04 Disember 2009

Siapa pandai mengembek dan mengaum


Cuba kalian mengembek. Mudah kot. Tapi tak boleh kalahkan Lan Pet Pet lah. Mengaum pula. Hah, tang ni yang susah sikit. Susah nak jadi macam real lah. Setakat ini belum pernah dengar manusia yang pandai mengaum.

Masuk kandang kambing mengembek
Masuk kandang harimau mengaum

Begitulah orang Melayu diajar untuk adaptasi diri dengan keadaan setempat. Dalam kata mudahnya, datang tempat orang ikutlah cara orang, jangan dok buat cara sendiri.

Itulah susahnya aku sejak berada di Kedah ini. Nak mengembek susah, nak mengaum pun susah. Sebabnya bila masuk kandang kambing, depa tahu aku bukan kambing. Sama jugalah kalau masuk kandang harimau, depa tahu aku cuba jadi harimau tak menjadi.

  1. Orang-orang sini cakap ada loghat, bila kita bercakap standard, terasa janggal. Maka, aku cubalah cakap tapi ibu kata bunyi macam orang Kelantan je.. Alamak!

  2. Majlis kenduri kahwin di sini tak meriah (tak semua kot..). Selamba adik aku kata macam kenduri arwah sebab majoriti berkopiah putih. Tanpa muzik iringan. Tanpa jeritan dan gelak ketawa. Habislah nanti kenduri aku akan mengharu-birukan suasana. Tambah pula orang Melaka berkumpul, tak mungkin depa nak mengembek atau mengaum.

  3. Tadi solat Jumaat. Bila khatib habis khutbah, dia pun cakap aqimis solah (maksud: dirikanlah solat). Seperti biasa, aku berdirilah untuk solat. Tiba-tiba orang ramai pandang pula aku. Rupa-rupanya selagi bilal tak iqamat sampai hayya 'alas solah (maksud: marilah bersolat), selagi itulah mereka duduk. Nak kena dua kali ajak.
Inilah perkara yang perlu diperhatikan. Berada di negeri orang, kena sesuaikan cara orang. Dalam satu negeri pun, lain daerah lain pula caranya.

Tapi ada juga kandang harimau, dibenarkan mengembek. Tak dibahamnya kambing itu. Inilah yang menariknya. Bertolak ansur dan terbuka. Rasanya komuniti tempat aku kenduri nanti begitu.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Mungkin Nadmin (mantan Kedahan) boleh bantu kau. :)

Sahalfikri berkata...

Anuar, rupa-rupanya bukan sekadar ikut tempat, ikut orang juga lah..hehe. Hari ini aku hadiri TIGA kenduri kahwin yang meriah.. :)

Ummu Nuha berkata...

saya berketurunan orang melaka dan kedah. tapi saya prefer kedahan style. bagi saya simple and low profile :)

Sahalfikri berkata...

napisah: memang betul cara kedah simple and low profile. kalau ikut cara melaka betul, banyak pembaziran. yalah, demi kemeriahan. tapi keluarga kami tidak terlalu kemelakaan juga tidak terlalu kekedahan. sedang-sedang saja..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular