Berdiri di hadapan bangunan pentadbiran Universiti Jinan |
Pada 19 Februari 2009, aku telah mendaftarkan diri sebagai pelajar di Kolej Bahasa dan Budaya, Universiti Jinan yang terkenal di Guangzhou. Pada waktu inilah dapat kita jumpa beberapa kenalan Melayu dari Malaysia dan Indonesia selain bangsa asing dari seluruh pelusuk dunia.
Pandangan hadapan pintu utama universiti |
Pilihan universiti ini adalah atas cadangan seorang pelajar senior yang aku kenali di Malaysia. Tidak dinafikan kesan efektif pelajari Bahasa Mandarin di negara asalnya lebih tinggi berbanding mempelajarinya di Malaysia.
Satu semester saja sudah memadai untuk komunikasi asas Bahasa Mandarin. Walaupun bahasa pertuturan warga Guangzhou adalah Bahasa Kantonis, Bahasa Mandarin adalah bahasa standard negara yang boleh difahami dan dipertutur oleh kebanyakan masyarakatnya.
Justeru, tidaklah menjadi masalah kalau nak naik teksi, beli barang, bersiar-siar dan melakukan sebarang aktiviti lain. Selain kemahiran bertutur, kemahiran mendengar pun perlu diasah. Ini kerana memahami apa yang dipertuturkan orang lain kepada kita juga penting.
Sebab itulah, di sini kami diajar penguasaan empat bidang dalam bahasa iaitu penulisan, pemahaman, pendengaran dan pertuturan. Jika anda rajin dan kuat menghafal karakter tulisan hanzi memudahkan lagi kehidupan di sini apabila tulisan dapat dibaca.
Kolej Bahasa dan Budaya Universiti Jinan |
Mula-mula belajar dulu, aku terpaksa melatih lidah untuk menyebut betul-betul nama kampus ini iaitu 暨南大学华文学院 (Ji Nan Da Xue Hua Wen Xue Yuan). Berbelit juga lidah menyebutnya.
Bila naik teksi, jika hanya menyebut Ji Nan Da Xue (Universiti Jinan), boleh jadi pemandunya tercengang. Universiti Jinan biasanya merujuk kepada sebuah universiti yang terkenal di Shandong. Shandong terletak kira-kira 1,890 km dan memakan masa selama hampir sehari perjalanan menaiki kereta dari Guangzhou.
Bersama rakan Malaysia di tasik buatan dalam kawasan universiti |
Tahukah anda betapa seronoknya belajar di universiti dalam taman? Suasananya cukup nyaman apabila pokok-pokok menghijau hidup subur di sekeliling kita. Ditambah pula dengan tasik buatan dengan jambatan menghubungkan daratan dengan kawasan santai di tengah-tengah tasik.
Kalau rindukan Malaysia, bolehlah duduk-duduk di sini mengarang sajak atau surat untuk dikirimkan. Atau berbual-bual kosong bersama teman sambil mengunyah kuaci. Tapi kedua-duanya tak pernah aku lakukan. Hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan