07 Oktober 2021

Resipi Kuih Dangai Kedah

 




Aku dapat resipi ini daripada Madam Maizatun Mustafa. Selepas ditunjukkan gambar hasil kuih dangai dibuat anak-anaknya di Facebook, aku pun komen minta resipi. Inilah jawapan Madam, pensyarahku yang awet muda itu:

Boleh Suhail.  resepi sangat mudah:
1) 2 cawan kelapa parut. Pilih yg agak muda, parut putih saja
2) I cawan tepung pulut
3) sedikit garam
4) setengah cawan gula 
5) loyang, sapu sikit minyak


Cara:
1. gaul semuanya, 
2. Letak dlm loyang, jangan padatkan
3. Bakar dlm oven 120C, 45 minit atau sehingga sedikit perang
4. Kalau nak lebih garing boleh terbalikkan dan bakar lagi beberapa minit


Note: sukatan gula boleh ikut kesesuaian. 


Next time saya nak cuba blend skit kelapa parut supaya texture lebih halus


Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular