اطلبوا العلم ولو بالصين
Hadis di atas menyeru kita agar menuntut ilmu walaupun hingga ke negara China. Dalam ilmu hadis, hadis ini dikategori sebagai hadis dhaif (lemah). Namun, kebanyakan ulama' menerima pakai hadis ini sebagai sumber motivasi, bukannya penentu hukum. Ia sama sekali berbeza dengan hadis maudu' (palsu) yang tidak diterima langsung. [Bacaan lanjut: Sumber 1, Sumber 2]
China sehingga ke hari ini mempunyai populasi terbanyak dalam dunia. Sekaligus menjadikan China sebagai negara dengan majoriti rakyat bukan Islam terbesar di dunia. Sudah tentu ada sesuatu yang unik di sini dalam pelbagai aspek.
Keunikannya boleh kita perhatikan apabila menetap di sini lebih lama. Sebabnya jika sekadar cuti-cuti seminggu dua, barangkali penilaian kita kurang tepat. Mungkin kita berminat pada membeli-belah saja tapi benci pada situasi dan keadaan hidup di sini.
Di universiti tempat aku belajar, ilmu bahasa turut diterapkan dengan nilai budaya. Benarlah pepatah Melayu berkata, "Bahasa Jiwa Bangsa". Dengan pelajari bahasa, kita dapat mengenal bangsanya.
Laoshi berada dalam posisi ketiga dari kiri (yang sedang membongkok berbaju kelabu) |
Gigih. Itulah keunikan pertama yang aku perhatikan dalam jiwa kebanyakan orang China. Contohnya, semua laoshi (guru) aku cukup menepati masa. Tenaga mereka mengajar kami sentiasa konsisten.
Dari kelas pertama hingga habis semester, semangat dan kesungguhan tidak menurun. Setiap sesi pembelajaran, wujud komunikasi dua hala. Laoshi mahu setiap xuesheng (pelajar) faham apa yang dipelajari.
Dalam kelas pertama lagi aku sudah disuruh menyanyi lagu Mandarin. Apa tidaknya, dah aku pandai-pandai nyanyi lagu Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni bila laoshi tanya siapa tahu lagu Cina.
Gambar Hiasan |
Walaupun aku hanya mendendangkan bait itu saja, tepukan daripada laoshi sangat memberangsangkan bagaikan dia peminat aku yang kononnya seperti Rain. Uweeeeeeekkkkk. Patutlah dalam setiap kelas, kami sangat ceria sebab hari-hari dapat aura positif dari laoshi.
Laoshi kami juga ada yang sediakan kuiz pada setiap hari. Diulangi sekali lagi, setiap hari. Tertekan bukan? Memang patut pun sebab hanya dengan cara inilah hanzi (karakter tulisan Cina) dapat dihafal.
Gambar Hiasan : Ulangkaji pelajaran di universiti sewaktu musim bunga |
Bila direnungkan, kegigihan ini bagi aku terhasil akibat persaingan sengit antara satu sama lain. Kan masyarakatnya ramai, jadi mereka perlu usaha lebih untuk dapatkan hasil yang lebih baik. Lama kelamaan kegigihan ini menjadi budaya dalam hidup. [Baca pengalaman Richard Hong]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan