Gambar ini sempat aku rakamkan selepas mengikuti kursus persediaan ujian peguam syarie tempoh hari. Sejak pernah belajar dengannya di UiTM dahulu, aku kagum dan hormat Dato' Haji. Zainul Rijal.
"Kau adik Zainul Rijal ke?"
Soalan ini ditanya selepas kelas pertama kami 12 tahun lalu. Aku tak rasa pun ada persamaan tapi bila dikatakan begitu, bertambahlah rasa nak contohi ketokohan peguam tersohor ini.
"Peguam syarie perlu mendatangkan perbincangan baharu dan mencabar dalam isu-isu perundangan untuk mengembangkan lagi institusi perundangan Islam di Malaysia."
Pesan ini membuatkan aku bersemangat untuk meneroka lebih mendalam. Apatah lagi apabila dalam ceramah Dato', beliau datangkan contoh yang dirujuk dalam kitab-kitab turath yang jarang kita dengar.
Lagi banyak digali kitab-kitab terdahulu, pasti lagi banyak khazanah keilmuan dapat dikongsikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan