Tetapi terdetik pula di hati ibu. Eh, bukan ibu sahaja, ayah, abang, dan aku pun teringin untuk tanyakan soalan seterusnya. Ibu pun tanya , "Air apa yang Atiqah jamu pada kawan-kawan?"
Sekali lagi dengan muka selamba dan tersengih, dia menjawab , "Air putih je.."
Huhahuahuahuahauhauha.. kami semua ketawa tak tahan gelak. Ada yang sampai mengalirkan airmata. Yelah, ada ke patut waktu raya Aidilfitri yang cukup meriah, gilang-gemilang disambut selama sebulan itu, hanya dijamu dengan air putih (ada orang panggil air masak, air jarang atau air mati.. kalau lidah pelat tu dia sebut 'skyjuice' ).
Kami terasa malu pula apabila kawan-kawannya datang rumah untuk beraya tapi dijamu air putih. Agak-agaknya apalah nanti cerita mereka pada keluarga setibanya di rumah.
Air putih memang menghilangkan dahaga berbanding air manis. Minum air manis terasa sedap tapi lama-kelamaan akan dahaga kembali. Hah, mungkin ada kuih-muih yang mereka jamah agaknya. Kalau begitu, mungkin dikira baik kann.
Ibu pun bertanya lagi, "Atiqah masak apa untuk mereka makan?".
"Takde apa-apa pun"
"Takkan kerepek ke, kuih ke tak dikeluarkan?"
"Takk.."
Ya Rabbi.. kali ini kami tersenyum lebar. Inilah adik kesayangan kami yang sangat manja dan kadang-kala mengada-ngada. Dia perlu banyak belajar daripada abang dan kakaknya. Banyak lagi perkara yang masih dia bergantung harap pada yang lain.
Mungkin inilah kejadian yang akan membuatkannya tersedar untuk menjadi anak gadis yang biasa. Eh, mungkin silap ayat tu.. anak gadis luarbiasa.. Betul tak? Sebabnya apa yang berlaku itu mungkin sudah menjadi biasa pada zaman sekarang ni.
Anak gadis hari ini orang kata tak ramai dah yang pandai memasak. Eishh, tak boleh jadi ni. Aku kena ajar adik aku supaya banyak berdikari daripada bergantung pada ibu ayah semata-mata. Semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada semua terutamanya anak gadis.. hehehe
*
maaf lambat sangat sambung cerita ni.. raya haji pun dah lepas.. siap masuk Maal Hijrah dah pun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan