Dalam pesawat AK1018 kali ini, hanya aku sahaja orang Melayu. Destinasinya ialah Macau, dan kemudiannya aku akan melewati sempadan untuk memasuki China.
Sebaik sahaja melepasi Gongbei, kakiku memijak Zhuhai.
"Bau China masih sama," getus hatiku. Sudah lima tahun aku tinggalkan bumi ini, tapi baunya masih sama. Aku boleh cam bau bumi ini.
Badan aku sudah keletihan menaiki pesawat selama empat jam setengah. Sebelum tiba di Guangzhou, aku telah menempuhi empat jam lagi perjalanan menaiki bas dan berjalan kaki. Bayangkanlah betapa jasad ini amat merindukan tilam empuk.
Bersama grup Jabatan Akauntan Terengganu - menara baru dicat semula |
Masjid Huaisheng. Aku singgah di sini dahulu sebelum mencari hotel. Solat dan berehat sebentar.
Masjid ini cukup bermakna buat diri ini. Lebih-lebih lagi buat Saad bin Abi Waqas. Pakcik Nabi ini telah membina masjid ini pada tahun 630 sebagai tanda memperingati baginda sewaktu Saad menetap di sini.
"Abang kalau nak bergambar jangan lupa tangkap gambar menara putih itu." Pesan aku sambil menuding jari ke arah menara asli yang dibina pada zaman Saad Abi Waqas. Ramai pengunjung Melayu dibawa ke masjid ini, tapi sayang sekali sejarahnya tidak diceritakan agen pelancongan.
Yalah, mereka sendiri kebanyakannya orang bukan Islam. Tiada signifikan penting dalam hidup mereka tentang masjid ini. Apatah lagi tentang pakcik Nabi. Tentang Islam, masih belum 'dibukakan' hati untuk mengenalinya.
Aku pantang ditegur orang Melayu. Semua yang menegur aku sewaktu berada di masjid ini, tentu aku ceritakan sejarahnya. Terpinga-pinga mereka apabila mengetahui Islam tiba di tanah besar China ini lebih awal daripada Tanah Melayu.
Biar lebih ramai sedar, ziarah ke China bukan sekadar untuk membeli-belah. Bukan pula untuk berbuat maksiat. Datanglah dengan menikmati keunikan sejarah Islam di China.
Aku baru tahu sedikit. Makin dicari, makin banyak pula kisahnya.
Ini baru kisah Guangzhou.
2 ulasan:
ko dah jadi travel agent ke sekarang? boleh la kitorg join next trip ke china :)
kwn2 yg pegi china dengan travelling agency selalu komen pasal diorg kena pergi melawat kilang jed, herba etc dan dipaksa membeli jed, herba etc.
buka la travelling agency secara part time..kami sokong punya!
Kinna: Memang pun aku buat travel sekarang. Cuma private group sahaja secara sendiri-sendiri. Free & easy concept.. Marilah jejalan ke Guangzhou.
Catat Ulasan