12 Mac 2008

Tunggu dan lihat

Aku masih belum menyokong secara total mana-mana barisan pun kerana aku masih berpendapat kuasa sering menggelapkan hati dan rasa seorang yang dahulunya bersungguh untuk orang lain dan membuatnya menzalimi orang itu setelah kuasa berada di tangannya.

Perhatikan perkataan yang aku guna. Masih. Bermakna pendapat ini terpakai sehingga tarikh ini. Mungkin jika sesiapa dapat buktikan sebaliknya, pendapat aku akan berubah. Setakat ini, masih.

Neutral.Adil.Saksama. Itu perkara yg perlu dibuktikan pemimpin kerajaan negeri berlima.Aku nak tengok sangat perkara ini berlaku. Dan aku yakin kalau benar berlaku, pembaharuan ini akan membawa ombak lebih besar 4 thn lagi.

Antara perkara yg perlu dilihat:

  1. Kebebasan media negeri yang memberi liputan sama rata berkenaan BN/BA.
  2. Layanan sama rata kepada rakyat walau apapun partinya sesuai dengan keperluan rakyat. cth: bantuan diagihkan kepada rakyat miskin sekalipun totok BN.
  3. Kebenaran untuk aktiviti BN/BA dijalankan mengikut prosedur standard tanpa pilih kasih.
  4. Tidak menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan parti semata-mata.
  5. Membangunkan negeri secara seimbang meliputi pembangunan fizikal dan rohani. (cth: kawasan jalan ditar walaupun kawasan penyokong BN-pembangunan fizikal)
Aku tak mahu sentuh manifesto BA yang rata-rata sukar untuk dikotakan kerana kebanyakan perubahan perlu kepada kuasa majoriti di peringkat persekutuan. Maka, BN juga tak perlu cabar mereka untuk kotakan kerana harga petrol bukan ditentukan kerajaan negeri. Tidak bijak langsung cabaran ini. Membuatkan rakyat semakin meluat.

Cukuplah aku saksikan 5 perkara ini terlebih dahulu. Inilah penindasan yang pernah menimpa mereka. Kini, adakah mereka akan membalasnya?

Jika semua ini tidak berlaku, sama sahajalah kerajaan baru dengan yang lama. Menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri.

Bukankah kerajaan Umar Abdul Aziz adalah yang terhebat perlu kita contohi? Mungkin kerajaan Umar sangat ideal tapi mengapa tidak berpada-pada mengutuk atau menghina kerajaan sebelumnya sedangkan sendiri tak bisa melakukan?

Wallahua'lam.. Jangan jadi 2x5.. Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular