Memaparkan catatan dengan label kenal hanzi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenal hanzi. Papar semua catatan

01 April 2009

Mengenal Hanzi : XIANG


Dalam bahasa Mandarin, tulisan di atas bererti rindu atau fikir. Aku baru diajar perkataan ini semalam. Guruku menerangkan maksud seni tulisan ini.

Cuba kalian perhatikan hanzi (karakter tulisan) ini. Ia terbahagi kepada 3 komponen. Satu sebelah kiri. Satu sebelah kanan. Dan satu lagi di sebelah bawah.

Setiap komponen itu jika berasingan dan sendirian, ia memberi erti lain. Jadi, pada komponen sebelah bawah, ia bererti hati ().


Sambil itu, guru tunjukkan jari telunjuknya pada komponen tersebut. Orang Cina katanya percaya kita fikir gunakan hati bukan otak. Rindu pun datangnya dari hati.

Wah, fakta ini menarik perhatian aku. Terus terlintas di benakku, inilah yang dimaksudkan oleh al-Quran yang menyuruh kita berfikir.


Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir (Al Baqarah 2:219)


Hari ini sesetengah orang berfikir hanya berlandaskan aqal. Maka perjuangan menegakkan kebatilan berdiri dengan sokongan akal yang mencari logik dan sebab. Tiada campur tangan hati dalam menyelubung aqal untuk berfikir.

Ada yang berfikir hingga gila. Ada yang berfikir hingga kebenaran disanggah. Ada yang berfikir menyamaratakan semua. Dan ada macam-macam lagi.

Untuk melihat ayat-ayat lain tentang berfikir, sila klik sini.

FIKIRKU: Semua hati boleh berfikir bukan?

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular