08 Mac 2022

Petua Buang Kahak



Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Catatan ini aku simpan di sini dari sebaran whatsapp. Manalah tahu kalau menjadi. Ada yang pernah cuba, boleh komen di bawah.

***

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok. 
.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.

Caranya ialah:
1. Ambil  sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja. 

2. Leraikan ulas bawang tersebut.

3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.

4. Gaulkan biar rata.

5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.

7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak. 
.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
.
#DrRizal

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular