29 Ogos 2011
21 Ogos 2011
Sebarkan erti kemanusiaan
Sudah lama aku tak main tagging dalam blog. Bersempena kempen menderma untuk Tabung Kemanusiaan Somalia kali ini aku ingin main tagging entri dalam blog. Caranya mudah.
1) Sila buat satu entri dalam blog anda dengan memaparkan poster di bawah:
2) Sila kongsikan satu hadis atau ayat al-Quran mengenai seruan bersedekah atau menderma atau berzakat. Jadi di sini aku ingin kongsikan ayat berikut berikut:
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh (Al-Munafiqun:10)3) Sila tag TIGA orang kenalan anda. Jadi, di sini saya ingin tag rakan-rakan saya seperti di bawah:
Syed Adam
Rin
Marliza Radzi
4) Akhir kalam, sedikit pesanan. Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang masih berbaki tak sampai 10 hari. Semoga malam al-Qadr dapat kita nikmati bersama. Dan semoga bantuan kita kepada umat Islam Somalia yang kebuluran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.
17 Ogos 2011
13 Ogos 2011
Bantulah umat Islam Somalia
Ramadhan dilalui rakyat Somalia dalam keadaan serba kekurangan. Mereka terpaksa mengharungi kemarau teruk hinggakan cukup sukar untuk dapatkan bekalan air bersih. Begitu juga dengan makanan untuk berbuka puasa.
Seperti yang pernah aku catatkan dalam entri Somalia berbeza daripada Somaliland, kehidupan rakyat Somalia masih kucar-kacir dan tidak aman akibat pemberontakan puak penentang kerajaan. Ini menambahkan kesengsaraan hidup umat Islam di sana kala Ramadhan ditempuhi.
Sebagai umat Islam, kita turut merasa beban yang ditanggung saudara kita yang dicintai ini. Jika para pembaca blog ini merupakan badan korporat, NGO atau individu yang mampu menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai, sila berbuat demikian agar Ramadhan kali ini dapat mereka lalui dengan lebih gembira dan tenang.
Laporan projek tabung kemanusiaan boleh dibaca di Malaysian Insider |
Bersyukurlah atas kurnia Ilahi kepada kita khususnya umat Islam Malaysia yang dilimpahi rezeki yang lazat. Golongan tidak berkemampuan juga turut mendapat simpati badan dan individu yang prihatin.
Di Somalia, majoriti umat Islam dalam keadaan daif. Mereka perlukan bantuan masyarakat antarabangsa seperti kita untuk meneruskan kehidupan. Hidup dan mati, itulah percaturan mereka seharian. Semoga Allah membantu mereka dan terus menetapkan hati mereka dalam keimanan.
It was narrated from Abu Huraira (ra) that Rasulullah (saw) said: "Allah (swt) said, ‘Spend, O son of Adam, and I shall spend on you.’ ” -Hadith Bukhaari and Muslim
08 Ogos 2011
Andai Nabi bersama kita
Andainya Nabi tercinta bersama kita
Berharap menyaksikan cahaya mentari sebelum ia terbenam
Menghampirimu jiwa kan tenang siang dan malam
Yang dekat dan jauh akan datang menghampirinya
Berharap menyaksikan cahaya mentari sebelum ia terbenam
Menginginkan hampir dengannya sallalahu ‘alaihi wassalam
Tatkala bersama hati terasa indah
Yang dipinta padaNya tentu dianugerah
Cahaya Tahaa takkan pernah punah
Temukan kami dengannya wahai Tuhan tempat berserah
Aku sanggup berkorban demimu wahai Rasul tercinta
Muhammad pedagang yang mulia
Menghampirimu jiwa kan tenang siang dan malam
Wahai pembawa rahmat sekalian alam
-----
Rancangan لو كان بيننا (Andai Nabi bersama kita) cukup terkesan di hati sesiapa yang menyaksikannya. Setahun lalu aku menyaksikannya melalui laman youtube. Memang benar hati ini sangat tersentuh apabila membayangkan kewujudan Nabi bersama kita dalam kehidupan hari ini.
Allahu Akbar. TV Al-Hijrah sekarang sudah memaparkan rancangan ini kepada khalayak umum. Alangkah indahnya menonton segmen demi segmen yang ditayangkan. Setiap soalan yang diajukan kepada responden bagaikan sukar untuk aku jawab. Sejauh mana cintaku kepada Nabi s.a.w.
Sajak yang aku nukilkan di atas adalah terjemahan kepada lagu tema rancangan ini dengan sedikit olahan. Semoga Allah curahkan rahmatnya ke atas kita supaya kasih dan sayang kita kepada Nabi s.a.w. memberi kesan dalam hidup kita di dunia ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...