarkan pengalaman sendiri)
Catat Ulasan