"Take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!"
Ini petikan kata pembikin filem cereka Geert Wilders apabila ditanya tentang Islam di Netherland, tempat kelahirannya. Tahukah anda apa yang telah berlaku di Netherland? Penganut Islam semakin bertambah.
Sudahkah anda tonton cereka tersebut? Jika sudah, apa perasaan anda? Bagi saya, tidak hairanlah dia bikin cereka ini sebab latarbelakang hidupnya. Dia sangat tertekan. Dan mungkin dia tidak beri ruang untuk dirinya sendiri faham apa itu Islam.
Kenapa saya guna istilah cereka? Sebab cerita yang difilemkan itu adalah rekaannya bagi memburukkan imej Islam. Itu adalah Fitnah (sama dengan tajuknya sendiri). Benar, dia alami Islamophobia.
Dia merasakan al-Quran adalah sama dengan Mein Kampf hasil tulisan Adolf Hitler. Katanya, "The book incites hatred and killing and therefore has no place in our legal order."
Ayat-ayat al-Quran yang dirujuknya adalah benar tetapi pemahamannya dan penafsirannya berbeza. Kaitan ayat-ayat tersebut dengan video yang diselitkan amat mencurigakan.
Saya ada teori sendiri yang hanya boleh dibincang apabila kita bersemuka. Mungkin bukan di sini kerana ia melibatkan politik tertinggi dunia.
Sayangnya kepakaran menghasilkan filem pendek yang boleh mempengaruhi penonton ini tidak dikuasai oleh kebanyakan penggerak-penggerak Islam.
Ada yang pakar membuatnya tapi tiada fikir Islami. Dan ada yang kuat fikir Islami tapi tiada kepakaran. Menggabungkan kedua-duanya adalah suatu rahmat dan nikmat. Yang bisa menerangkan indahnya Islam buat manusia. Mari!
p/s: Ayaan Hirsi Ali juga mengalami tekanan hidup sepertinya. Ingat lagi filem Submission?
Aku baru baca akhbar KOSMO hari ini, idea aku sama dengan idea Fakhri Sungit, Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Muamalat KUIS