Gambar Hiasan [Sumber] |
Dulu-dulu biasalah kita dengar orang naik haji naik kapal. Kos tambangnya murah tapi masanya panjang. Sebulan barulah sampai Mekah dari Malaysia.
Itu cerita tentang kapal laut. Sekarang tiada lagi. Jemaah haji akan dibawa menaiki kapal terbang untuk sampai ke sana. Bertambah sulit apabila ongkos penerbangan tak termampu ditanggung.
Alamatnya tak dapatlah menunaikan haji segera. Tak mengapa, memang haji diwajibkan atas mereka yang mampu. Justeru, yang belum mampu kenalah gandakan usaha.
TEMPAT BERLEPAS | DEWASA (15 tahun ke atas) | 15 tahun ke bawah |
Semenanjung Malaysia | RM 9,980.00 | RM 9,011.00 |
Sabah | RM 10,110.00 | RM 9,141.00 |
Sarawak | RM 10,065.00 | RM 9,096.00 |
Pagi tadi aku berbual dengan sahabat karibku di INCEIF. Dia yang berasal dari Somaliland beritahu kos haji di Malaysia murah berbanding negaranya. Aku pun tanya kenapa?
Di Somaliland, kos haji bagi seorang dewasa ialah USD 4,800. Nilai ini bersamaan RM 14,436. Bukankah jarak Somaliland lebih dekat dengan Mekah? Ya, memang dekat tapi tambang kapal terbang saja dah USD 3,000.
Peta menunjukkan jarak Somaliland yang berdekatan dengan Mekah |
Buat pengetahuan semua, majoriti umat Islam di Somaliland adalah penduduk nomad. Mereka tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau simpanan banyak untuk tunaikan haji. Bersyukurlah sebab kita ada pekerjaan dan pendapatan yang membolehkan simpanan dibuat sebagai usaha nak tunaikan haji.
Menurut sahabat aku juga, di Somaliland, mahar yang perlu disediakan pengantin lelaki adalah sekitar 350 gram - 500 gram emas. Apa??? Minimum RM17,000...
Sukar betul mereka nak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Tapi mereka memang sabar, tabah dan rendah diri. Walaupun adat budaya itu menyusahkan, mereka tetap positif bahawa mereka akan mampu juga suatu hari nanti. Tak merungut langsung.
Bersama Abdirazak berbincang mengenai tugasan yang perlu disiapkan |
Di akhir perbualan, dia minta aku bantu mencari alternatif kapal dari Malaysia atau Indonesia yang pasti melewati Somaliland agar jemaah haji mereka dapat tumpang ke Mekah. Hanya dengan cara ini barulah dapat kuota haji mereka dipenuhkan. Selama ini tak pernah pun mencapai kuota.
Syaekhan (Indonesia) dan Abdurrahman (Somaliland) juga turut serta dalam perbincangan |
Jawabku, sudah lama Malaysia dan Indonesia tak lagi naik kapal ke sana. Maaf kerana aku tak dapat aturkan alternatif terbaik. Jika ada peniaga yang mampu sediakan servis kapal, mungkin boleh diusulkan. Aku doakan saudara-saudaraku ini akan dipermudahkan urusan mereka suatu hari nanti.
Akan Datang: Somaliland Berbeza Daripada Somalia
Akan Datang: Somaliland Berbeza Daripada Somalia
2 ulasan:
kadang-kadang ujian yang berbentuk kesusahan dalam menjalani tanggungjawab sebagai muslim menjadikan iman yang mereka pelihara terasa lebih manis jika mereka mampu menjalaninya dengan tabah. mereka tetap berusaha menjadi muslim sesempurna mungkin tanpa rasa keluh kesah dan yakin bahawa janji ALLAH itu benar. kita sebagai muslim di malaysia seharusnya berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai muslim tanpa apa-apa kekangan. persoalannya sekarang adalah dari kita sendiri apakah kita mahu berusaha menjadi muslim sebenar atau tidak?
Wawa: Sebab itulah kesusahan tak terasa bagi mereka yang terasa manisnya iman kerana dia tahu susah itu ada baiknya untuk dia. Untuk menjadi muslim sebenar bukan lagi pilihan, tapi kewajipan yang kena kita laksanakan. Terkadang lupa dan lalai membuktikan kelemahan insan. Usaha perlu digiatkan dan peringatan perlu tersebar luas. Syukur kita rakyat Malaysia banyak kelebihan..
Catat Ulasan