Kreatif dan inovatif. Itulah sifat yang ada pada ahli-ahli teknologi yang membuatkan perkembangan teknologi bergerak cukup pantas. Misalnya, bagi pengikut setia Apple, sudah tentu Iphone4 menjadi idaman. Namun, fenomena baru ini sudah tentu juga tidak kekal.
Dulu sewaktu kanak-kanak, ilmu komputer yang aku tahu hanyalah ms-dos. Sudah kira hebatlah tu jika dapat buka fail daripada cakera liut menggunakan ms-dos. Zaman itu, ayah aku masih lagi menggunakan mesintaip. Aku hanya bermain dengan mesintaip sebab suka dengan kesan bunyinya. :)
Masih lagi aku ingat, waktu itu ayah sibuk dengan kerja-kerja dakwah. Ke sana ke mari tanpa telefon bimbit. Mesyuarat dan usrah setiap minggu. Kadang-kadang naik motosikal, kadang-kadang naik kereta. Ada masa kereta buat hal. Tapi, ayah tetap akan pergi.
Ayah juga tak lupa untuk mengajak aku bersamanya. Sebaik tiba di sana, aku dapati ramai kawan-kawan ayah yang datang. Mereka berbincang hal-hal yang tak tercapai dek akal aku.
Waktu itu aku rasa biasa saja tapi hari ini aku rasa mereka semua hebat belaka. Pengurusan masa cekap walaupun tiada telefon bimbit membunyikan alarm atau deringan jam tangan berjenama.
Dokumen-dokumen ayah juga aku suka baca. Dokumentasi mereka cukup lengkap sedangkan mereka menaip secara manual tanpa kekunci yang membolehkan tulisan dipadam. Kagum.
Semua kepayahan dulu kini tiada. Teknologi telah memajukan kehidupan kita. Itulah sepatutnya. Maksud aku, kerja kita semakin mantap. Pengurusan masa lebih teliti. Tempoh siap kerja lebih singkat. Perbincangan tak perlu bersua muka, boleh saja buat keputusan atas talian atau dalam telefon sambil memandu. Dan lain-lain..
Terima kasih pakar teknologi!
Namun, adakah teknologi ini benar-benar membuatkan kita semakin laju, mantap, hebat, dan seumpamanya? Akhir-akhir ini aku dapati teknologi ini memang memudahkan tapi ramai juga yang ambil mudah teknologi hinggakan hasil yang diharapkan tidak setanding orang dulu-dulu pun. Di mana silapnya? Aku bingung.

3 ulasan:
Mungkin teknologi juga buat kita semakin lalai.
Ye la, dulu menaip tak ada internet. Boleh terus siapkan.
Tapi sekarang, ada internet. tengah menaip, boleh tengok fb dulu..kadang2 masa tengok fb lagi banyak dari masa menaip..itu yang makin lambat siapkan tugas..
alhamdulillah. sekarang segalanya ada di hujung jari. teknologi menjadikan segalanya mudah. dengan teknologi sesuatu bangsa itu bangun tetapi dengan teknologi juga sebuah negara boleh runtuh. teknologi dan kemajuan seharusnya digunakan dengan bijaksana supaya dengannya kita mampu meneroka kurnia Yang Maha Esa. dari sekecil zarah hingga sebesar semesta. moga-moga teknologi yang kita punya tidak melalaikan kita dari merenung sejenak sambil bertakbir memuji kebesaran-Nya.
Nadmin: Perkara paling ketara ialah kesan teknologi membuatkan ramai yang sangat bergantung kepadanya. Bahkan mahasiswa pun ramai juga terkesan dengan melazimi suapan melalui nota-nota atas talian. Fikiran dan tindakan jadi kurang kreatif.
(Berdasarkan pengalaman bersama mahasiswa yang berurusan dengan aku)
Anonymous: Kesyukuran tak terhingga dipanjatkan buat Yang Maha Esa. Dengan diberi peluang berada di negara luar, dalam keadaan serba kekurangan, membuatkan kita lebih mensyukuri nikmat berada di bumi Malaysia yang cukup hebat teknologinya hingga dapat memudahkan penyelesaian banyak kerja.
Catat Ulasan