31 Mei 2006

Prettt..tahi gagak hitam

Mungkin nasib badan. Itulah yang aku katakan pada diri aku bila baju aku terkena tahi burung. Maklumlah burung gagak memang bersepah tengah2 bandaraya ni. Waktu itu aku tengah nak melintas dengan Abang Man.

"Cuba tengok tu, Abang Man. Budak2 perempuan tudung labuh beramai-ramai ni."

"Haah la, apa dia buat tu?"

"Agaknya tengah cuti ni berjalan-jalan la tu."

Lampu isyarat pejalan kaki pun bertukar hijau. Jadi, kami pun melintas jalan dan berselisih dengan anak-anakgadis tadi tu. Eh, bebudak pompuan ni macam taknak ke tepi pulak. Baru kononnya nak senyum la kat bebudaktu, sekali Prettt!

Baru cadang nak solat Maghrib terus, tapi disebabkan kena musibah di'pret' dek gagak hitam, terpaksalahbalik rumah. Ish ish ish itu baru senyum kat pompuan, belum lagi 'ngurat'. Apapun, aku rasa hidup ini sebenarnya penuh warna-warni kann. Sesuatu yang dahulunya biasa, kini dah jadi pelik. Ni bukan citer pasal tahi tu, tapi pasal budak pompuan.


Pernah suatu ketika, negara kita dapat gelombang kesedaran agama. Waktu itu semua orang nak cakap pasal Islam.Yang tak bertudung dan berskirt pun sama. Sampailah mereka akhirnya bertudung. Iye, waktu tu ramai yang bertudung labuh.

Kemudian ada pula kes tentang si purdah hitam. M.Nasir ada buat satu lagu berkaitan si purdah hitam ni tapi tak ingat plak tajuk lagu tu. Tak salah nak pakai purdah, cuma dia gunakan itu sebagai alat menyembunyikan barang-barang yang dicurinya. Kalau law student mungkin tahu pasal kes seorang perempuan dihalang memakai purdah sewaktu bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Ini semua disebabkan curiga akan terjadi hal yang sama.

Tak lama selepas itu, trend ini tidak begitu popular. Dan baru-baru ini, keluarlah trend tudung Wardina, tudung Waheeda dsb. Macam-macam trend plak sampailah kepada satu tahap melihat tudung bulat sebagai janggal di ibukota.

Waktu aku keje pizza dulu, ada sorang minah ni. Aku selamba je tanya kenapa tak pakai tudung? Jawab dia sebab nenek dah meninggal.Tambah plak dia kata, "orang pakai tudung pun buat maksiat, buat apa nak pakai tudung." Eh, terkejut aku dengar jawapan dia. Fikir punya fikir, aku rasa kesian kat dia. Dia tak salah sebab dia tak faham.

Erm ,ramai ke antara emak, kakak, adik pompuan kita atau kawan pompuan, awek ke.. yang tahu ada ke ayat Quran suruh pakai tudung? Ada ke kata pakai tudung bulat? Ada ke kata tutup rambut? Nak tahu kenalah kita cari.. kekadang tu disebabkan dok follow apa yang orang cakap je pun susah. Nak puas hati cari sendiri.

Jadi, janganlah nak pandang hina orang tak pakai tudung atau merendah-rendahkan orang yang tak ikut ajaran agama. Sebab diorang pun manusia biasa. Bezanya mereka dengan orang yang pakai tudung dsb ialah pengetahuan dan kesedaran. Mungkin hari ini kita sedar, tapi akan datang tetiba jadi tak sedar dek kerana keadaan sekeliling membuatkan kita jadi gitu.

Ini tidak, ada yang tolak terus orang-orang begini. Mana boleh macam itu. Kalau pun kita kata dia dah tahu tapi saja taknak pakai tudung, Islam tak suruh kita pinggirkan dia. Kalau tak, masakan si pelacur yang beri anjing minum dijanjikan syurga?

Hidayah bukan milik kita.. cuma insan bernama Hidayah mungkin boleh jadi milik kita hehehehe

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular