27 Oktober 2020

Aku Adik Zainul Rijal

Gambar ini sempat aku rakamkan selepas mengikuti kursus persediaan ujian peguam syarie tempoh hari. Sejak pernah belajar dengannya di UiTM dahulu, aku kagum dan hormat Dato' Haji. Zainul Rijal. 

"Kau adik Zainul Rijal ke?"

Soalan ini ditanya selepas kelas pertama kami 12 tahun lalu. Aku tak rasa pun ada persamaan tapi bila dikatakan begitu, bertambahlah rasa nak contohi ketokohan peguam tersohor ini. 

"Peguam syarie perlu mendatangkan perbincangan baharu dan mencabar dalam isu-isu perundangan untuk mengembangkan lagi institusi perundangan Islam di Malaysia."

Pesan ini membuatkan aku bersemangat untuk meneroka lebih mendalam. Apatah lagi apabila dalam ceramah Dato', beliau datangkan contoh yang dirujuk dalam kitab-kitab turath yang jarang kita dengar. 

Lagi banyak digali kitab-kitab terdahulu, pasti lagi banyak khazanah keilmuan dapat dikongsikan.

Penduduk Padat COVID19 Mudah Menular


Brunei > 2.8 x ganda > Mauritius
Mauritius > 2.8 x ganda > Singapura

Tiga negara kecil ini menarik dilihat ketika #COVID19 melanda. Brunei lebih besar dari Mauritius dan Mauritius pula lebih besar daripada Singapura.

Brunei mula dapat kawal penularan pada April. Mauritius dapat kawal pada Mei. Kedua-dua negara ini ambil pendekatan drastik tutup pelancongan sebaik bermula kes pertama. 

Singapura pula sebaliknya. Ia bersedia lebih awal dan dapat mengawal penularan pada awalnya tapi menjelang April, bilangan bertambah luar dugaan. Kes membiak daripada pekerja asing.

Bukan soal negara besar atau kecil rupa-rupanya. Kalau dibandingkan kepadatan penduduk, Singapura lebih padat penduduk. 

Setiap 1 km persegi, penduduk di Singapura sekitar 7,843 orang. Di Mauritius hanya 621 orang. Kalau Brunei, sekitar 77 orang.

Memandangkan penularan jangkitan berkait rapat dengan jarak hubungan sesama manusia, tempat paling padat kena lebih berjaga-jaga. 

Di Malaysia, penduduk kita sekitar 98 oranglah untuk setiap 1 km persegi. Tak jauh beza daripada Brunei. Kalau Brunei boleh, kita pun boleh. Singapura pun dah turun 2 angka.

Memang kita boleh kan haritu? Jadi, tentu tiada masalah melainkan sikap degil dan malas.

Kepadatan itu bukan penyebab. Kita yang ambil ringan SOP yang memudahkan penularan. Tak kiralah orang politik, orang VVIP mahupun orang awam. Semua kena sama-sama amalkan SOP.

#kitajagakita

Penduduk Asal di Tanah Melayu Wujud Sejak Ribuan Tahun Dahulu


Kewujudan penduduk tempatan di Alam Melayu terbukti dari kajian arkeologi yang jarang (walaupun sepatutnya) dikaitkan apabila bercakap tentang sejarah.

Sekurang-kurangnya sejak 35,000 tahun dahulu manusia telah mendiami kawasan Pentas Sunda dan Pentas Sahul (boleh google peta kawasan ini).

5,000 tahun dahulu, setelah kedua-dua daratan mulai ditenggelami air laut akibat berakhirnya zaman air batu, manusia-manusia ini punya corak hidup dan pencapaian teknologi makin maju.

Buktinya dapat dilihat di Lenggong (Perak), Gya Cha (Kelantan), Gua Kepah (Seberang Perai), Gua Bintong (Perlis) dan Teluk Intan (Perak).

Begitu kelak datangnya pengaruh India, arkeologi juga membuktikan tiada imigran atau penakluk India menguasai petempatan asal. 

Orang tempatan tadi yang mengambil pengaruh Hindu dan Buddha dalam kehidupan mereka dan menyesuaikannya dengan budaya asal.

Kemudian sama juga halnya apabila pengaruh Islam tiba. Tidaklah Gujerat, Cina mahupun Arab yang mengubah masyarakat ini melainkan mereka sendiri yang menerima pengaruh ini dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan.

Ini bukan sekadar teori tapi terbukti dengan kajian arkeologi. Dek kerana ia dikesampingkan, sumber Windstedt, Skeat dan Blagde , MWF Tweedie dan DGE Hall menjadi rujukan awal zaman penyediaan buku teks sejarah.

Sedangkan orang asing juga telah menyanggah teori migrasi Yunnan, teori Orang Asli berbeza dengan Orang Melayu, teori Greater India, dll.

Geoffrey Benjamin, Bellwood, George Coedes, Mubin Sheppard dan Prof de Silva antara nama mereka yang menyatakan apa yang aku tulis.

Kajian arkeologi tempatan pun semakin maju. Aku sendiri pun baru nak membaca hasil kajian mereka. Moga lepas ini dapat berkenalan dengan ahli-ahlinya.

Langgam arca dewa Avalokitesvara di Kinta (Perak) dikaji mereka berbeza dengan langgam asli kerajaan Dvaravati. Dakwaan dibina imigran India kala itu tak benar.

Candi Borobudur dan Angkor Wat pun tiada senibina kembarnya di India. Itu tandanya ia binaan tempatan yang menerima Hindu Buddha secara sendiri. Orang putih kata "blended culture". Bukan paksaan.

Begitulah juga Islam diterima di Alam Melayu tanpa paksaan. Kala Kristian dipaksakan penjajah Portugis, penentangan hebat berlaku.

Punyalah panjang aku menulis, poin penting nak beritahu ialah orang kita di sini unik. Punya identiti tersendiri yang mesra ilmu dan perbincangan dalam menerima pembaharuan dan perubahan.

Paksaan bakal berdepan penentangan. Penentangan zaman kini lebih mudah dan cepat. Cukup dengan tentera bawang, kerajaan pun lebih berwaspada. 

Belajarlah dari sejarah. Masih banyak yang kita tak tahu. Tak.payah melenting. Baca dan baca. Kaji dan kaji.

100 Perkataan Melayu Pinjaman Arab

Kata pinjaman ialah perkataan yang diambil daripada bahasa asing. Ini lumrah dalam semua bahasa di dunia.
Bagi Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya terdapat 100 kata pinjaman daripada Bahasa Arab.

Jadi, kalau nak eja perkataan ini dalam tulisan Jawi, ia perlu dieja ikut ejaan Arab. Jangan keliru ya.

Inilah dia 100 kata pinjaman itu:

1. أرنب  =  arnab
2.  خبر =  khabar
3.  سلام  = salam
4.  اقرار  = ikrar
5.  عالم الغيب = alam ghaib
6.  اعتراف = iktiraf
7.  اعتبار = iktibar
8.  عبارة =  ibarat
9.  عارف  = arif
10. عُمر = umur 
11. ظاهر =zahir 
12. باطن = batin
13. سبب = sebab
14. طاعة = taat
15. عادل =adil
16. ظالم = zalim
17. صبر =sabar 
18. مسكين = miskin
19. فقير = fakir
20. وجه = wajah
21. سؤال =soal
22. جواب = jawab
23. أول =  awal
24. آخِر =  akhir
25. يعني = yakni
26. يقين = yakin
27. عالم = alim
28. جاهل = jahil
29. كرسيّ = kerusi 
30. قرن = kurun
31. فجر =fajar
32. شعر = syair
33. صحيح = sahih
34. باطل = batil
35. بطل = batal
36. حق = hak
37. حقيقة =  hakikat
38. حلال = halal
39. حرام  =  haram
40. فضح = padah
41. ثلج = salji
42. قلب = kalbu
43. عاقبة = akibat
44. دعاء =  doa
45. جناية = jenayah
46. سحر = sihir
47. وجود  = wujud
48. حيران = hairan
49. جيران = jiran
50. خزانة = khazanah
51. خدمة =  khidmat
52. إخلاص  =  ikhlas
53. عمل = amal
54. لسان =  lisan
55.فطرة =  fitrah
56. رزق = rezeki
57. رحمة = rahmat
58. جلباب = jilbab
59. حسد = hasad 
60. حياة = hayat
61. موت = maut
62. دنيا =dunia
63. آخرة = akhirat
64. طمع = tamak
65. منفعة = manfaat
66. رضا =  redha
67. صفة =  sifat
68. يتيم = yatim
69 . سجع = sajak
70. عذاب = azab
71. لذة = lazat
72. روح = roh
73.جسد = jasad
74. بدن = badan
75.نعمة = nikmat
76. حكمة = hikmat
77. قوة = kuat
78. صحة = sihat
79. نتيجة =natijah
80. حاجة = hajat
81.هديّة =hadiah
82. معصية =maksiat
83. دعوة = dakwah
84. طبيب =tabib
85. حرف = huruf
86. حٌجَّة = hujah
87. ختم = khatam
88. ضيف  = dhaif
89. فكر =fikir
90. قانون = kanun
91. قصة = kisah
92. وارث = waris
93. وحي = wahyu
94. فهم = faham
95. فصيح = fasih
96. عقل  =  akal
97. أصل = asal
98. ذرة = zarah
99. ربا = riba
100. غالب = Ghalib

Kalau masih ada yang keliru ejaan jawi sebenar, boleh semak ejaan di sini.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular