03 Oktober 2021

Buat rumah sendiri

Catatan ini aku ambil dari grup FB Tukang Apa Hari Ini untuk panduan aku akan datang. Senang nak cari dalam blog sendiri.

Kredit kepada En. Aiman Zaki
+++++++++++++++++++++++
Al kisah keperitan dengan proses nak bina rumah sendiri di tanah sendiri menggunakan loan jenis construction and housing loan~~~
.
Proses

1)menjadikan geran individu
2)mendapat kelulusan majlis bandaraya
3)loan approval
4)construction STARTS
.
Bila baca proses ni nampak mcm senang..tp kami habiskan masa menunggu selama lebih kurang 2 tahun..koyakkk mental..beberapa tahun yg lepas sy dan isteri ada membeli tanah seluas 100 kaki X 100 kaki di sebuah kawasan tasek gelugor, seberang perai utara, pulau pinang..geran tanah kami ada 4 nama..jadi utk misi pertama kami kena pastikan geran kami jadi milikan individu..proses ni telan masa lebih kurang 1 tahun lebih..macam2 hal nak kena setel..masa ni syarikay juru ukur byk membantu kami..
.
Lepas setel geran kami jadi milikan individu..iaitu sekeping geran tu ada nama kami saja..kami pon mulakan proses mendapatkan kelulusan majlis bandaraya..benda ni pon lambat juga sebenarnya..masa yang dihabiskan lebih kurang 3 bulan..alhamdulillah lepas semua benda disiasat..tanah kami mendapat kebenaran untuk membina rumah..fuhhh..masa ni syarikat contractor dan syarikat arkitek yang kami lantik byk main peranan
.
Skrg tiba masa kami uruskan loan..kami outsource segala benda pada satu consultant ni..proses loan approval x lama..skrg kami berada di fasa loan agreement sebelum duit diserahkan pada contractor dilantik bagi tujuan mulakan binaan..offer letter dah sign..cuma skrg ni tggu lawyer siapkan loan agreement utk kami sign..time ni loan consultant, contractor dan arkitek main perasanan masing2..and of course lawyer yang dilantik..😆
.
Almost everything kami outsource sbb kami tak da byk masa nak urus..ini adalah proses yg kami lalu..dan ini adalah cara nak bina rumah dengan duit xda..kalau ada duit byk mgkin lebih cepat prosesnya..kepada yang nak bina rumah atas tanah sendiri dengan gunakan loan cara kami..sediakan mental yg kuat..dan modal pon kena ready..haha..kalau ikot hati nak p cari rumah taman saja..sign dan tggu kunci..tp dah terbeli tanah kampung dengan tidak sengaja haritu..usahakan juga lah buat rumah..

Disclaimer - mungkin proses kami lambat sbb pkp pkp pkp pkp🤣

Sekian..

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular