08 Ogos 2011

Andai Nabi bersama kita

Andainya Nabi tercinta bersama kita
Yang dekat dan jauh akan datang menghampirinya


Berharap menyaksikan cahaya mentari sebelum ia terbenam
Menginginkan hampir dengannya sallalahu ‘alaihi wassalam

Tatkala bersama hati terasa indah
Yang dipinta padaNya tentu dianugerah
Cahaya Tahaa takkan pernah punah
Temukan kami dengannya wahai Tuhan tempat berserah

Aku sanggup berkorban demimu wahai Rasul tercinta
Muhammad pedagang yang mulia


Menghampirimu jiwa kan tenang siang dan malam
Wahai pembawa rahmat sekalian alam

-----
Rancangan لو كان بيننا (Andai Nabi bersama kita) cukup terkesan di hati sesiapa yang menyaksikannya. Setahun lalu aku menyaksikannya melalui laman youtube. Memang benar hati ini sangat tersentuh apabila membayangkan kewujudan Nabi bersama kita dalam kehidupan hari ini.

Allahu Akbar. TV Al-Hijrah sekarang sudah memaparkan rancangan ini kepada khalayak umum. Alangkah indahnya menonton segmen demi segmen yang ditayangkan. Setiap soalan yang diajukan kepada responden bagaikan sukar untuk aku jawab. Sejauh mana cintaku kepada Nabi s.a.w.

Sajak yang aku nukilkan di atas adalah terjemahan kepada lagu tema rancangan ini dengan sedikit olahan. Semoga Allah curahkan rahmatnya ke atas kita supaya kasih dan sayang kita kepada Nabi s.a.w. memberi kesan dalam hidup kita di dunia ini.

2 ulasan:

wawa berkata...

setiap hari hati ini berdoa agar Allah berkenan mengurniakan rasa cinta kepadaNya melebihi rasa cinta pada dunia dan seisinya. agar hati ini tetap subur dengan cinta kepada kekasihNya melebihi cinta kepada yang lain.

Sahalfikri berkata...

Ameen Ya Rabbal 'Alamin. Semoga kita dapat bertemu dengan baginda Rasul di akhirat kelak.

Allahummua a'inna 'ala zikrika, wasyukrika, wa husni 'ibadatik.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular