Semalam aku bertemu teman-teman Yayasan PEACE setelah lebih dua tahun tak bertemu akibat pandemik.
Selepas bermesyuarat, seperti biasa kami akan berbual. Waktu inilah paling menyeronokkan kerana kami suka berbincang hal falsafah secara mudah kerana ada dua ahli yang hebat dalam kumpulan kami.
Dr. Alinoor dan (Dr.) Jamizal boleh menjawab soalan-soalan yang kita bangkitkan tentang falsafah, kalam, dan tasawuf dalam gaya bahasa orang awam.
Aku tulis di sini untuk simpan poin dan fakta penting untuk rujuk nanti.
KITAB PENTING
Al-Ghazali
1) Al-Madnun (tahap ahli) https://youtu.be/uCHSDCQ9smI (1:04:00)
2) Ihya' Ulumuddin (tahap awam)
Ibnu 'Arabi
1) Fususul Hikam (tahap ahli)
2) Futuhat Makkiyyah (tahap awam)
Peter Adamson
Mengenal Kluster Falsafah Dunia
Terdapat banyak buku mengenai Falsafah Cina: China sebelum Buddhism, Cina-Buddhist (antaranya orang Melayu yang berdakwah) dan kontroversi Cina dengan China-Buddhist.
Logik Melayu banyak dipengaruhi oleh Nyaya. Nyaya ialah lawan kepada Aniaya.
Debat Hindu Buddha berlangsung dari 500SM hingga 1200M, iaitu 1700 tahun.
Budaya pantun 2 rangkap, 4 rangkap, 8 rangkap, 16 rangkap Buddhism yang menyatakan tentang nyaya ada dikaji Dr. Tee di UTAR.
Falsafah teks India banyak diterjemah oleh sarjana Rusia sekitar 1900-an. Di PTSL UKM, ada satu jurnal lengkap menghimpunkan teks falsafah India.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan