Ramadhan dilalui rakyat Somalia dalam keadaan serba kekurangan. Mereka terpaksa mengharungi kemarau teruk hinggakan cukup sukar untuk dapatkan bekalan air bersih. Begitu juga dengan makanan untuk berbuka puasa.
Seperti yang pernah aku catatkan dalam entri Somalia berbeza daripada Somaliland, kehidupan rakyat Somalia masih kucar-kacir dan tidak aman akibat pemberontakan puak penentang kerajaan. Ini menambahkan kesengsaraan hidup umat Islam di sana kala Ramadhan ditempuhi.
Sebagai umat Islam, kita turut merasa beban yang ditanggung saudara kita yang dicintai ini. Jika para pembaca blog ini merupakan badan korporat, NGO atau individu yang mampu menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai, sila berbuat demikian agar Ramadhan kali ini dapat mereka lalui dengan lebih gembira dan tenang.
Laporan projek tabung kemanusiaan boleh dibaca di Malaysian Insider |
Bersyukurlah atas kurnia Ilahi kepada kita khususnya umat Islam Malaysia yang dilimpahi rezeki yang lazat. Golongan tidak berkemampuan juga turut mendapat simpati badan dan individu yang prihatin.
Di Somalia, majoriti umat Islam dalam keadaan daif. Mereka perlukan bantuan masyarakat antarabangsa seperti kita untuk meneruskan kehidupan. Hidup dan mati, itulah percaturan mereka seharian. Semoga Allah membantu mereka dan terus menetapkan hati mereka dalam keimanan.
It was narrated from Abu Huraira (ra) that Rasulullah (saw) said: "Allah (swt) said, ‘Spend, O son of Adam, and I shall spend on you.’ ” -Hadith Bukhaari and Muslim
2 ulasan:
Maha Suci Allah yang memberi ujian kepada sesiapa yang dikehendakiNya. di saat ini saudara kita di Somalia sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang berat. sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul bebannya. kita di malaysia diberi nikmat yang tidak terhingga namun masih sedikit yang ingin bersyukur. marilah kita membantu saudara kita di somalia yang sangat memerlukan dan ingatlah bahawa seorang muslim itu hanya akan merasai kemanisan iman sekiranya dia mengasihi saudaranya lebih dari dia mengasihi dirinya.
Benarlah kata-kata itu. Kepayahan mereka usah dipersoalkan, kemudahan kita perlu diagihkan, kenikmatan yang ada harus dikongsikan. Itulah tugas insan yang beriman..
Catat Ulasan