23 Julai 2021

Hilang Idea Nak Masak Apa?

Biasa tak hilang idea nak masak apa?
Zaman lani bukan masalah idea sebenarnya. 

Kalau kita tengah malas, berilah apa pun resepi, memang takkan jadilah masakan yang macam-macam bahan itu dan ini.

Tapi aku nak kongsi sikit beberapa resepi Korea berasaskan telur. Ini helah baru untuk elak anak-anak kata, "asyik-asyik telur goreng." Yalah kan, telur gorenglah paling mudah kala malas. Hehe.

Aku dah cuba pelbagaikan cara masak telur. "Korean Street Food" banyak dekat Youtube. Bahan pun mudah saja. Nak buat pun sekejap saja.

Aku baru buat dua ini:
(1)Telur gulung
https://youtu.be/qediEo_Ipc8

(2)Telur torpedo (tak ada gambar sebab patutnya guna kuning telur saja, tapi aku guna semuanya.. hasil tak begitu menjadi..haha)
https://youtu.be/1uXi8BE7Wo0

Yang lain dalam senarai:
(3) Omelet Telur Lembut
https://youtu.be/7Dd_DyYpO3o

(4) Omelet Super Gebu
https://youtu.be/xH60bCE7w_g

(5) Telur Tomato (sama macam masakan Cina)
https://youtu.be/Hi_c85H_cPo

(6) Roti Telur Lipat
https://youtu.be/Ug0n59Qrccc

(7) Roti Telur Manis Garing
https://youtu.be/NY6X1d10Rzw

Cukuplah semua itu genap seminggu. Alang-alang belilah telur sepapan. Bukan anak saja asyik lapar zaman #pkp2021 ini, bapak pun sama 🥰. Semua resepi ini bapak pun boleh buat, sekejap saja siap!

Selamat #PKPD ya!

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular