“In late May, four Muslim men were tried in London, England and were found guilty of a vicious attack against a local schoolmaster named Gary Smith, who was the head of religious studies at the Central Foundation Girls’ School, an academically prestigious school for girls ages 11 to 18. Mr. Smith’s head was smashed by a concrete block; his face was slashed by a knife; and his body was beaten by a metal rod. THIS IS WHAT SHARIAH LAW TEACHES…AND IT IS ALREADY HERE INSIDE THE U.S.A." [Baca berita sepenuhnya]
Sejak bila pula undang-undang Shariah ada hukuman guna batu blok, pisau dan batang besi? Ini semua hanyalah salah faham pada perbuatan orang Islam.
Tapi bagi aku, ahli perwakilan dewan yang membahaskan keperluan 'rang undang-undang menghalang sebarang pelaksanaan undang-undang selain English Law' tak boleh dipersalahkan sepenuhnya.
Tapi bagi aku, ahli perwakilan dewan yang membahaskan keperluan 'rang undang-undang menghalang sebarang pelaksanaan undang-undang selain English Law' tak boleh dipersalahkan sepenuhnya.
Apa yang berlaku ini perlu dijadikan pengajaran. Semasa aku berbual dengan Encik Lee, seorang warga Korea yang suka berbincang pasal Islam, dia juga pernah berkata, "After reading about Islam and other religions, I found out that the religions are the cause of chaos and problem".
Lalu aku segera betulkan. Kata aku, semua manusia mempunyai sikap dan sifat berbeza tak kira apa jua agama yang dianuti. Jadi, sebarang tindakan individu atau kelompok belum tentu melambangkan ajaran agama mereka.
Aku juga bertanya, "Why is that when Muslims doing wrong, people say Islam taught them so? But when other people of other religion doing the same, people never associate them with their religion?"
Dia hanya diamkan diri dan terus pertahan pendiriannya.
Salah faham boleh terjadi disebabkan kurang informasi. Samalah nasib seperti ibubapa yang risaukan anaknya menjadi muallaf sebab takut terputus tali ikatan keluarga.
Juga nasib yang sama kepada pelukis karikatur dalam Utusan Malaysia baru-baru ini. Islam tidak difahami dan dihukum sebagai agama zalim, keras, mengongkong dan macam-macam lagi.
Hah, sudah sampai masanya bagi kita yang malas membelek Quran dan Hadis, untuk mula membacanya dan memahami terjemahannya. Bila orang kata ini ajaran Islam, segeralah buat semakan, jangan terus percaya.
Bagi yang gemar berada depan skrin komputer, semak saja gunakan indeks ini. Jika perlukan penjelasan lanjut juga boleh buat carian di internet. Rasanya dengan kecanggihan teknologi begini, tak sepatutnya orang Islam sendiri buat penilaian salah terhadap agamanya.
Lainlah jika kita seorang pemalas yang hanya baca dari satu sumber di internet. Kalau jenis ini, barangkali boleh terjerumus kepada fahaman salah. Bagi yang rajin, pada akhirnya dia pasti dapat temukan kebenaran.
Baguslah ada tindakan diambil ke atas kartunis itu kerana membawa fahaman salah kepada masyarakat. Tapi disarankan juga untuk terangkan kepada umum konsep rogol dalam undang-undang Shariah agar dapat difahami status sebenar.
Dalam entri perundangan akan datang, aku cuba kongsikan kepada pembaca tentang rogol dan segala aspek berkaitan. Tanggungjawab ini terpikul atas aku, maka nantikan ya.