Cuba perhatikan gambar ini! Jika anda sudah ke Mesir, anda pasti tahu kebenarannya. Tengok latarbelakang pun sudah tahu.
Ini ialah Sphynx di Lanzhou, China Dibina mengikut saiz sebenar sebagai satu daya tarikan pelancong. Bagi menghidupkan bandar yang dahulunya terkenal di Laluan Sutera, pelbagai usaha dibuat. Itu sahaja hasratnya, tak perlulah mengata China sebagai 'copycat master'. Entah-entah nanti kita pun teringin untuk tengok juga.
Sejak Presiden Xi Jinping mengumumkan visi 'One Belt, One Road' pada 2013, usaha kuasa besar Asia ini bukan lagi main-main. Atas nama perkembangan ekonomi, China mahu dilihat sebagai jambatan utama menghubungkan Asia dan Eropah.
Jangan terkejut nanti kita juga dapat tumpang gembira naik keretapi laju dari Malaysia hingga ke Istanbul. Kini China sedang membantu Turki menyiapkan projek keretapi laju dari Ankara ke Istanbul sejauh 533km. Perjalanan antara dua bandar ini yang biasanya memakan masa 7 jam bakal dipendekkan menjadi 3 jam setengah.
Seronok bukan melihat perkembangan dunia? Dahulu sewaktu Dr. Mahathir sebut tentang Wawasan 2020, aku pun berasa seronok. Baru darjah 3 waktu itu, sudah membayangkan kereta proton terbang. Pejam celik pejam celik, hanya tinggal 4 tahun sahaja untuk visi itu tercapai.
Hari ini tak dengar lagi tentang visi ini. Tahu tak sebenarnya ada 9 cabaran perlu ditangani menjelang tahun 2020? Setelah 26 tahun wawasan ini diperkenalkan, cabaran manakah yang sudah berjaya ditangani?
"Sudahlah Suhail, kau fikirkan tentang diri kau saja. Tak perlu sibuk fikirkan hal ini."
Bukan apa, aku nak tempah kereta proton terbang siap-siap.
Bacaan lanjut di sini:
1) https://en.m.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020
2) http://www.hurriyetdailynews.com/more-talks-needed-on-china-turkey-high-speed-railway.aspx?pageID=238&nID=68715&NewsCatID=359
3) http://www.bbc.com/news/world-asia-china-36431831
Tiada ulasan:
Catat Ulasan