Seperti biasa, pada setiap hujung minggu, aku, ibu dan adik bongsuku akan mengambil ayah di Jaya Jusco.Ayah yang sudah hampir setahun bekerja di Klang, Selangor hanya berada di Melaka pada hari cuti. Bas ekspres Triton yang dinaikinya akan melalui daerah tempat tinggal kami sebelum ke destinasi terakhir, Melaka Sentral.
"Kalau ayah naik bas dalam pukul 7 malam, biasanya akan sampai sini pukul 9 lebih,"kata ibu bila akubertanyakan tentang waktu ketibaan ayah. Adikku yang diamanahkan jadi ketua kelas cukup sibuk membeli barang-barang hadiah untuk menyambut harijadi kawan-kawan dan Hari Guru. Baki wang terkumpul itu diberikanguru kelas kepadanya sebagai upah. Aku hairan juga pada gurunya mengapa diberikan baki itu pada adik aku.Bukan 10 atau 20 ringgit tapi mencecah 100 lebih. Ini dah melampau..
Tapi, dia dah beritahu pada cikgu yang duit ni banyak sangat, cuma cikgunya tu tetap minta dia ambil. Apalagi? Hehehe, adik aku menjadi mangsalah nampaknya.
Sementara menunggu ayah tiba, kami pergi ke Jaya Jusco dulu nak belikan hadiah untuk nenek. Yelah, sempenaHari Ibu ini, ibu pun nak berikan pada ibunya. Tetiba teringat pula pada nenek saudara yang banyak membantukami.Jadi, dua barang lah nak beli. Pakai duit siapa? Hehehe pakai duit adik aku lah. Dia pun rela..
Apa yang aku nak kongsikan kali ini ialah tentang Hari Ibu sebenarnya. Aku dan Ibu mempunyai satupertalian misteri. Pertalian yang sangat akrab sehinggakan apa yang keluar dari mulut ibu itu sangat masin.Hmm, bagi yang rapat dengan aku memang mereka tahu pasal ni.
Apa tidaknya, kalau aku tak dengar cakap memang serta merta balasan kena pada aku. Takdir? Hmm, ye memang juga.Kebetulan? Hmm, tak mungkin. Apapun tafsiran orang ramai, bagi aku ini adalah hubungan ruh yang takdapat digambarkan. Sejak aku kecil sampailah dewasa ni, macam-macam pengalaman aku rasai. Kalau dikirakan,ada tiga kejadian insiden berlaku dek kerana tak dengar cakap ibu. Itu yang besar-besarlah.
1
Bukannya perkara besar pun, sekadar nak pergi main bola, atau pergi rumah kawan, atau pergi rumah nenek."Ibu, boleh tak suhail pergi rumah Nek Cot? Diorang ajak pergi berkelah.""Tak boleh. Duduk kat rumah ni."Dalam diam-diam, aku melarikan diri dengan menaiki basikal bersama abang aku yang lagi degil daripada aku.Alhamdulillah, aku selamat sampai dan pergi ke pantai pengkalan balak dengan seronoknya. Jeng jeng jeng, tetiba aku diajak abang, pakcik dan makcik aku untuk ke tengah pantai. Masing-masing ada pelampung yangdisewa dengan harga 50 sen. Semua orang pada waktu tu masih sekolah rendah.
Tiba-tiba apabila di tengah-tengah, kakiku seolah-olah ditarik oleh sesuatu. Aku tenggelam, pelampung je tinggal di permukaan. Yang lain semua dah panik.
"Abah, Suhail lemas.." jerit makcik aku. Abang aku cuba mencapai tangan aku tapi tak berjaya. Datuk akupada waktu itu sedang berehat di tepian pantai. Hmm, bukan seminit dua aku tenggelam, mungkin hampir 5 minit.Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana keadaan aku pada waktu itu. Orang semua cemas, tetapi aku tak rasa apa-apa melainkan kakiku ditarik. Aku semacam boleh bernafas dan tak lemas pun.
Apabila aku diselamatkan datuk, semua orang lega. Aku hanya terfikir satu sahaja. Inilah akibat 'derhaka'kepada ibu. Hmm, bukannya aku buat benda jahat pun. Ini pergi ikut saudara je.. Apapun, kejadian ini membuatkan aku lebih berjaga-jaga.
2
"Ibu, Suhail nak pergi rumah kawan sekejap. Ada buat sambutan harijadi.""Tak boleh."Aku tetap nak pergi. Siapa taknak berseronok dengan kawan-kawan. Dia ni anak orang kaya. Duduk di BukitPeringgit. Rumah lama tinggalan British yang dijadikan perumahan anggota kerajaan. Memang tinggi..penat juganak daki bukit naik basikal. Mujur aku ada basikal Lerun yang dihadiahkan ayah dulu. Harganya waktu itukalau tak silap RM200.
Dipendekkan cerita, sewaktu pulang dari rumah kawan aku, aku ternampak seorang budak kecil memanjat pagar.Dalam menderu laju, aku berpaling melihat kepada budak itu. "Adik, turun..nanti jatuh." Ceh, bagi nasihat. Yelah, budak itu kecil sangat tapi dia macam tak harian. Sebelah tangan kanan aku angkat memberi isyarat turun.
Tiba-tiba.. Dumm!Aku terlanggar sebuah kereta. BUkannya aku dilanggar kereta. Dah pulak, kereta tu bukannya bergerak tetapi diparkir di tepi jalan. But kereta tu terkeluar sedikit masuk ke jalan.
Dengan ketinggian 148cm (darjah enam) dan kaki terjengket apabila duduk atas basikal itu, aku terjatuh.Tau kan basikal Lerun pada waktu itu mempunyai sebatang besi tegak selari dengan tempat duduk. Kedudukanbesi tu agak tinggi. Jadi, apabila aku terjatuh maka terhentaklah aku di batang besi itu. Aduhh, faham-faham sajalah. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.
Yang kelakarnya, empunya bengkel kereta yang letakkan kereta itu, terus datang kepada aku. "Adik tak apa=apa ka?" (Dibaca dalam nada sebutan India) "Kalau ada apa-apa abang boleh ambilkan minyak kasi letak itu tempat sakit."Hmm, aku geleng sahaja sebab 'tempat' tu tak perlu disapukan minyak. Tahan jelah, nanti ok. BUat muka selambaje, tak tahulah dia tahu ke tidak mana sakitnya.Itulah akibat 'derhaka' pada ibu.
3
Yang paling sakit, apabila aku dan abang aku melarikan diri pergi rumah Nek Cot tanpa kebenaran ibu. Kakiaku tersepit dalam rim basikal. Abang aku tunggang basikal, aku bonceng kat belakang. Basikal Lerun aku tutakde tempat letak kaki (untuk pembonceng). Jadi, aku letakkan kaki di tepi rim (ada batang besi menghubungkan rangka dan roda).
Maklumlah, nak melarikan diri, mestilah abang aku memecut. Ke kanan ke kiri badan aku dibuatnya. Bila sampai di kawasan berbatu kerikil itulah kaki aku dah melilau (bahasa orang Melaka). Tetiba, basikal terhenti serta-merta sebab kaki aku tersepit menghentikan pergerakan roda belakang. "Adoii..."
Kekawan Taman Desa Baru yang sedang main bola semuanya datang kepadaku. Seorang berlari memanggil ayah aku yang kebetulan atas motor di laluan yang sama tetapi mendahului kami. Seorang lagi balik ke rumah mencarisepana. Ada yang cuba tarik kaki aku, tapi tak boleh keluar. "Jangann..,"aku menjerit kesakitan.
Akhirnya, ayah aku bawa balik ke rumah dan kakiku terseliuh dan sembuh selepas seminggu. Meraung aku dibuatnyaapabila ayah mengurut kakiku yang bengkak sebelah. Hmm, patutlah kaki kiri ni 'pengkau' je tendang bola.
Banyak lagi, kisah-kisah lain seperti hampir ditahan polis akibat tak dengar cakap ibu, naik motor tak berlesen,nak pergi ke kedai depan rumah. Yang tadi semuanya berlaku sewaktu sek. ren. Yang ini waktu sek. men."Nanti ditahan polis baru tahu." Itu kata-kata yang ibu ucapkan apabila melarang aku ke kedai. Sejak hari itu,kalau aku nak kedai (waktu takde lesen), bila ibu nak cakap apa-apa, aku cakap, "jangan sebut, ibu.." Yelah,takut kalau-kalau jadi perkara yang diucapkan.
_____
Sekarang aku sudah berumur 23 tahun. Kisah-kisah ini masih terpahat dalam memori. Jangan derhaka pada ibubapa.Setakat kes-kes aku, semuanya berkaitan ibu.
Cuma, sewaktu aku nak tunggu ayah baru-baru ini. Kejadian tak diingini berlaku lagi disebabkan 'derhaka' pada ibu. Bunyi derhaka itu macam satu 'disobedience' kepada ibu dalam hal-hal yang berat atau besar. Tetapi pada diri aku, segala-galanya yang datang dari ibu berbentuk arahan atau larangan yang tak dipatuhi. Walaupun perkararemeh.
Aku seolah-olah memarahi ibu sebab membuatkan aku kelam-kabut cari tempat parkir di Jusco. Sekejap ibu kata kanan,sekejap ke depan, sekejap tempat biasa. Arahan tak jelas. Dalam seminggu tu, kalau dikirakan tiga kali ibu berikanarahan yang kurang jelas kepada aku. Dan apabila aku buat, disalahkan pula aku sebab tak sempurna kerja keranaada sesuatu yang kurang. Contohnya, ibu suruh ambil 'penggelek' cat. Aku pun ambillah, rupa-rupanya maksud ibu, ambil penggeleknya, berusnya, dan bekas cat sekali. Jadi, kesilapan ini kekadang buat aku panas-panas suam la.
Entah kenapa, aku mengungkit tentang arahan-arahan tak jelas itu selepas mendapat tempat parkir tu. Nak katanada aku macam marah, tak juga. Aku cuba cakap dengan lembut tetapi mungkinlah disebabkan aku mengungkit, ibu terasa hati. Tapi, selepas aku 'marah' tu, aku jadi macam biasa, relaks dan riang.Ibu pun tak nampak macammarah,cuma terdiam sikit waktu aku 'marah' tadi. Sekarang nampak ok.
Hah, ini yang hairan tu. Tetiba sahaja, aku terasa gatal kepala. Uish, gatal sangat-sangat. Tergaru-garu aku di khalayak ramai. Sekajap garu di kanan kepala, sekejap di kiri kepala. Aku pun bertanya pada ibu, "Ibu, entah kenapa tiba-tiba rasa gatal sangat." Pada fikiran aku, ini mesti sebab tak syampu kepala kot. Kebiasaannya setiap hari aku akan syampu kepala tetapi baru-baru ini tak. Tak terfikir pula tindakan aku tadi tu merupakan satu bentuk penderhakaan.
"Hah, itulah. Marah ibu lagi," jawab ibu. Tersentak aku. Baru aku sedar, mungkin betul itu sebabnya. Ibu beritahuaku pun waktu kami dalam perjalanan nak ambil ayah. Aku terus minta maaf kat ibu. Malam selepas pulangke rumah, kepalaku sudah tak gatal lagi. Pelik ke? Hmm, inilah pertalian misteri aku dan ibu. Tak semua anakdiberikan hubungan sebegini. Yang paling ketara hanyalah aku dan adik lelaki aku.
Maka, aku semakin sedar. Rupa-rupanya selama ini, apa yang berlaku itu bukan kebetulan. Itu memang takdiryang ditentukan oleh Yang Maha Esa apabila hati ibu terguris walaupun sedikit akibat anak yang dikandungnyaselama 9 bulan, penuh dengan keperitan menahan sakit, belaian dan kasih sayang yang diberikan saat kelahiran, kesengsaraan yang dihadapi dalam membesarkan; akhirnya dibalas dengan penderhakaan dalam apa jua bentuk.
Semoga insiden-insiden yang berlaku ini memberikan kesan positif pada diriku untuk mentaati ibu sepanjangmasa. Kejayaan yang dikecapi walau tinggi mana pun tahap pendidikan kita jangan sekali-kali membuatkankita merasa lebih pandai atau hebat daripada ibu yang tak se'hebat' kita. Hargailah jasa mereka dan lakukanyang terbaik untuk mereka kerana merekalah harta paling berharga bagi seorang anak (terutamanya anak lelaki) dunia dan akhirat. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Aku sayang ibu..
12 Mei 2006
8.18 malam
BBI