20 Jun 2012

Sibuk dan rosak

Kemaafan setingginya diucapkan kepada semua khususnya yang cuba menghubungi saya untuk ziarah ke Guangzhou. Sebetulnya emel saya semakin berlambak dengan SPAM. Ada sesetengah emel masuk ke SPAM dan sudah tentu saya tak akan menyemaknya.

Apatah lagi apabila saya tidak dapat akses ke emel peribadi di PC pejabat dan ketiadaan laptop di rumah (sebab rosak). Hanya BB yang dapat menyalurkan emel terkini secara automatik. Namun, SPAM juga kini sudah berada dalam INBOX. Jadi, emel-emel yang masuk tidak dapat dilayan kerana saya mungkin terpadam semuanya.

Tapi ada juga yang dapat saya layan, cuma kerjasama tak dapat saya berikan. Maaf sekali lagi kerana 'last minute request' untuk dapatkan bantuan 'tour guide' tak dapat dipenuhi. Ini disebabkan rakan-rakan pelajar tak gemar menerima tugasan begitu, yalah kan mereka ada kelas, jadi susah untuk aturkan jadual di saat-saat akhir.

Ada yang meminta no telefon mereka terus dan terus terang saya katakan di sini, saya tidak dapat berikan kerana ini amanah daripada mereka. Mereka lebih selesa untuk diaturkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya sebulan sebelum berlepas ke Guangzhou. Hanya selepas persetujuan dari mereka dan kalian yang nak ke sana dicapai, barulah saya dapat bekalkan no telefon masing-masing kepada pihak satu lagi.

Harap sangat persefahaman ini dapat dicapai bagi memudahkan semua pihak dan melancarkan segala pengaturan perjalanan tuan/puan. InsyaAllah akan saya sediakan format khas untuk sesiapa yang berminat ke Guangzhou berhubung dengan saya nanti.

Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini dan berminat untuk ziarah ke Guangzhou. Moga kerjasama yang dapat diberikan bakal memberikan kepuasan kepada tuan/puan apabila ingin berziarah ke sana nanti.

p/s: Ada tawaran hebat daripada rakan saya untuk Umrah di bulan Ramadhan 2012 ini.. 

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular